Friday, March 29, 2013

My man

Papa dan al-qa'id .... mereka berdua ni la racun dan penawar hidup aku .... kehadiran mereka memberi erti dalam hidup aku ... tanpa mereka dunia aku mungkin tidak bermakna lagi !!








I love you both much much !!

Dua pupu

23/03/2013 ahad, aku kanda dan al-qa'id datang ke PD tuk hadiri majlis akikah cucu mak lang ... dua pupu qa'id. ibu dan abah tak dapat datang sebab ke lumut ada family day. kitorg tak dapat pergi ke family day sebab kena pergi ke PD .... huhuhuhu !! nak wat camana event berlangsung serentak, kena la bahagi-bahagikan wakil. 



Inilah bayi yg diakikahkan ... baby boy bernama umar hayyan .... comel sangat ... buat aku rasa nak preggy lagi !! 

Mandi pantai

23/03/2013 sabtu, mandi laut di pantai Port Dickson .... datang ke PD sebenarnya tuk hadiri majlis akikah mak sedara kanda, terlanjur datang PD terus aje bawa anakanda al-qa'id mandi pantai !! 









Sungai Tekala

10/03/2013 ahad, aktiviti yang tak dirancang, tetiba aje kanda ajak pergi sungai tekala. nak bawa qa'id mandi sungai katanya. ini first time qa'id mandi sungai !! seronok si manja sorang tu !! 






Dah mengigil kesejukan pun masih belum puas dan tak mahu berhenti main air ... menangis bila nak angkat keluar dari sungai!! masuk je dlm keta terus tidur kepenatan. 

Apam beras

Alkisahnya, aku buat apam pink ni ikut sukatan yg sama dengan apam kuning ... cuma sukatan dia guna gelas yg kecil ... apam kuning guna gelas yg besar .... 1st buat yg kuning dulu tapi mcm tak jadi ... blender takleh pusing bila aku masukkan tepung. so aku stop then buat yg baru guna blender lain ... tukar blender !! waktu tengah kukus apam pink, aku blend balik semula apam kuning !!! ini lah hasilnya ... 







Komen mak mentua, dia suka yg pink sebab rasa dia masam ... erk !!! resepi sama je, bezanya satu sukatan gelas besar, satu lagi sukatan gelas kecil. bahan dia sama je jugak!!! camana leh apam pink masam pulak ??? apa pun kedua-duanya menjadi dan sedap !! cuma apam pink lebih fluffy .... 

Lepas ni nak cuba buat apam guna tapai pulut sebagai ganti nasi. sbb nk dapatkan rasa masam. request by mak mentua. 

Pancake oh pancake

Terbayang-bayang pancake McD .... akhirnya aku decide tuk buat sendiri .... feveret anakanda al-qa'id !!





Puding gula hangus

Feveret aku ... try buat sendiri, resepi dari mak mentua .... alhamdulillah menjadi !!




Resepi :-

Gula hangus

2 sb gula - goreng terus dalam loyang, goreng hingga warna keemasan. biarkan sejuk. gula hangus akan mengeras.

Puding

7 biji telur ayam 
1 tin susu cair
1/2 cwn gula pasir (kalau x suka manis, x perlu masukkan)
Esen vanilla

Kaedah :-

Masukkan semua bahan ke dalam blender, blend sehingga sebati, tuangkan ke dalam loyang yg mengandungi gula hangus tadi, kukus sehingga masak. sejukkan, siap dimakan!! 

Tuesday, March 26, 2013

Petua Untuk Elakkan Suami Isteri Bergaduh




1. Dengar dahulu sepenuhnya apa yang pasangan anda ingin sampaikan. Kemudian baharulah anda fikir dan buat penilaian. Kebanyakan pasangan berpisah disebabkan pergaduhan yang sia – sia iaitu ada jalan penyelesaian tetapi tidak digunakan.

2. Ketika ingin mengutarakan pendapat, pastikan anda berkata- kata menggunakan nada yang rendah dan mendatar. Jangan bercakap dengan nada yang tinggi. Anda juga jangan memperli pasangan anda kerana ia akan memburukkan lagi suasana.

3. Ada pasangan yang hidup bahagia walaupun kehendak mereka berbeza. Ia terjadi kerana, mereka menerima pasangan mereka seadanya. Jika pasangan anda pemalas, anda perlu terima bahawa dia pemalas dahulu. Kemudian baharulah anda cuba mengubah dia dengan memberi nasihat dan kesedaran. Jika kita menerima pasangan kita seadanya, kita akan jadi lebih tenang dan selesa ketika berada dengan pasangan kita.

4. Jangan melibatkan adik beradik anda, ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda dalam urusan rumah tangga anda. Dalam rumah tangga anda, hanya anda dan pasangan anda yang layak menentukan segalanya. Anda perlu tegas untuk menghalang orang luar dari terlibat dalam urusan rumah tangga anda.

5. Pastikan anda melakukan perkara yang telah dipersetujui bersama dengan pasangan anda. Jika anda berdua telah mengambil keputusan untuk berjimat cermat pada bulan ini, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut. Jika anda berdua mengambil keputusan untuk membeli kereta kancil contohnya, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut dan jangan mengubahnya. Jika anda mengubah keputusan sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan akan berlaku dengan lebih teruk.

6. Jika anda sayangkan pasangan anda, maafkan dia dan lupakan segala kesalahan dia.

7. Jika tiada jalan penyelesaian, anda boleh dapatkan pendapat dari pihak ketiga seperti kaunselor, ibu bapa, kawan rapat atau adik-beradik yang lain. Pastikan anda sentiasa berdua ketika mencari jalan penyelesaian dan terima segala pendapat dengan hati yang terbuka