Ini adalah kegemaran aku sejak dr kecil lagi ... suka bila tgk kuku diwarnakan dengan inai, warna merah inai daun sgt menarik, sanggup p rumah jiran, minta daun inai, balik rumah buang tulang daun inai dan tumbuk. campur dengan arang, nasi dan air limau. tumbuk lumat2 pastu tempek pada jari. balut pulak dengan plastik, ikat dengan benag. pakai semalaman. esok pg br bukak balutan. jari kebas dan mengecut sebab darah tak mengalir ... hahahaha ... tp bila tgk hasil, memang puas hati. ehehehhe.. tp sekarang mana ada lg org yg guna inai daun bagai. beli je inai tube kat kedai, tp x semua inai tube berkualiti. this one aku suka sebab warna dia cantik, harga pun boleh tahan juga mahalnya ....
Kali ni berinai sebab kebetulan sepupu belah suami nikah jumaat 15/2/13 lepas. hr sabtu 16/2/13 tu majlis sanding belah pompuan, belah laki next week hr ahad 24/2/13. so aku pun dengan rajin nye berinai kaki dan tangan pada sabtu. guna inai yg dh lama tersimpan. aku beli inai ni sewaktu aku nk nikah dulu. masih tinggal satu tube. warna inai ni bertahan selama seminggu lebih, then dia akan semakin pudar. bergantung juga pd keadaan, kalau setiap hari duk cuci pinggan, inai ni akan cepat luntur dek kerana sabun. kalau dalam seminggu tu tak kena sabun, amik masa lama sikit la warna dia nk pudar.