Tuesday, August 28, 2012

Lebaran 2012

Sedar atau tak, hari ni dh hari ke 10 Syawal. Cepat sangat masa berlalu. Masih belum puas beraya rasanya. Balik kampung pun rasa sekejap aje. Gerak balik kampung malam raya pertama, pagi raya kedua sampai, pagi raya kelima dah gerak balik KL. macam tergesa-gesa sangat. apapun syukurla dapat balik. cuma terkilan sebab tak sempat merasa berpuasa di kampung. harap tahun depan plan nk berpuasa di kampung terlaksana.

Seminggu sebelum raya memang dh xde mood dh nak bekerja. malas tahap maksimum ... ada ke patut, duk menjahit manik pada baju kat ofis..... kalo kat kompeni cina ke, omputih ke, jepun ke, mesti dh kena terminate (aku xde pengalaman keje swasta, agak2 je la). hari jumaat plak bos bagi half-day siap kuar memo lg. so memang amik kesempatan la, apalagi jam 12 dh blah. father in law pun tak kisah. huhuhuhu

Petang sehari sebelum raya, kebiasaan family belah kanda akan buat majlis bacaan yasin dan tahlil di tanah perkuburan selepas asar. aku kali ni tak join sebab baby tidur. xkan nak angkut baby tidur ke kubur plak. belah malam plak selepas isyak berkumpul di rumah nenek untuk bertakbir. ini pun aku tak join, alasan aku sebab banyak benda nk buat, nak kemas bilik, nak iron baju raya, nak packing bla bla bla.... banyak juga aku iron, sepasang baju melayu kanda punya, 6 pasang baju kurung, dan 5 helai tudung. orang lelaki memang raya pertama je pakai baju melayu. dah tu, sudahnya baju t dan jeans aje tuk pegi beraya memana. yg kita ni mesti la kena pakai baju kurung. lebih2 lg beraya kat kampung. takkan nk pakai jeans atau dress plak. x ke pelik tu ... (tapi ada yg buat pun sebenarnya) ... iron baju raya sepasang je. selebihnya tu baju yg aku pakai ke ofis. balik kampung mana org nk tny baju raya ke? diorg pun bukannya tahu pun kita pakai baju ofis.

Pagi raya aku bangun awal, 6.30 dah mandi, solat subuh dan bersiap. rasanya kali ni aku yg paling awal siap. sebabnya pagi ni nak bergambar sefamily sebelum solat sunat raya. semua orang dh siap, father in law boleh plak pegi mandi. dah lewat, pastu dia duk nak cepat pegi masjid. sempat snap 2 keping aje, tu pun menantu lagi sorang plak xde. cacat gambar. mother in law dah mencuka, sebab dia yg nak sangat bergambar. setahun sekali je semua anak-anak berkumpul macam ni. nak bergambar kat luar rumah bagai, kesian !!! aku pun turut kecewa. sebabnya semalam aku dah siap setting tripod dan kamera bagai tuk bergambar pagi ni, kat dalam dan luar rumah. alih-alih, apa pun tak boleh.

Raya kali ni memang dh tahu yg aku tak berpeluang solat sunat raya. so aku tunggu semua orang di rumah nenek. aku ngan baby qa'id duk layan tv kat umah nenek, tetiba qa'id melayang jatuh ke lantai dari sofa. kepala terhentak pada lantai berlapikkan tikar rotan. dah tu terhantuk kat tempat yg dia jatuh semlam. kepala dia terus benjol, bengkak biru. menangis teresak-esak. aku dah kalut cari papa dia. so atuk dia yang kebetulan dah siap solat, terus tenangkan qa'id, dan cuba nak tuam dahi dengan ais. tapi qa'id tak mahu. aku dh menangis sebab terlalu panik dan risau. 

Sewaktu ramai-ramai berkumpul di rumah nenek aku bg cadangan pada adik ipar tuk amik gambar family, tp dia kata nnt. sudahnya habis beraya , bapak diorang dh ajak balik cepat sebab sleepy dan nak masak tuk open house malam ni. lagi sekali hampa. orang lain pun bila dah father in law balik, diorng pun turut gerak balik. apapun aku sempat gak snap beberapa keping gambar aku, baby qa'id dan kanda. lantak la orang lain. aku pun dh ada family sendiri, utama kan family aku dulu la ... dah tu yg lain macam tak endah je. sukati korang la.

