Sedar atau tak, hari ni dh hari ke 10 Syawal. Cepat sangat masa berlalu. Masih belum puas beraya rasanya. Balik kampung pun rasa sekejap aje. Gerak balik kampung malam raya pertama, pagi raya kedua sampai, pagi raya kelima dah gerak balik KL. macam tergesa-gesa sangat. apapun syukurla dapat balik. cuma terkilan sebab tak sempat merasa berpuasa di kampung. harap tahun depan plan nk berpuasa di kampung terlaksana.
Seminggu sebelum raya memang dh xde mood dh nak bekerja. malas tahap maksimum ... ada ke patut, duk menjahit manik pada baju kat ofis..... kalo kat kompeni cina ke, omputih ke, jepun ke, mesti dh kena terminate (aku xde pengalaman keje swasta, agak2 je la). hari jumaat plak bos bagi half-day siap kuar memo lg. so memang amik kesempatan la, apalagi jam 12 dh blah. father in law pun tak kisah. huhuhuhu
Petang sehari sebelum raya, kebiasaan family belah kanda akan buat majlis bacaan yasin dan tahlil di tanah perkuburan selepas asar. aku kali ni tak join sebab baby tidur. xkan nak angkut baby tidur ke kubur plak. belah malam plak selepas isyak berkumpul di rumah nenek untuk bertakbir. ini pun aku tak join, alasan aku sebab banyak benda nk buat, nak kemas bilik, nak iron baju raya, nak packing bla bla bla.... banyak juga aku iron, sepasang baju melayu kanda punya, 6 pasang baju kurung, dan 5 helai tudung. orang lelaki memang raya pertama je pakai baju melayu. dah tu, sudahnya baju t dan jeans aje tuk pegi beraya memana. yg kita ni mesti la kena pakai baju kurung. lebih2 lg beraya kat kampung. takkan nk pakai jeans atau dress plak. x ke pelik tu ... (tapi ada yg buat pun sebenarnya) ... iron baju raya sepasang je. selebihnya tu baju yg aku pakai ke ofis. balik kampung mana org nk tny baju raya ke? diorg pun bukannya tahu pun kita pakai baju ofis.
Pagi raya aku bangun awal, 6.30 dah mandi, solat subuh dan bersiap. rasanya kali ni aku yg paling awal siap. sebabnya pagi ni nak bergambar sefamily sebelum solat sunat raya. semua orang dh siap, father in law boleh plak pegi mandi. dah lewat, pastu dia duk nak cepat pegi masjid. sempat snap 2 keping aje, tu pun menantu lagi sorang plak xde. cacat gambar. mother in law dah mencuka, sebab dia yg nak sangat bergambar. setahun sekali je semua anak-anak berkumpul macam ni. nak bergambar kat luar rumah bagai, kesian !!! aku pun turut kecewa. sebabnya semalam aku dah siap setting tripod dan kamera bagai tuk bergambar pagi ni, kat dalam dan luar rumah. alih-alih, apa pun tak boleh.
Raya kali ni memang dh tahu yg aku tak berpeluang solat sunat raya. so aku tunggu semua orang di rumah nenek. aku ngan baby qa'id duk layan tv kat umah nenek, tetiba qa'id melayang jatuh ke lantai dari sofa. kepala terhentak pada lantai berlapikkan tikar rotan. dah tu terhantuk kat tempat yg dia jatuh semlam. kepala dia terus benjol, bengkak biru. menangis teresak-esak. aku dah kalut cari papa dia. so atuk dia yang kebetulan dah siap solat, terus tenangkan qa'id, dan cuba nak tuam dahi dengan ais. tapi qa'id tak mahu. aku dh menangis sebab terlalu panik dan risau.
Sewaktu ramai-ramai berkumpul di rumah nenek aku bg cadangan pada adik ipar tuk amik gambar family, tp dia kata nnt. sudahnya habis beraya , bapak diorang dh ajak balik cepat sebab sleepy dan nak masak tuk open house malam ni. lagi sekali hampa. orang lain pun bila dah father in law balik, diorng pun turut gerak balik. apapun aku sempat gak snap beberapa keping gambar aku, baby qa'id dan kanda. lantak la orang lain. aku pun dh ada family sendiri, utama kan family aku dulu la ... dah tu yg lain macam tak endah je. sukati korang la.
Balik rumah, aku tolong mother in law apa yang patut kat dapur tuk preparation open house malam kang. lepas asar bergegas ke rumah pak long (bapa saudara belah suami) untuk beraya. semua orang berkumpul dan masing-masing nk bergambar sekeluarga sebb siang td tak sempat dan tak cukup korum. father in law plak lagi sekali bergegas balik. aduhaiii .... kacau betul la .... aku tak kisah sangat pun bab bergambar. tapi aku fikirkan perasaan semua orang yg ada. sebab semua mengharapkan kerjasama satu sama lain. kalau dah sorang buat hal, maka yang lain pun mesti rasa terkilan. dah la hari raya plak tu ....
balik je ke rumah, aku terus packing barang2 tuk balik ke kampung malam nanti. so aku dah tak dapat nk tolong mak mertua di luar tuk open house malam kang. lepas isyak baru siap dan aku keluar tuk join semua orang. semua dh penat, baju raya pun dh bertukar, so mood tuk bergambar memang xde la. masing-masing pun buat hal sendiri, makan makan dan makan sambil berborak. habis makan semua minta diri nak balik. tinggal family kitorg je, pun xde yg buat inisiatif tuk bergambar. so aku dah nak gerak balik kampung. kalau ada yg bersuara nk bergambar lagi sekali, aku on je. tapi masing-masing dah penat.
Tahun ni memang xde gambar macam tahun lepas. tapi xpe, mana yg sempat aje. yg penting gambar aku dengan kanda dan qa'id ada. Happy family ......
taun ni pn aku xde gmbar family..yg pmpuan sbuk kt dpur,pastu pg2 pas smbhyg rya dah ada sdara mara yg dtg..so mlepas la..
ReplyDeletexde rezeki tuk bergambar bersama ... sabar aje lah !!
Delete