Wednesday, May 8, 2013

Mulberry

Mulberry

Aku kenal pokok dan buah mulberi ni sejak berkahwin dan tinggal dengan mentua ... pernah la dengar pasal buah mulberry tapi tak pernah kenal .. so aku tak sangka yang buah adik beradik berry ni boleh hidup di malaysia yang beriklim panas dan lembap. rupanya pokok ni memang berasal dari benua asia. 

Mula-mula dapat rasa dan makan buah mulberry ni memang aku suka dan excited nk makan lagi ... tp sekarang aku dah tak hairan ... sebabnya kat rumah yg aku tinggal sekarang ni dipagari oleh pokok mulberry ... teringat kampung halaman, rumah aku dipagari pokok bunga puding ... rumah jiran lain pokok bunga pagar, ada jiran pagar rumah dengan pokok bunga raya, ada pokok bunga kertas .... senang cerita pokok bunga dijadikan pagar rumah .... memang cantik dan ceria mata memandang !!

Masalahnya kalau rumah dipagari pokok mulberry ni, kena berebut dengan beruk-beruk liar ... belum sempat tuan rumah nk makan, beruk terlebih dulu petik. itulah dia adat berkongsi tempat tinggal. tapi pokok mulberry ni senang dijaga dan senang ditanam. pokoknya rendah dan kena rajin trim dan cantas batang, baru la dia akan bertunas dan berbuah lebat. 





Sedikit info pasal pokok mulberry :

Daun - merupakan makanan ulat sutera

Batang - perlu ditrim sekerap mungkin baru la pokok dapat menghasilkan buah yang banyak. pokok mulberry hidup dengan keratan batang atau biji benih.

Buah - dimakan begitu sahaja, dibuat pie, tart, wines, kordial dan perisa teh. 

Kambing oh kambing

28/04/2013 ahad

Program yang tak dirancang, dah lama nak ke pahang bawa anakanda al-qa'id tengok kambing. bapa mertua buat projek ternakan kambing di raub, so abah selalu la ulang alik ke pahang uruskan kambing. balik umah aje mesti cerita pada qa'id pasal kambing ... siap mereka panggil seekor anak kambing bersempena nama qa'id. anak kambing tu tersangat manja, mudah didekati dan suka makan kain baju sesiapa sahaja yg didekati. sebab itu la dipanggil nama kambing qa'id. aku terfikir, mcm xde kaitan langsung, apasal la x pilih nama lain, nama anak aku juga yg diletakkannya.

Selepas solat zuhur kitorg reramai menaiki hilux untuk ke kandang kambing nun jauh di atas bukit. aku dan kanda serta seorang pekerja indon duduk di belakang, memang mencabar sangat. dengan meriba qa'id, kaki menahan tangki air, abah plak bawa hilux laju aje, mcm xde org kt belakang ni yg terhuyung hayang. kanda plak dengan sebelah tangan pegang senapang, sebelah lagi pegang lutut yang belum sembuh lagi, sambil menahan sakit. nasib baik aku ni jenis yg suka adventure dan lasak yg tak keterlaluan. qa'id plak relaks aje, walaupun sebenarnya tengah tahan lapar dan mengantuk. cuaca cerah, panas dan kurang angin. masing2 bertahan.











Papa qa'id yang kepenatan, menahan lutut yang sakit serta mengantuk ... qa'id pun sama tp masih lagi mampu bertahan .... berehat sekejap dalam kandang kambing yang dalam proses pembinaan ... nak besarkan lagi kandang supaya kambing lebih selesa dan nak asingkan kambing serta kambing biri-biri.




Memang betul2 penat ... terus collapse bila sampai rumah. aku juga yg masih bertahan, sempat lagi amik gmbar. qa'id terlelap semasa dalam hilux ketika turun bukit ... badan kami memang dah busuk berbau kambing, berpeluh dan kotor serta gatal2. kalau boleh nak kejutkan dan mandikan qa'id kemudian tidurkan ... tp kanda biar qa'id tidur dulu, bangun nnt baru mandikan.

Esoknya, badan qa'id bengkak2 kecil warna merah sebab alahan pada tahi kambing, badan aku pun tumbuh juga bengkak kecil ... bengkak kecil yang sangat gatal merenyam .... mak mertua sapukan kapur pada bengkak2 di badan qa'id ... sekarang bengkak tu berparut kehitaman ... badan qa'id dh ada parut ... sedih nyeeeee !!!

Memang seronok aktiviti ni ... tp bg aku cukup sekali ... lepas ni kalau xde hal yg penting sangat takde la aku nk ke sana lagi ... qa'id plak, bila dh besar sikit, dh boleh berdikari, aku takde halangan kalau nak ikut atuk uruskan kambing !! 

