Assalamualaikum wbt
Tanggal 16-17 Nov 2013 (Sabtu & Ahad) yg lepas, satu perjumpaan keluarga telah diadakan. Perjumpaan keluarga ini melibatkan keluarga belah ibu mertua .... semua adik beradik ibu mertua serta anak menantu telah turut serta ... termasuk lah aku sekeluarga. Ini merupakan kali pertama aku join program hari keluarga belah ibu mertua. Jadi ini lah masanya untuk berkenalan lebih rapat, beramah mesra untuk mengukuhkan lagi silatul rahim ... sememangnya kami semua jarang berjumpa !!! program sebegini memang sangat sesuai dan rugi kalau tak join !!
Lokasi yang dipilih ialah Pak Akob Place, Lubok Semak, Lata Jarum, Raub, Pahang darul Makmur. Kenapa lokasi ini dipilih tidak lah aku ketahui dan aku tidak kisah sangat ... yang penting tujuan diadakan aktiviti hari keluarga ni tercapai matlamatnya... Tempat yang best adalah satu bonus, dan sememangnya lokasi yang dipilih adalah sangat sangat sesuai ... sebabnya, tiada gangguan oleh orang ramai, kawasan pak akob place tu kami yang conquer .... so dengan suka hatinya kami rasa tempat tu kami yang punya .... untuk tempoh 2 hari satu malam je lah !!
Aktiviti tak banyak pun, sukahati kitorang la nak buat apa pun .... nak berendam seharian pun takde sape yang nak halang, makan sampai muntah (2 hari stay sana berat badan aku naik 3 kilo ... gilosss) .... memang family kitorang aje yang melobi tempat tu .... check-in jam 12.30 tgh ... family kitorang yang sampai dulu ... almaklumlah, ibu dan abah merupakan mastermind untuk gathering kali ni. dan abah sendiri yang pilih lokasi ... plus kawasan Hulu Dong di raub tu ibarat rumah kedua abah ... sebabnya abah ulang alik dr Sg Merab ke Hulu Dong, Raub saban minggu, dua orang adik ipar stay di Hulu Dong ni demi menjaga kebun getah, sawit dan ternakan kambing abah.
Aku sendiri tak sangka yang tempat ni memiliki kawasan rekreasi yang sangat superb ... aku cakap macam ni sebab aku sukakan aktiviti mandi sungai dan menikmati keindahan alam semulajadi .... kalau dapat buat aktiviti mountain climbing lagi syiookk !! dah lama tak daki bukit ni ... rasa gian plak ... tapi fikirkan yang aku dh ada anak kecik ni ... apa pun tak boleh la !!
Aktiviti pertama yang kitorang buat ialah berkubang dalam sungai yang dikelilingi air terjun .... ya ampun air dia sangat sejuk macam ais .... jernih dan bersih ... memang sangat fresh !! sementara menunggu ahli keluarga lain tiba ... diorang sume dari PD, Seremban, Melaka dan KL... kena mandi sebelum makan ... kalau lepas makan ... memang aku gerenti semua makan beku dalam perut, tak pasal-pasal masalah penghadaman berlaku plak !!
Selesai mandi manda, terus melantak ... lapar sangat-sangat ... breakfast pagi tadi hanya makan cekodok kentang aje !! tambah lagi berendam macam kerbau dalam sungai yg sejuk memang kebulur jadinya. menu makan tengahari ialah hidangan pot luck ... ikan keli goreng cili, masak lemak ayam, ayam masak kicap, samapi ikan bilis petai, ada kek gula hangus, puding roti custard, kueh akok, kacang kuda rebus, kerabu ulam dan air sirap .... dah kenyang ... apa lagi, masa tuk tidur la !! macam ular sawa sudah !! Petang bangun tidur masuk dalam sungai lagi sekali, kali ni mandi ramai-ramai dengan mak cik mak cik ... memang syok ... aktiviti bebas sebebasnya !! kanda menjala, budak-budak memancing ... dapat la jugak ikan baung dan ikan seduan .... hihihi
Aktiviti belah malam ialah bacaan yasin dan tahlil ... aku tak join, sebab anak menantu kena tolong siapkan makan malam ... lepas selesai majlis ... masa tuk melantak BBQ plak ... menu mlm ni ialah nasi goreng, kambing bakar, ayam bakar, sosej bakar dan buritos .... acara yang ditunggu-tunggu ialah potong kek sempena hari lahir anakanda al-qa'id dan juga atif (anak mak su - adik ibu) .. tarikh lahir mereka sama iaitu 17 Nov .. tapi berlainan tahun !! makan sambil sembang, gossip dan sebagainya !! lewat malam baru masuk tidur !!
Jam 5 pagi bangun untuk qiamullail .... aku tak larat .... geng-geng veteran je yang join .. lepas subuh aku sambung tidur ... godaan di subuh hari yang sejuk, nyaman dengan deruan air terjun yang kuat ... berselimut untuk panaskan badan ... alasan je tuh !! Jam tujuh bangun terus ke dapur !! dah ramai yang sedang melantak sarapan pagi rupanya. anakanda masih tidur so aku boleh la tolong apa yang patut. sarapan pagi ni memang superb !! perut dah kenyang pun masih lagi duk menyuap !! Apa tidaknya ... siap masak frozen food, hidang lepas satu, satu lagi frozen food keluar ... then nasi goreng, mihun goreng, teh tarik kaw kaw manis berkrim ... tetiba muncul mak cik mak cik yang pergi ke pasar tani bawa balik nasi lemak, kueh mueh macam-macam ... memang heaven la !! melantank sampai ke jam 11 pagi. terus sambung mkan tengahari pulak !! menu tengahari ikan goreng, sup daging, masak lemak perut rebung, ulam ulaman ... ikan masin dan air sirap !!
Untuk hari ni aku tak mandi sungai sebab semalam hujan lebat, menyebabkan air sungai keruh dan sangat deras ... sangat merbahaya dan tak selamat tuk mandi manda ... lebih2 lagi untuk kanak-kanak !! ada je adik ipar dan anak-anak makcik mandi manda. kebetulan aku sibuk packing barang dan uruskan anakanda al-qa'id yang buat perangai, so x sempat nak mengelilingi kawasan buat kali yang terakhir !! tapi dalam hati aku harap suatu hari nanti aku akan datang ke sini lagi !!
Lepas makan tiba la masa tuk berpisah ... check out jam 12.30tgh ... sebelum berangkat kami posing bergambar kenangan !! sepatutnya ada aktiviti melawat kandang kambing abah ... tapi terpaksa cancel sebab masing-masing ada hal dan rushing nak balik .... lagipun nak ke kandang kambing kena naik dengan hilux ... lokasi atas puncak bukit ... dalam kawasan ladang sawit abah !! huhuhu kalau semua nak pergi ... memang x dapat la ... sangat chalenging ... aku first time pegi situ pun rasa macam dalam rancangan 4x4 masuk hutan ... so sangat tak sesuai tuk buat lawatan ramai-ramai ... maybe lain hari la !!
Kami terus balik setelah semua selesai... ibu abah stay sebab ada hal nak uruskan berkaitan kambing, sawit dan getah !! oh lupa plak family kitorang yang datang ialah aku, kanda, anakanda al-qa'id, adik ipar sarah, munirah, helmi (memang stay kat raub jaga kambing, getah dan sawit) ibu dan abah. Kesimpulannya mission accomplished ... kami semua gembira dan menikmatinya ... jika umur panjang, ada rezeki dan kesempatan akan ada lagi hari keluarga pada masa akan datang !! In Sya Allah ..