Wednesday, February 29, 2012

Taska oh taska

petang semalam 28 feb hari selasa, my cousin postkan satu video dlm facebook bertajuk "Di bawah penjagaan taska-wajarkah bg anda?". 

tgk pada gambar dh tahu ia berkenaan dengan kanak atau baby... then tgk plak pd komen, seolah2 benda ni x wajar. so ia menarik aku tuk tgk vid tersebut. malangnye my lappy x boleh tgk sbb flash player out of date. cari punya cari dlm youtube pun x jumpa. akhir sekali tgk kat pc, walaupun xde suara pun xpe. yg penting boleh tgk vid tu.

sekali dpt tgk vid tu, aku terkedu, tergamam, dan bulu roma aku meremang..... nak menangis tgk vid tu tp aku tahan .... sbb tgk dgn kawan. kalau tgk sorg2 kompem dh menangis. sambil tu mulut aku x lepas dr duk menyumpah org yg buat mcm tu pd kanak2/bayi.

hari ni dtg ofis, vid semalam dh jd tajuk utama akhbar.... so rupanya vid semalam adalah vid baru dan vid tu dh jd isu besar .... dlm fb pun dh ramai yg post ... ingatkan ni kes lama ... betul2 x sangka. 

aku bersyukur kerana anak aku dijaga oleh orang kampung yg dkenali oleh famly dan makcik tu hanya jaga anak aku sorang aje.... kalau tak, mau aku benti keje tuk jaga nak sendiri.

sangat kejam dan kasihan melihat anak kecil yg x tahu apa2 diperlakukan begitu ... dibedung seketat mungkin, diikat, ditutup mulut dengan plaster dan disumbat puting dan ditelangkupkan pulak lagi..... sgt tidak berperi kemanusiaan ... terbayang my son yg dibedung sebab susah nk tidur ... dia meraung dan melalak menangis nak bebaskan diri, aku dh x sampai hati, ini kan pula nk diperlakukan mcm tu .... kanak/bayi tu mesti trauma, tp nk cakap x boleh ... 

kesian sgt dan sedih serta kecewa.... ibu bapa mana sanggup tgk anak diperlakukan begitu ... mesti mak bapak kanak2/bayi tu x tahu keadaan anak mereka ... kalau tahu tp still hantar ke tempat tu lg mmg x tahu la nk ckp ape... mungkin mak bapak buat jugak kat umah kot ... tapi hrap2 xde la ... so aku anggap mak bapak kanak2/bayi ni tak tahu situasi sebenar ank mereka.... skang isu ni dh tersebar, harap mak bapak amik la tindakan sebelum terlambat ... keian anak2.

petikan akhbar harian metro :-

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.



JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

Peluk

Ibu peluk dan kendongmu sehingga umur mencecah tadika. Ibu peluk dan belaimu ketika sakit sepanjang dirimu meniti remaja dan kedewasaan. Ibu pelukmu tatkala dirimu meraih kejayaan demi kejayaan di persada dunia. Namun dirimu segan malu memeluk ibumu tanpa ada sebab dan peristiwa besar. Makin dewasa, makin segan dan ego utk memeluk ibu tuamu..Hari ini ibu berada di depan mata. Mungkin esok, ibu berpeluk tubuh di alam sana. Tak lagi merasa hangat tubuh ibu, hanya sejuk dingin yang tidak lagi membalas.

Monday, February 27, 2012

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
...
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Saturday, February 25, 2012

Souvenirs from HAWAII

Cenderahati dari kakak ku ... my sister ke hawaii pd 14 feb lalu untuk menghadiri konvensyen di sana selama 4 hari ... fully sponsored by JPA tuk kakak ke hawaii untuk membuat presentation kertas kerja PhD nyer... kalo nk pegi sendiri mmg x mampu .. tambang pun dh berpuluh ribu ... apa pun kakak aku bertuah kerana dpt ke sana.... aku nk merasa sendiri ke hawaii mmg tak la kan, so dpt cenderahati ni dh kira syukur sgt !!



coklat ni sangat sedap .... berbeza dgn coklat2 yg aku pernah rasa sblm ni !!




kacang macadamia dan coklat (dlm nyer ada kacang macadamia) .... rasanya coklat ni lain dr yg lain, serbuk putih pd coklat tu yg buatkan rasa nyer berbeza.



t-shirt for me .... pink kaler !!! 



t-shirt for kanda .... 



transit di sidney, australia for 10 hrs .... so, leh la shopping fridge magnet !!!



fridge magnet from hawaii .... yellow, my favorite colour !!



plastik bag .... masuk dlm koleksi paperbag!!







big thanks to my sister ... love you!!