Balik rumah, aku tolong mother in law apa yang patut kat dapur tuk preparation open house malam kang. lepas asar bergegas ke rumah pak long (bapa saudara belah suami) untuk beraya. semua orang berkumpul dan masing-masing nk bergambar sekeluarga sebb siang td tak sempat dan tak cukup korum. father in law plak lagi sekali bergegas balik. aduhaiii .... kacau betul la .... aku tak kisah sangat pun bab bergambar. tapi aku fikirkan perasaan semua orang yg ada. sebab semua mengharapkan kerjasama satu sama lain. kalau dah sorang buat hal, maka yang lain pun mesti rasa terkilan. dah la hari raya plak tu .... 

balik je ke rumah, aku terus packing barang2 tuk balik ke kampung malam nanti. so aku dah tak dapat nk tolong mak mertua di luar tuk open house malam kang. lepas isyak baru siap dan aku keluar tuk join semua orang. semua dh penat, baju raya pun dh bertukar, so mood tuk bergambar memang xde la. masing-masing pun buat hal sendiri, makan makan dan makan sambil berborak. habis makan semua minta diri nak balik. tinggal family kitorg je, pun xde yg buat inisiatif tuk bergambar. so aku dah nak gerak balik kampung. kalau ada yg bersuara nk bergambar lagi sekali, aku on je. tapi masing-masing dah penat.

Tahun ni memang xde gambar macam tahun lepas. tapi xpe, mana yg sempat aje. yg penting gambar aku dengan kanda dan qa'id ada. Happy family ......










Friday, August 17, 2012

Bye bye Ramadhan ... semoga berjumpa lagi

Sedar atau tidak, suka atau sedih, yang pasti tetap pasti. Lusa yg nyata sudah 1 Syawal ... bermakna hari esok hari terakhir ramadhan, hari terakhir umat islam berpuasa. 

Aku sebenarnya rasa gembira sebab nak raya, yang penting tahun ni balik kampung halaman. Tapi hari ni hati aku tetiba rasa sebak dan sedih sebab akan tinggalkan ramadhan. Tinggal sehari je lagi puasa, rasa macam cepatnya masa berlalu. 

Terdetik di hati, adakah amalan aku di sepanjang ramadhan ini cukup dan diterima oleh Allah swt??? Agak-agak aku berkesempatan ke untuk bertemu ramadhan akan datang?? 

Aku berdoa agar tahun depan aku masih berkesempatan untuk bertemu ramadhan dan berpuasa sebulan. Juga semoga tahun depan aku dapat melipatgandakan lagi amalan. InsyaAllah. 

Wednesday, August 15, 2012

Nostalgia aidilfitri

Pernah satu ketika, hari pertama ramadhan aku dah pulun dengar semua lagu raya yang ada dalam youtube. dengar sampai naik bosan .... dah naik muak, aku stop ..... itu kisah 4 tahun lepas.... hingga la sekarang aku dh tak dengar lagu raya lagi. 

Tapi kali ni aku betul-betul nk dengar lagu raya puas-puas. ada la juga terdengar lagu raya dalam keta, tapi lagu raya feveret masih belum dengar lagi .... bila la agaknya leh dengar lagu sepasang kurung biru ...... boleh aje tgk kat youtube tapi malangnya kat ofis ni block youtube.... aku ada donlod lagu tu sebenarnya, tapi x jumpa katne simpan. sedih sgt !!

Zaman kanak-kanak, lagu raya ni tak penting. aku tak tahu pun ada lagu raya yg evergreen tu. dh belajar kat U br tahu ... mmg tak patut. dulu kat kampung mana ada radio dan tv bagai. aku orang susah. tv pun arwah ayah beli masa aku dah sekolah menengah. kat kampung mana la excited dengar lagu raya bagai. tapi raya tetap juga meriah.

