Sunday, February 23, 2014

Good Morning Sunrise

Assalamualaikum wbt

Semalam sabtu 22/2/14 .... kanda bawa aku dan anakanda al-qa'id teman berjogging di pantai Mersing ... kali ni di lokasi lain pula .... tak tahu apa nama pantai kali ni .... huhuuhu

Kali ni aku bawa cik nikon bersama ....so dapat la hasil tangkapan yang cun dan kacak ni .... huhuhuhu .... kanda jogging dengan kawan dia, sambil tu aku menikmati keindahan ciptaan ilahi dan melayan kerenah anakanda al-qa'id yang kena paksa bangun awal !!! 









Pantai Mersing

Assalamualaikum wbt

Baru seminggu di Mersing, ini je yang sempat dicapture oleh lensa xperia ku ....





Pemandangan dari pantai .... air surut, tanah landai ... angin sangat kuat ... besssttt


Kanda join sorang pak cik yang sedang cari barai .... dek kerana teruja dgn keindahan ciptaan ilahi, aku terlupa nak capture rupa si barai .... 


Anakanda al-qa'id dah mula beraksi ...




Seperti dalam gambar, belah kanan adalah pulau (tak tahu nama) .... belah kiri tu mainland (daratan) ... terpisah sikit je dengan laut ... pulau tu nampak sangat dekat ... sewaktu air surut, boleh jalan kaki je ke pulau tu ... tapi kitorang belum try lgi ... maybe some other times ... tengok keadaan yang sesuai ... bukan apa, nampak cam best tapi aku rasa scary .... semakin ke tengah, aku nampak air laut di belakang pulau tu berombak-ombak .... apa lagi, aku terbayang tsunami la ... duk syok jenjalan ke pulau tu, belum sampai pulau, tetiba air datang .... woooshhhhh scary beb ... air laut tu nampak macam duk kat atas level kepala je .... sekali dia pasang ... boleh hanyut dan tenggelam !!



Pemandangan daratan (mailand) dari tegah laut ...


Pemandangan pulau dari tengah-tengah laut yang surut ... 



Selfie kat tengah2 laut ...





Selalu dpt tgk sunset dari daratan ... Sunset dari tengah laut .... 

Mersing ni mengingatkan aku pada kampung halaman ... nun jauh di Bachok Kelantan .... Bak kata pepatah melayu "hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" .... "tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat lahir" ... Kelantan tetap di hati !!!


Saturday, February 22, 2014

Babai Selangor ... Mersing mu tunggu aku datang !!!

Assalamualaikum wbt

Hari ni sabtu 22/2/14 ...sudah masuk hari ke-5 aku berada di Mersing, Johor. Syukur alhamdulillah kerana Allah swt telah permudahkan segala urusan dan usaha kanda .... setelah banyak dugaan yang dihadapi akhirnya kami dpt mengatasi dengan jayanya. aku bersyukur dan happy untuk semuanya. takde apa yang seorang isteri mahu melainkan untuk jadi isteri kepada seorang suami ..... erkkk ada kena mengena ke???? ahahahhahhah

Oleh kerana kanda berkhidmat untuk negara, makanya kanda kena akur dengan perpindahan ini .... dah memang field kerja kanda yang memerlukan perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain dalam tempoh tertentu ... ini merupakan destinasi pertama ... selepas ini tak tahu lagi ke mana destinasinya... harapnya semua dipermudahkan segala urusan dan usaha kami.

Banyak cabaran yang berlaku untuk perpindahan ini .... tapi perpindahan ini memberi satu pengalaman dan pengajaran baru buat aku dan kanda. Kami terima dan lalui dgn hati terbuka. Bagi aku secara peribadi, perpindahan ini bagus dalam membentuk jatidiri ... even Rasulullah SAW dan Islam sendiri menggalakkan perpindahan. Baru la hidup ini lebih bermakna ... jadi kami menyahut seruan penghijrahan.

Well memang aku tak pernah terfikir pun tuk berpindah ke Mersing, tapi dalam dasar hati, harap dpt la peluang pindah ke Sabah atau Sarawak .... takpun ke Langkawi atau Kelantan .... hihihihi. Dapat kat Mersing pun ok gak ... dah dkt ngn tioman dah tu .... 

Semoga hari mendatang akan lebih baik !!