Friday, July 15, 2011

Aku yang hamil ... (samb)

Sambungan cerita semalam yang tertangguh disebabkan ada hal penting. Penting juga lah sebab ada seorang staf ofis ni order makanan dr katerer and belanja semua staf makan petang. Semua makanan sedap dan aku makan dengan berselera sekali. Terima kasih En. Jumin. Semoga rezeki mencurah-curah lagi selepas ni !!

Ok lah, back to the story .... aku mula ambil ubat tahan muntah. Pada awalnya memang berkesan dan aku rasa sangat lega. Tapi tak lama selepas itu, ubat tu tak mampu menahan muntah yang nak keluar. Tapi setidak-tidaknya ubat tu membantu aku dari terus muntah teruk yang sangat mengerikan. Walaupun kadang-kadang ubat tu buat badan rasa macam dilambung ombak, sekurang-kurangnya aku sudah boleh memasukkan makanan ke dalam mulut. Kalau ikutkan hati memang aku hilang segala nafsu dan nikmat, tapi bila memikirkan anak dalam perut, aku paksa diri tuk makan.

Bila tengok makanan kadang-kadang dah buat aku nak muntah. Terutama makanan yang berminyak dan berlemak. Sebab setiap kali makan makanan berminyak dan berlemak dengan nasi, aku akan muntah mengeluarkan nasi serta minyak dan bau makanan tadi. Akhirnya makanan serupa tidak lagi aku makan untuk kesekian kali. Tapi aku sebenarnya tiada pilihan. Di rumah dan di tempat keje menghidangkan benda yang sama. Nak ke tak nak, aku terpaksa telan demi anak dalam perut.

Awal bulan may, aku telah berpindah dari rumah sewa untuk menetap dengan mertua. Tapi secara tidak formal sebab aku masih lagi membayar sewa rumah, cuma tidak tinggal di sana. Keputusan ni dibuat sebab kanda risaukan aku dan kalau tinggal dengan mertua, mereka boleh tolong tengokkan aku. So aku akur dan pada bulan jun aku berpindah dengan rasminya. Kebetulan cepat pula dapat penyewa untuk menggantikan aku. 

Sepanjang tinggal bersama mertua, aku sekalipun tidak membantu ibu mertua di dapur. Rasa sangat bersalah dan sdih. Tapi apa harus aku buat, aku x boleh hidu bau masakan. Tiba masa makan, adik ipar akan panggil makan, tapi aku pula sudah tidur, malas nak bangun dan tiada selera. Ada ketika kalau terasa perut pedih, aku keluar untuk jamah makanan. Tapi bila tengok lauk yang ibu mertua masak, aku hilang selera. Aku tahu ibu mertua masak memang sedap terutamanya masak lemak tapi aku sememangnya takut nak makan sebab takut muntah. Tapi sebab nak jaga hati mereka, aku makan jua tapi sikit aje sekadar isi perut.

Aku berhenti mengambil ubat tahan muntah pada penghujung bulan jun. Kebetulan ada family day anjuran ofis dibuat di Port Dickson, aku terlupa untuk makan ubat. Kat sana dapat hirup udara segar di tempat baru membuatkan aku selesa dan segar. Dapat tengok gelagat manusia sekaligus muhasabah diri. Semangat diri datang semula dan bermotivasi diri. Ada secebis kekuatan meresap masuk dan aku berazam tuk teruskan apa yang aku abaikan selama beberapa bulan lepas. Balik dari PD, keesokannya masuk keje, aku cuba tuk tak ambil ubat muntah. Percubaan diteruskan dari sehari ke sehari dan akhirnya aku berjaya stop terus. 2 minggu pertama tu ada juga muntah bila gosok gigi pagi dan malam. Alhamdulillah skang dah xde lagi muntah!!

Syukur sangat akhirnya aku dapat juga lalui satu tempoh yang penuh mencabar. Morning sickness sememangnya adalah suatu lumrah bagi ibu mengandung. Ianya adalah proses normal. Akan tetapi setiap orang yang mengalaminya berbeza-beza situasi. Bertuah bagi mereka yang tiada morning sickness. Hanya diri sendiri je yang tahu perasaan sebenar sepanjang tempoh berkenaan. Orang yang melihat walaupun mereka juga seorang ibu tapi dia tidak lalui situasi sama seperti yg dilalui org lain. Jadi jangan sesekali nak samakan pengalaman morning sickness kita dengan orang lain. Lebih-lebih lagi persekitaran juga memainkan peranan penting. 

Pada minggu ke-11 aku ke pusat kesihatan untuk buat buku pink. Aku ke pusat kesihatan di presint 3 seorang diri dari umah mertua dengan menaiki motosikal. Pertama kali jejakkan kaki ke sana agak janggal. Aku sepatutnya dh masuk keje tapi dapat MC dr doktor. Dia kesian tgk muka pucat lesi aku gaknya dengan bibir kering merekah dan kurus kering. Dr bagi ubat obimin aje. Sebulan selepas tu aku datang lagi ke klinik ni tuk 1st appointment. Semua ok cuma berat x naik dan kena ceramah ngan nurse suh aku makan lebih sket. Kali ni dapt dengar bunyi jantung baby buat pertama kali. Luluh tangkai jantung aku saat dengar bunyi degup jantung baby. Nak nangis pun ada sebab terharu dan teruja. Sebelum ni tengok gambar baby dalam mesin scan, aku rasa sangat teruja tapi gambar gelap. 2nd time pegi PK, br dpt tgk dengan jelas baby yg hampir sempurna kejadiannya. Dah boleh lihat dengan jelas bentuk tengkorak, tangan dan kaki serta badan and jantung baby berdenyut2. Kali ni nurse yg periksa darah aku terkejut sebab HB serendah 9.7 berbanding 11.2 sebelum ini. Berat badan plak naik mendadak sehingga 3 kilo. Terus dia kasi sticker hijau. Risiko katanya. Lepas jumpa doktor, aku dikehendaki datang lagi dalam masa 2 minggu tuk pemeriksaan. Risau juga dibuatnya. 

Kali pertama aku rasa pergerakan dalam perut pada minggu ke 18. Tak silap hari rabu malam, aku baring macam biasa nak tido, tetiba rasa ada tolak-tolak dalam perut, macam tolak angin pun ada. Aku syak ada angin dalam perut dan nak muntah la tu lepas ni. Esoknya pun rasa juga, heran dibuatnya. Sebelum ni ada rasa sakit di bawah perut setiap kali bangun tido pagi. Maybe krem kot sebab tido semalaman. Tapi bila nurse tanya ada ke rasa pergerakan dalam perut, baru aku tahu dan faham yang baby dah mula bergerak. Sekarang pergerakan tu makin kerap. Baby buat apa agaknya kat dalam tu ye??  Skang aku perasan yang aku dah mula berangin dan sendawa dengan kerap.

Nampaknya setakat itu dulu la yg dapat aku tulis di sini berkenaan pengalaman hamil. Dah 5 bulan rupanya. Rasa macam sekejap sangat. Apapun aku amat bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada aku. Ini adalah amanah dan insyaAllah aku akan tunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya. Ya Allah !! Ku mohon agar aku diberi kesihatan dan kekuatan untuk teruskan sehingga bersalin nanti, agar baby sihat dan sempurna, serta permudahkan saat bersalin nanti. Amiinn
















No comments:

Post a Comment