Entah kenape aku rasa macam nak aje berpeleseran seperti zaman bujang dulu. time nak raya je luangkan masa dengan kawan-kawan shopping sekitar KL terutama jalan TAR. dah agak lama aku tak jejak kaki ke KL. meriah sangat dan terasa bahang dan semangat raya. itu zaman belajar dulu. skang ni dh zaman kerja, xde la sempat nk shopping dan jenjalan cuci mata. 

Zaman kanak-kanak plak beli kain kat pekan beberapa bulan awal, hantar umah jiran tempah jahit. bulan puasa je dh siap. kalo hantar lewat pun masih terima lagi. skang ni sume ready made. mahal lak tu, mengalahkan yg berjenama. kat dontown harga mengalahkan baju kat first lady ... sabar je la. pernah la satu ketika baju raya aku 3 pasang. time tu dh keje sendiri, dh ada duit sendiri, ikut suka aku la kan. 

Zaman kanak-kanak dulu, dapat duit raya 20 sen aje, rata-rata bg 20 sen. itu pun dh banyak. ada rumah yg kasi 50 sen atau seringgit syiling. itu dh cukup banyak dan excited  gile dh tu. baju kurung ada poket kat pinggang dah senget sebelah, berat dengan duit syiling. dulu mana ada sampul raya bagai.

Sape yg datang umah aku plak, abang aku kasi 30 sen sorang. bdk2 dtg dpt duit, makan dh tak mau. cepat aje nk blah pegi umah lain plak. senang citer raya la time nk kumpul duit. rumah yg x kenal pun dengan muka tak malu pegi beraya. dah habis satu kampung, ikut plak kawan-kawan pegi umah kawan diorg. yg bestnye, dh dpt duit tu, leh ckp kt member, aku dapat 20 sen, ko dpt berapa? padahal pegi beraya umah yg sama. balik umah duk kira duit. aku lupa, apa yg aku buat dengan duit tu sume dulu??? apa ek??? beli gula-gula rasanya.

Dah besar sikit, dh masuk sekolah tingkatan, dh tak buat perangai mcm tu lg. tapi tetap juga kumpul duit raya. perasaan pun dh lain, dh matang sikit, malu la nk pegi umah yg tak dikenali semata-mata nk duit raya. adoooiiii. aku ni kalo belum kawin lagi kompem dpt duit raya lg drpd mak  dan bapak sedara. ada la 2 ke 5 ringgit. hahahha. Ha, tahun ni kalo nk duit raya leh je, pegi beraya kat umah member ofis lama si nisa tu, kompem bapak dia kasi ... hahhahahh. tahun lepas pun dpt 10 hengget. 

Sepuluh tahun lepas, bila puasa je, abang akan berniaga di bazar ramadhan. kebetulan time tu cuti sekolah, so aku dtg KL tolong abang. dapat gak duit poket. 3 hr sebelum raya dapat gaji. pastu belah malam pegi shopping kat Bkt Jalil. esok pagi reramai pakat cuci dan kemas rumah. malam lepas buka puasa konvoi 4 5 buah keta balik kelantan. sampai masjid gua musang kul 4 pg tuk sahur. makanan mmg dh tapau. lepas subuh gerak balik. sekitar tghr br smpi kg. ada la beberapa tahun kitorg mcm ni ... last abang aku niaga tahun 2007 kalau tak silap. pastu dh xde lg dah. time ni la perasaan balik kampung tu betul-betul nostalgia. meredah jem sepanjang perjalanan. bila selamat sampai kg, terasa nikmatnya. bila ingat balik, rindunya momen ni. jem, perjalanan yg lama, konvoi yg buatkan momen jd sgt berharga.  

Dan satu perkara yang buatkan ramadhan dan hari raya sungguh bermakna bg aku adalah sewaktu arwah ayah masih ada. itulah segala-galanya dan terpenting dalam hidup. sebab arwah ayah yang menyetukan seluruh keluarga. arwah mak meninggal sewaktu aku masih kecil. bayangkan salah seorang abang aku kahwin dengan org perak tapi menetap di KL. setiap tahun sejak dr mereka kahwin, akan balik beraya di kelantan. wajid dan prioriti. hari raya keempat atau kelima br kakak ipar beraya dengan family dia di cheras. sampai macam tu sekali. tapi bila arwah dh takde, kami masih berkumpul tapi tidak la seperti dahulu lg. 

