TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT
(Sebelum ada yang nak marahkan sy psl share artikel ni,
sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila rujuk ke sini dulu okay?
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html.
Untuk para peniaga rumpai laut, saya sebagai pengguna rumpai laut sekadar share
artikel ni. Tidak bermaksud untuk menjatuhkan bisnes sesiapa. Sehingga hari ini
9-4-2013 msh ada pihak terutamanya peniaga yg masih rasa saya yg bersalah
kerana share artikel ni. Ada juga yg ingat sy yg menulis artikel ini. Artikel
ini BUKAN sy yg tulis cuma d copy paste dr 1 blog spt link sy bg d atas. Perlu
difahami ttg konteks antara penjual dan pembeli. D sini sy sekadar pembeli.
Saya MEMOHON MAAF sekiranya tindakan sy yg awalnya sekadar utk berkongsi
PRODUCT KNOWLEDGE ini menyinggung mana-mana pihak. Terus sj kepada penulis asal
artikel ini thesecretmedicines.blogspot.com. tQ)
Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan
mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti
kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak
dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai
pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan.
Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik
dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang
tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar
kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau
buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.
Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis
kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk
30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting
untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian
tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu
melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali
tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.
Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi
kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai
pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang
pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya
ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam
tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.
Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari
ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia
sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh
agar-agar.
Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi
kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya
kini meningkat.
Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit
kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa
masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang
cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat
tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada
kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat
yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C
seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri
tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai
laut adalah sumber kolagen terbaik?
Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan
adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang
mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang
Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai
sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang
luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.
Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang
membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi
yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan
kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam
manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang
(overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan
manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya
sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik
dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.
Penghaslilan Produk
Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids
iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam
air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk
seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan
tekstur licin).
Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang
melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga",
"ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya
sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi
salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan
carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang
jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda
berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan
nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.
Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa
minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling
melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar
abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta
pelabelan produk makanan dan minuman.
Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan.
Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat
seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk
mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan
beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.
Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen
Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh
mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu.
Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah
belajar ilmu biologi.
Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu
kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang
diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula
terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang
berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran
pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan
luarbiasa sehingga ke luar negara."
Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut.
Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi
produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.
Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh
didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita
perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara
semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber
vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid
amino, ikan dan telur.
Ingat Cantik, ingat vitamin C.
Ingat juga Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut..
sumber : thesecretmedicines.blogspot.com
No comments:
Post a Comment