Semalam cuti umum sempena Wesak Day. Berehat kat umah je dengan aktiviti harian ialah tidur. Semalam menanti panggilan kanda dengan penuh debaran. Sebenarnya hari semalam kanda akan mula belayar ke Sabah dan kemudian Sarawak untuk 2 minggu. Sehari sebelum berangkat kanda call dan remind banyak kali. Sume tu buat aku risau dan makin rindu. Malam kelmarin asyik duk mimpi kanda je .... sedih sangat, rasa makin jauh kanda pergi. Aku tahu itu adalah tugas dia tp perasaan seorang isteri yg ditinggalkan lebih2 lg sedang mengandung ni, aku tersangatlah sensitif.
Hari ni aku cuba hubungi kanda, saje mencuba walaupun akau tahu di laut xde coverage... dan pulak tu kanda akan belayar di laut selama 3 hr then baru sampai sabah. Aku bukan ape, rindu yang amat. harapan aku semoga kanda selamat pergi dan kembali. Risau juga sbb kanda mabuk laut. Entah camana keadaan kanda skang ?? hurrmmmm .....