Raya dan ramadhan bermakna bila org yg tersayang ada bersama meraikan kegembiraan. bila mereka dh tiada, hanya kenangan bermain di minda. arwah ayah pergi meninggalkan kami seminggu sebelum raya. hingga kini raya aku hambar. sewaktu arwah ada, semua adik beradik akan berkumpul dan masa ni la kami boleh mengeratkan lagi silaturahim adik beradik. setahun sekali. sebab masing-masing berjauhan. memang aku rindukan saat tersebut.

Sekarang aku pun dah bersuami, aku tak sempat rasa bagaimana beraya bersama arwah dan juga suami together gether.  hanya aku, adik beradik yg lain sempat. maklum lah aku yg bongsu, jodoh pulak lambat, so nasib aku la. apapun, sekarang prioriti pada keluarga suami. kehidupan perlu diteruskan dan aku takkan lupa pada yg telah tiada. al-fatihah pada arwah ayah, arwah mak, arwah abang, arwah anak sedara, arwah abang tiri dan muslimin muslimat yg telah pergi mengadap ilahi. Tahun ni InsyaAllah aku balik beraya di Kampung. 

Monday, August 13, 2012

Puasa oh Puasa

Alkisah sepanjang ramadhan tahun ni .... huhuhuhu

Memang berbeza dengan tahun lepas dan lepas dan lepas lepas ..... tapi semua tu menjadi kenangan manis dan pahit yang terpahat buat selama-lamanya.

Sepanjang ramadhan ni hanya berbuka ala kadar sahaja di rumah. mother-in-law yang masak dan aku hanya membantu apa yang patut. so apa yang mereka makan, itu la juga yang aku makan. kadang-kadang tu teringin juga nak makan makanan feveret aku seperti nasi kerabu, nasi dagang, akok, tepung pelita, cendol, nekbak, jala mas dan kuih-muih kelantan yang lain. almaklumlah, duduk ngan family mentua ni, kena la ikut cara diorang. lagipun mana nak cari semua makanan yg aku suka tu. hanya ada kat kelantan aje la. kat sini ada juga tapi x sesedap mana pun.

Setakat ni ada juga la berbuka di luar. Kali pertama (3 Ogos 2012) berbuka di luar, di Restoran Red Wok Bandar Baru Bangi. Berbuka dengan kawan-kawan kanda Ex-EMF. Makan kat restoran ni ok aje. boleh masuk tekak lagi la. takde la sedap sangat pun. konsep BBQ Steamboat ... layan diri. so steamboat faham-faham aje la, seafood dan ada juga chicken, beef dan lamb. Food station jauh, dah tu ada satu je foodstation, orang plak ramai dan berebut-rebut. Selepas makan kat sini, aku sakit perut dan cirit-birit seminggu lamanya. 

Kali kedua (8 Ogos 2012), makan di Restoran Al-Sinni Sungai Merab. Dekat aje dengan rumah. Kat sini pun konsep sama juga, BBQ Steamboat. Restoran ni baru dibuka tahun ni, setiap hari lalu depan rest ni, mmg xde org. dia buka petang sampai malam. sunyi sangat, senang citer, leh bankrup la bisnes macam ni. tapi bila pegi berbuka, sungguh tak sangka, orang penuh dan full house. makanan dia boleh tahan sikit dr Rest Red Wok. bihun goreng singapore ada la rasa garam dan gula. kalau nk dibandingkan dengan nasi goreng kicap kat Rest Red Wok yg tawar dan hambar tu. Steamboat dia ada pilihan kuah. kitorang dh campur macam2 dah. dan yg paling aku suka beef, lamb dan chicken BBQ memang sedap. banyak aku makan lamb malam tu. Kali ni makan dengan kawan kanda Ex-EMF dan staff Suria Rahmat.

