Hari ni 14 Jul 2011 genap 20 minggu bersamaan 5 bulan. Sedar tak sedar itu lah tempoh aku preggy sehingga entry ini ditulis... 5 bulan!!! macam tak percaya rasanya. Berulang kali tanya diri sendiri, betul ke calculation ni? hurrmmmm kira betul la tu. Alhamdulillah, syukur sangat2 pada Ilahi diatas kurnian yang maha besar ini.
Dalam tempoh 5 bulan, macam2 perkara telah berlaku. Ada suka, duka, takut dan macam-macam lagi. Semua tu aku lalui dengan penuh kesabaran, bertahan sepanjang masa terutama sewaktu 4 bulan pertama. Itu tempoh morning sickness yang agak dramatik. Maklumlah aku belum bersedia dan masih terlalu awal. Tapi lama-kelamaan aku redha dan lalui semua tu dan aku jadikan ia sebagai satu pengalaman yang berbeza yang boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna.
Aku mula-mula dapat tahu yang aku pregnant ialah hujung bulan mac. Masa tu aku patutnya dah period. Dah terlewat beberapa hari. Bukan x penah lewat datang bulan tapi biasanya kalo lewat pun 2 ke 3 hari je. Kali ni dh lewat hampir seminggu. Aku belum suspect pape lagi. Then bila aku ceritakan pada kanda, kanda minta aku buat pregnancy test. So aku pun dengan perasaan yang berbaur, naik moto pergi ke alamanda. Aku ke watson tuk beli pregnancy test. Balik rumah aku tak terus buat sebab takut nak hadapi keputusan nye nnt. Keesokan hari aku beranikan diri tuk buat, dan tertera dengan jelas double line berwarna. Aku sukar nak percaya, aku baca instruction dia banyak kali, biar betul-betul faham. Dan akhirnya itulah kenyataan yang aku dapat. Call kanda tuk inform dia.
Awal bulan april kanda balik hujung minggu. Kebetulan adik kanda Abul nikah. Sebelum hadir ke majlis akad nikah, kami ke klinik di Bandar Baru Bangi tuk buat pemeriksaan dan mendapat pengesahan doktor. Doktor ucapkan tahniah dan maklumkan yang aku dh 5 weeks preggy. Aku pandang kanda dan kanda pandang aku. Kami senyum aje. Waktu ni aku dapat sedikit kekuatan sebab kanda ada di sisi tuk kami sama-sama terima berita ni.
Selepas dapat berita ni la aku mula rasa perubahan pada badan. Badan rasa lemah-lemah, letih nak rehat and nak baring, x selesa, sakit kepala, muntah-muntah, selera makan pun dah kurang. Kanda benarkan aku bagitau ibu dan family. So aku call ibu yang waktu tu tengah keje. Then aku call kakak bagitahu berita ni. Selang beberapa hari kakak datang melawat aku di rumah sewa.
Pertengahan bulan april, aku masuk keje semula setelah tamat kontrak pertengahan bulan mac lalu. Tiga hari pertama aku keje, xde muntah, seronok rasanya. Tapi selepas tu, aku muntah bagai apa ntah. Kat ofis muntah setiap 15 minit dan kalo di rumah setiap setengah jam. Dalam sehari aku muntah lebih dari 10 kali dan ianya sangat la teruk. Badan sampai longlai dan letih lesu. Selera memang mati terus. Sampai satu tahap, aku x tahan, sambil menangis minta tolong orang ofis hantar aku balik umah sewa. Inform bos, nasib baik dia lepaskan aku balik umah.
Aku jadi fobia dengan muntah. Sememangnya sewaktu sihat aku x pernah muntah dan aku memang susah nk muntah. Tapi kali ni nak ke tak nak, aku xde pilihan lain, x bleh nak tahan muntah tu keluar. Susah nk gambarkan setiap kali selepas muntah, memang menakutkan dan menyeksakan. Aku langsung xleh hidu apa sahaja bau, takut air sejuk, minum air sejuk pun boleh muntah, xleh gosok gigi, asyik nak buang air kecil. Kalau di ofis kena pakai stokin tebal dan blazer sbb sensitif dengan air cond. Wajah aku time ni mmg teruk la, pucat dan nak senyum pun x larat. Ramai yang tegur kata aku pucat, letih dan x berseri. Senyum pun kena paksa (sampai kena tegur ngan bos dalam meeting). Berat badan turun 4 kilo dalam tempoh sebulan.
Sampai tahap aku macam xleh bangun, xleh buat paper akhirnya aku hantar mesej pada kakak, ceritakan pada dia apa yang berlaku. Dan kakak syorkan aku ke klinik. Hujung bulan april aku ajak adik ipar ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Tiba giliran aku jumpa doktor, baru je buka mulut kata aku pregnant, doktor dah tahu apa yang berlaku. Tanya doktor tu pada aku, kenape tak amik ubat tahan muntah? Erk, boleh ke doktor? Ada doktor kat klinik lain bagitahu saya jangan ambil ubat sebarangan. Hurrmmmm kalo aku tahu, sudah tentu aku awal-awal lagi makan ubat tahan muntah tu. Doktor kata aku dh tahap dehydrate. So sejam juga aku terbaring kat katil hospital tu tuk masukkan air satu pain. Doktor bagi ubat tahan muntah dan surat MC.
Hurrmmmm nampaknya aku kena sambung nanti, ada hal urgent pulak !!!