Friday, February 17, 2012

Petua Rasulullah SAW agar dikurniakan anak

ANTARA PETUA NABI SAW AGAR DIKURNIAKAN ANAK

satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.

Berikut dikongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.
...
Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia nampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul.

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata

Doalah kepada kedua ibu bapa kita

Rassulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita
Cuba . Allahhuakhbar. .
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat
lima waktu)
Caranya :
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
Untuk yang sudah meninggal :
 "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

Wassalam,

Thursday, February 16, 2012

13 Peranan Ibu Mithali Dalam Keluarga

13 Peranan Ibu Mithali Dalam Keluarga

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :

1. Pendidik keluarga
... 2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
3. Penasihat
4. Doktor dan jururawat
5. Mendisiplinkan anak-anak
6. Kawan atau sahabat
7. Penyelesai masalah
8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
10. Model pada anak-anak
11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
12. Mengawal ekonomi rumah tangga
13. Menjaga harta suami dan keluarga

16 Petua Menjadi Ibu Mithali

16 Petua Menjadi Ibu Mithali

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :

1. Analisis diri daripada pandangan anak
... 2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
3. Bercakap benar
4. Kotakan kata-kata
5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
10. Melatih anak berfikir
11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya

HUKUM MENGGUGURKAN KANDUNGAN

HUKUM MENGGUGURKAN KANDUNGAN

Sepakat ulama’ mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiup ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan.Ini berdasarkan dalil:

Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya setiap k...amu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk nutfah, kemudian dalam bentuk ‘alaqah selama itu pula, kemudian dalam bentuk mudghah selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya. (HR al-Bukhary, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)

Adapun menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh kepadanya, berlaku perbincangan di kalangan ulama’ namun secara ringkasnya adalah seperti berikut:

* Harus hukumnya menggugurkan janin dalam tempoh 40 hari kehamilannya sebab dalam tempoh ini kandungan masih tidak bernyawa.Namun ada pendokong pandangan ini meletakkan syarat tertentu seperti kandungan akan memudaratkan isteri jika diteruskan, putus susu kepada anak yang sedia ada disebabkan kandungan yang baru sedangkan suami tidak berkemampuan untuk mengupah orang lain menyusukan anaknya, mendapat persetujuan suami isteri, pengguguran ini tidak membahayakan nyawa ibu dan lain-lain.
* Makruh hukumnya.
* Haram secara mutlak kerana persenyawaan telah berlaku dan ia akan hidup. Imam al-Ghazali mengatakan ia adalah satu bentuk jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi.Manakala Ibnu Jauzi mengatakan perbuatan itu tetap dikira berdosa walaupun tidaklah sama dengan menggugurkannya setelah ditiupkan roh.

menggugurkan kandungan yang berusia belum sampai tempoh 40 hari adalah harus kerana ia hanyalah gumpalan darah , belum membentuk sifat-sifat paling minima sebagai manusia. Ia juga seperti ‘azl (coitus interruptus). Ia merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan apabila suami tidak mengkehendaki kehamilan berlaku kepada isterinya. Nabi s.a.w. pernah membenarkan perkara ini berlaku kepada seorang sahabat dengan sabdanya: “Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” (HR. Ahmad, Muslim)

Adapun menggugurkan kandungan yang berusia 40 hari dan lebih , – wallahu a’lam – termasuk dalam larangan yang difahami dari sabda Rasulullah s.a.w. kerana pada tempoh itu gumpalan darah sudah terbentuk dengan sifat-sifat minima sebagai manusia .

“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut;
dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudianmemberi keputusan" (HR Muslim)

Meletakkan sebab-sebab ekonomi sebagai alasan untuk menggugurkan kandungan, – wallahu a’lam- adalah perkara yang telah diperingatkan oleh Allah dalam beberapa ayat sebagai alasan yang tidak kukuh dalam syara’. Antara firman Allah berkenaan adalah:-

“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS al-An’am 151)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (QS al-Isra’ 31)


[1]Rujuk Fatawa Ibnu Taimiyah, Hasyiah Ad-Dusuqi, Nihayatul Muhtaj, al-Furu’;al-Muhalla .

