Saturday, April 21, 2012

RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU



" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

Tuesday, April 17, 2012

Gatal-gatal

aduhaiiiii .... sungguh tak selesa. aku perasan gatal-gatal ni hari khamis 5/4/12 kat konter ofis. aku menggaru-garu tangan kiri dan kanan. selalunya kalau gatal mesti ada biji yg berair tu. tapi ni bintik-bintik merah selepas muncul selepas aku garu. dr tangan gatal di lengan pulak. pastu muka dan kepala.

setahu aku, aku bukan jenis yg alergik. tp tgk pada gaya dan cara gatal ni mcm alergik. punca tak dpt dikenalpasti. aku makan macam biasa je. semua benda yg aku boleh makan. hr ni 17/4/12 selasa, dh 13 hr aku kegatalan. aku hanya makan piriton tuk kurangkan rasa gatal. 

nk ke klinik jumpa doktor, rasa macam x perlu sebab xde la teruk benar pun. apa pun harap sangat gatal-gatal ni tk menjangkiti baby qa'id. 

Monday, April 16, 2012

blog caca marba ..

oh my blog ... haru biru dibuatnya ....

dh jd caca marba ... gara2 double post ... sesapa yg pandai tang coding2 tu sila la tolong hamba yg x pandai ni .. tolong hilangkan double post .... rimas nengoknyer !! nk update blog pun xde semangat !!

Saturday, April 14, 2012

Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran





Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.





Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya



Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).





Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).




Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku




"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).




Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).




Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74

Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).




Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79

Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).




Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22




Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.




Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24

Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).







       







Friday, April 13, 2012

LAST DAY AT PICC

hari ni 12/04/2012 jumaat, hari terakhir aku di PICC ... maka dengan rasminye berakhir sudah perkhidmatan aku di PICC setelah 4 tahun bekerja ....

perancangan pada masa terdekat ialah menjadi surirumahtangga sepenuh masa .... disamping tu aku tidak akan berhenti memohon kerja di tempat lain, sebelum ni pernah give-up tapi sekarang, aku kena berusaha lebih kuat serta berfikiran positif, insyaAllah akan ada rezeki aku di mana2. disamping usaha, aku kena berdoa dan tawakkal pada Allah swt

so sementara menunggu panggilan, aku akan jaga anak aku baby qa'id sepenuh masa. tak tahu le berapa lama harus aku jadi surirumah ni ... harap nye xde la lama sangat sehingga timbul rasa boring... huhuhu

nanti ada masa aku update tentang kerja aku di PICC ni ... hr ni aku xde apa nak buat, time rehat ajak diyana photoshoot mana yg sempat, 4 tahun di PICC x pernah amik gambar tempat keje sendiri, huhuhu ... dh buat draf cuma ada nk tambah tolak je sikit lg.

Thursday, April 12, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak



1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Thursday, April 5, 2012

Koleksi Fridge Magnet

My new hobby ..... 

alkisahnya, kawan satu ofis, faisal anawai ... dia suka sangat kumpul FM ni ... dh banyak koleksi yg dia ada ... pegi memana mesti beli FM, kalo ada member melancong mesti nk FM sebagai ole2 ... so aku ni sekadar kalo org kasi apa pun, terima aje .... dah kawan2 nk kasi FM aku ok je ... cantik gak benda alah ni !!!

setakat ni, ini la koleksi FM yg aku ada .... nanti lama-lama banyak la tu ... nk tempel kat fridge, aku belum ada fridge sendiri .. nantilah, bila dh ada rumah sendiri nanti, boleh la beli peti ais, then boleh la letak FM ni ... 

FM Sarawak Borneo, drpd Ainol Barieah ... thank you Ain !!

FM Bali ... from Azinita ....thank you nita!!

FM I LOVE HK from Azinita ...thank you nita!!

FM Sydney, Australia .... from my beloved sister !! Transit di Sydney untuk ke Hawaii ... thank you kak na!!

FM ni very exclusive ... ditempah khas utk warga PICC, sempena sambutan family day 2011 ... semua staf dapat !!!

FM HAWAII ... special from my beloved sister .... rupanya kakak aku ni memang suka kumpul FM ... dan kebetulan dia ke Hawaii dan transit di Sydney, so dia belikan aku dua FM !! thanks again!!

Sabah Borneo from Faisal Anawai ... thank you faisal!!

this one from Faisal also ... thank you !!

 another one from faisal ... thank you very much !!

ahahhahaha .. yg ni sendiri beli !!

limited edition ... 1st FM, dh lama dpt, kalo x silap waktu mula masuk PICC, drpd event apa ntah, mmg lupa sgt, ni pun nasib baik terjumpa waktu kemas2 barang !!

lepas ni sapa plak lg yg nak kasi FM kat aku??? hehehhe

Ketidaksihatan

minggu ni badan rasa sangat tidak bermaya. kerongkong dan anak tekak rasa membahang aje. hari selasa pagi, hingus dah jd pekat berwarna hijau dan kuning kemerahan. 

hari rabu sepanjang hari duk sok sek sok sek, hidung berair ... nasib baik kain sapu tangan dh stand by .... aku x boleh guna tisu, nnt lagi teruk flu. sbb tisu berhabuk ... 

hari ni plak kepala sakit berdenyut-denyut, bersin dan kering tekak ... simptom nk demam tp masih terkawal ... masih ok lg ... hari juga badan rasa sakit2 dan lenguh ...

esok kalau x ok lagi genap la seminggu bdn x sihat ... harap sangat x berjangkit pada qa'id !!

dah lama x demam, sejak dr preggy hingga skang, ni br rasa nk demam, tp syukur sgt sbb badan masih kuat ... masih boleh bekerja ...

Tuesday, April 3, 2012

Like father like son

Papa borek anak rintik ... tp ni aksi papa ikut anak, papa over la pulak ... snap pic ni sebab kepala qa'id dibotakkan kali kedua, papa pun ikut sekali potong rambut, tp xde la botak ...




















gambar ni diambil pd 25 mac 2012 hari ahad ...