Wednesday, July 3, 2013

Ring blink bling

Sebulan yang lalu harga emas turun ... turun .... dan turun lagi .... dan terkini harga emas 916K cecah RM134 1gm. 

Aku tak tahu sejak bila aku mula minat dengan emas. yang pasti sejak dah berkahwin ni aku memang suka menghabiskan duit untuk beli emas berbanding benda lain. so bila harga emas dh jatuh ni, kena amik peluang la ... peluang begini bukan selalu datang ... harga emas pula kalau sekali dh naik, akan naik dan naik lagi ... kebetulan harga tengah jatuh ni ... kena rebut peluang ni ... huhuhu.

Ibu mertua ada maklumkan yg harga emas turun dan akan turun lagi. selepas raya aidilfitri baru harga naik semula. aku seolah dalam hati " ... ye ke ... hurmmmmm..." otak aku kosong kosong kosong (ikut rentak lagu najwa latif). tumpang gembira lihat emas yang diborong oleh ibu mertua ... aku fikir, baru je beli gelang beberapa bulan lepas, nak kumpul balik duit memang amik masa la kan. xpe la, ada rezeki nnt aku beli lagi.

Satu hari jumpa member lama kat opis lama, dia kata harga emas turun lagi ... aku excited untuk dia, siap bg cadangan lagi supaya dia rebut peluang ni, lagi pun dia nk kawin lepas raya nanti. memang masa sesuai sangat. otw balik tu akal aku berputar ligat fikir pasal emas. akhirnya aku beroleh akal. tak sabar nak cerita pada kanda. bila aku suarakan cadangan, kanda terus saja setuju. katanya gaji nnt kita pergi beli .... yahoooooooooooooooo hatiku riang berbunga !!!

Dalam hati aku dah aim cincin belah rotan. aku ada satu cincin nikah, tapi tak pernah pakai, sebab sayang sangat. takut calar dan buruk, lagipun agak longgar, takut tercabut tak perasan. so simpan. eheheheh. gelang dh ada, rantai pun dan ada. 

So hari jumaat malam sabtu 28/6/13 kami ke warta BBB. kat sana ada kedai emas S.Wan .... cari kat sana, xde yang  berkenan dan pilihan ciput je. hurmmmm... masuk pulak ke Poh Kong, buntang mata sebab design dia sangat cantik belaka. tapi sayang saiz yang aku nak xde pulak. ajak kanda balik dengan hati yang hiba. 

Esoknya 29/6/13 sabtu, ajak kanda ke alamanda, kat sana banyak kedai emas. Kedai pertama aku masuk ialah S.Wan. bukan apa, aku dh 3 kali beli kat sana, dh biasa, design pun cantik, memang puas hati. tapi kali ni saiz cincin yang aku nak xde ... frust sangat. ajak kanda ke habib. agaknya memang dah ditakdirkan untuk aku pakai brand habib kot. memang cincin belah rotan sangat banyak, cantik-cantik belaka. aku dah rambang mata. walaupun design yang aku suka xde saiz tapi sebab ada banyak pilihan yang cantik-cantik dan bling bling, jadi xde masalah sangat. 

Setelah puas duk cari saiz, akhirnya terpaksa la amik yang mana ada. nak ke kedai lain dh xde masa. dua bentuk cincin berjaya diperolehi. sebab harga emas jatuh so harga sebentuk cincin pun jadi murah. huhuhu. Otw balik rumah, kanda suarakan hasrat hati tuk beli gold bar. dialog kami :-

Kanda : kanda nak kumpul duit la nak beli gold bar, tadi tengok kat habib 1k dh boleh dapat sekeping.
Dinda : la ... nape tak cakap awal-awal, kalo tak, dinda tak payah la beli cincin tadi, beli aje gold bar. 
(aku dh semakin tamak kalau bab emas ni .... ahahahhahahahahha).
Kanda : xpe la, itu dinda punya. kanda pun nak ada emas juga.
Dinda : hurmmmmm ok ( dalam hati, kesian laki aku )


Ini cincin nikah, pakai seminggu selepas nikah, pastu simpan, dah x pakai. sayang nak pakai .... huhuh



Dua bentuk cincin yang kami beli ... sebenarnya ada banyak lagi design yg cantik tapi xde saiz. saiz yang aku cari ialah 14. cincin belah rotan tu saiz 13. dan cincin yg bawah saiz 14. xpe la, memana pun sama asalkan ianya emas, nilai emas tu yang penting. 

Apapun syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri ... emas adalah aset, tak rugi beli emas. kalau sekarang beli dengan harga 100, 10 tahun akan datang nilainya akan jadi 1000. perumpamaan. 

Honestly, cincin emas dua bentuk yg aku beli ni belongs to my son anakanda Muhammad al-qa'id ha'il. Duit anakanda yang dikumpul sejak lahir, kalau disimpan, nilai matawang akan susut. simpan dalam bank, xde hasil, simpan asb, amik masa lama tuk dapat faedah. Jadi tak rugi kalau aku beli emas untuk masa depan al-qa'id. bila al-qa'id dah remaja dewasa nanti, emas ni boleh digunakan mungkin untuk sambung belajar, atau belanja kahwin atau terpulang la pada dia nak buat apa. ibu dan papa dah bincang dan fikir masak-masak serta buat semua ni tuk kebaikan anakanda. 

-sabtu 29/6/13-

No comments:

Post a Comment