Tuesday, May 7, 2013

Kongsi info



TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT

(Sebelum ada yang nak marahkan sy psl share artikel ni, sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila rujuk ke sini dulu okay? http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html. Untuk para peniaga rumpai laut, saya sebagai pengguna rumpai laut sekadar share artikel ni. Tidak bermaksud untuk menjatuhkan bisnes sesiapa. Sehingga hari ini 9-4-2013 msh ada pihak terutamanya peniaga yg masih rasa saya yg bersalah kerana share artikel ni. Ada juga yg ingat sy yg menulis artikel ini. Artikel ini BUKAN sy yg tulis cuma d copy paste dr 1 blog spt link sy bg d atas. Perlu difahami ttg konteks antara penjual dan pembeli. D sini sy sekadar pembeli. Saya MEMOHON MAAF sekiranya tindakan sy yg awalnya sekadar utk berkongsi PRODUCT KNOWLEDGE ini menyinggung mana-mana pihak. Terus sj kepada penulis asal artikel ini thesecretmedicines.blogspot.com. tQ)


Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.

Ingat juga Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut..

sumber : thesecretmedicines.blogspot.com


Tokoh


Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami. ~Sifu Siddiq.




Biodata YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.



Dipetik daripada blog: nasronhashim.blogspot.com






Berita paling menyedihkan bagi rakyat kelantan.

TOK GURU NIK AZIZ MELETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN.

. . .

23 tahun Tok Guru menyusahkan diri, mengorbankan kesenangan diri demi melihat rakyat kelantan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan senang di akhirat.

Beliau bekerja melangkaui tuntutan kerja. Beliau bukan sekadar menteri besar, tetapi guru kepada rakyat kelantan. Lebih mengharukan lagi, beliau bertungkus lumus menjaga iman rakyat.

23 tahun ALLAH bagi pinjam Tok Guru atas kapasiti Menteri Besar. Kiri dan kanan beliau diserang tanpa belas kasihan.

Tok Guru Nik Aziz b. Nik Mat adalah anugerah dari ALLAH yg dikurniakan kepada rakyat kelantan khasnya.





Perasaan aku berkecamuk menerima berita ini ... menitis juga air mata, sebagai manusia biasa aku berdoa pada allah semoga TGNA beroleh keberkatan dalam hidup beliau. semoga beliau berhidup bahagia, gembira, sihat sejahtera dan dilindungi Allah swt.  

Entry ini sengaja aku masukkan di sini sebagai tanda penghargaan dan ingatan tulus ikhlas kepada TGNA yg sangat aku sanjungi. Aku sangat berbangga menjadi anak kelantan !!


Monday, May 6, 2013

Pot luck

19/04/2013 jumaat

Satu majlis perkongsian ilmu telah diadakan pada hari jumaat yang mulia, dah lama tak hadir majlis sebegini, terisi juga la diri aku ni dengan ilmu-ilmu yang disampaikan. setelah lama ketandusan .... kalau diadakan setiap bulan, alangkah bagusnya, terisi juga jiwa nurani aku ni .... 

So dah alang2 ada majlis sebegini, ada juga la terselit sesi penyampaian hadiah untuk staf yang lahir pada januari hingga april ... bertuahnya ... aku memang xde peluang kot rasanya, sb nk tunggu hujung tahun ni memang belum tentu lagi .. dan aku xde la nak tunggu hujung tahun semata2 untuk diraikan sebegini ... aku ada perancangan tersendiri lepas ni !! xde la aku nk stay sini selama-lamanya !!

Bila dh berkumpul macam ni, mesti lebih meriah kalo ada pot luck ... masing2 bawa satu menu .... aku bersemangat nak masak sebenarnya, tapi memikirkan situasi aku yg serba kekurangan, jadi aku hanya mampu sediakan buah sebagai pembuka selera. ingatkan aku sorg je yg bawa buah, nasib baik juga aku bawa buah berbeza ... dan alhamdulillah habis licin !! 

Main course ialah nasi lemak ..... makanan ni kami semua makan dr pagi hingga petang ... maklumlah selesai majlis kami semua bergotong royong melakukan pensisihan fail .... huhuhu aku terpaksa angkat benda berat, rasa ngilu dalam perut !! dapat gaji terus ke pusat urut tradisional untuk angkat rahim ... kompom jatuh sebab angkat benda berat !! 




Ok, buah lai ni aku yang bawa .... spesel ok, ditabur dengan mo fa kor ... huhuhu memang sedap !! 






Sangat classic

Souvenirs from Langkawi ... terima kasih kak atie !!