Kali ketiga (11 Ogos 2012), makan di Restoran Warung Dusun, Bandar Baru Bangi. Pada pendapat aku, tempat ni paling best. makanan dia memang sedap. makan hidang bukannya buffet. so tak perlu berebut-rebut dan bersesak-sesak. selesa la sikit bagi aku yag ada anak kecil. lauk plak banyak. terima kasih la pada yg order lauk tu. memang superb. siap boleh ratah lagi lepas makan berbuka. menu simple aje, ikan goreng sweet sour, ikan masak stim, sayur kailan ikan masin, tomyam, ayam goreng, paprik udang, sup tulang dan air sirap dan laici. yang simpel ni la yg sedap, mengenyangkan dan puas hati. hingga sekarang ni pun masih lagi terbayang makanan hari tu.

Aku tak sempat nak snap picture sebab sibuk dengan baby, mana nak makan, nak tangkap gambar lagi. sudahnya, muka aku ni masuk dlm kamera hp sesapa yg sudi je. tak kisah sgt la tentang gambar tu. 

Aku terkilan sebab miss majlis berbuka puasa kat umah. menu kambing bakar dan nasi ayam yg tak patut dilepaskan. tapi sebab terpaksa penuhi jemputan berbuka di luar, maka tak dapat la makan kambing bakar. melepasss. balik umah, sume makanan habisssss. cis !!

ok la, 16 hb ni satu lagi majlis berbuka puasa. nnt update kemudian !!


Raya oh Raya

Hari ni dah 24 Ramadhan 1433H. bermakna dah 24 hari puasa. tinggal lagi 5 hari untuk menyambut Syawal. Teruja sangat nak sambut raya tahun ni. sebabnya tahun ni balik beraya di Kelantan. Balik kampung oooooo balik kampung.... wah!!

Walau apapun raya pertama di kampung kanda, belah malam nya baru gerak balik kelantan ... hurrmmm tak kisah la .... asal dapat balik. dah terbayang macam-macam dh kat kampung tu .... segala nostalgia zaman bujang satu-satu datang ke minda. hati dah rasa sayu semacam dah. yang penting aku nak ke pusara arwah ayah dan arwah mak. rindu suasana raya kat kampung, rindu nak dengar takbir raya kat kampung... rindu nak berkumpul adik beradik. walaupun dah tak sama macam dulu tapi apa yg ada perlu dipertahankan. dengar lagu raya je hati rasa melonjak-lonjak. kalau leh time ni jugak nk ada tercongok kat kampung halaman. boleh kah???

Huuurrmmm persiapan raya tahun ni sederhana saja, macam dulu-dulu jugak. aku tak pernah beria bab persiapan raya. baju aku dan kanda dah lama siap. baju melayu kanda tahun lepas lg dh siap. baju aku plak sebelum ramadhan dh siap. tinggal nk touch-up aje sikit dengan manik. last week siap jahit manik kat baju kurung. lega sangat !! so kitorg dh x fikir lg tentang tu sume. last minit ni je duk cari baju untuk baby qa'id. warna tema tahun ni hijau. so, asal kaler hijau aje, semua boleh. alhamdulillah, jumpa baju baby kaler hijau. so dh sedondon kami anak beranak. gud gud !!

Persiapan kueh raya pulak, tahun ni selamat duit poket. aku tak perlu keluarkan duit tuk beli kueh raya. sebab pengalaman tahun lepas telah mengajar aku, sume  tu tak perlu. sebab family in-law akan buat kueh sendiri. aku hanya tolong aje. Alkisahnya, sebelum raya lagi kueh tu sume habis licin. hah hhah hahah hah hah hahah buat kueh tuk raya tapi makan selepas berbuka. kih kih kih ..

Haduiihhh ... minggu ni memang mood raya. dah memang malas dh nak buat keje. duk fikir nak packing barang balik kampung aje nih. hehhehehheh. semoga perjalan kami selamat pergi dan selamat sampai dan juga selamat kembali. InsyaAllah ....

Sambung cerita lepas raya plak ... cekidauuutt !!