[2]Rujuk Hasyiah Ibnu Abidin, Hasyiah ar-Rahuni , Nihayatul Muhtaj ,al-Furu’.

[3]Rujuk Jamie al-Fusulin , Fatawa Khaniyah , Hasyiah Ibnu Abidin , Nihayatul Muhtaj , al-Furu’ .

[4] Rujuk Ihya’ Ulumiddin

[5] rujuk Ahkam an-Nisa’

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
...
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Friday, February 10, 2012

Balik kampung

plan nk bw bby qa'id blk kg dh lama. kebetulan aku dh lm sgt x blik. raya thn lepas x blik sbb dh sarat. lepas nikah x sempat blik sbb kanda training. so kali ni pun pd mulanya berkobar nk blik tp lepas tu fikir bby msh kecil, risau juga nk bawa bby jalan jauh. 

bila tgk bby qa'id dh kuat, aku konfiden. ibu mertua pun setuju. dlm kerisauan, akhirnya sampai juga ke kampung halaman di kelantan.

gerak blik pd 5 feb hr ahad sebelum subuh jam 4.30 pg. sepanjang perjalanan bby tidur awlnya, then bangun,  dh penat sambung tidur semula. tp lepas tu, bby meragam, menangis meraung teresak2. then tidur. 3 kali sepanjang perjalanan bby meragam. aku kesian sgt kat qa'id. pape pun perjalanan tetap diteruskan.

berhenti hanya tuk buang air sahaja. x stop tuk makan pun sehingga la sampai ke kampung. apa taknyer, bby tidur aje bila tiba kat tempat nk makan. so xnak la kejutkan bby. sbb qa'id senang jaga bila kereta stop. berhenti kejap kat sg yu tuk tukar lampin. 

teruskan perjalanan dan stop kat bandar ketereh, beli sedikit buah tuk bw blik. sampai umah dlm kul 12.30 tghr. pegi ke pantai irama tuk mkn tghr bersama paksu keme sekeluarga. balik ke umah, qa'id berak. upanye sepanjang perjalanan td, bby duk menangis mb sbb sakit perut. bila dh berak, bby lega dan selesa sgt.

rehat kat umah, tidur sepetang. mlm keluar ke psr mlm gunong, beli mknan diner. kebetulan nk tgk maksu niaga pakaian kt sana. pegi kejp je then terus balik.

mlm bedung qa'id mcm biasa, and tidur lena, selimut tebal sbb sejuk. bgn kul 8 pg pd 6 hb feb hr isnin. lepas breakfast, gerak ke umah maklong di kedai lalat. makan tghr kat umah maklong. petang sebelum asar ajak maklong ke umah tok mek di kuchelong. nasib baik tok mek ada. dh dekat maghrib br balik. patutnye blik awl lg tp sbb duk tunggu ketupat palas msk, sambil borak2 dgn diorg. lepas mkn mlm, tidurkan qa'id. alhamdulillah bby tidur lena, dibedung dan selimut. sejuk betul kat kg.

esoknye bangun kul 8 pg. berkemas, and selepas breakfast, gerak ke rantau panjang. bw qa'id shopping kat RP. otw balik umah, tetiba melencong ke KB sbb ada brg2 yg nk dibeli xde kat RP. ptg dlm kul 5 terus gerak balik. kebetulan jln plak jam sbb peak hours. singgah beli mkn mlm kat psr mlm gunong. sampai umah dh maghrib. tidurkan qa'id. aku kepenatan. tidur lena setelah diurut oleh kanda. 

7 hb feb hr rabu, gerak balik ke KL. selepas breakfast, kemas2 brg, jam 9.30 pg gerak. plan nk singgah gua musang tak jd sebab abg x jawab call. so direct ke raub. singgah umah uncle mie di dong. tghr samapi sana. mlm jam 9 mlm gerak balik ke sg merab. sampai umah kul 12 tgh mlm. angkut semua barang, tidurkan bby and aku pun tidur. 

perjalanan yg santai dan padat ... alhamdulillah semua selamat. bby ok dan aku yg sgt penat.

Thursday, February 2, 2012

Dilarang minum berdiri

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara pe...rubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung