September 2014 yang lalu, kami berkesempatan bercuti di Pulau Tioman. Kami ambil pakej tiga hari dua malam di Kampung Salang. Banyak resort kat Kampung Salang ni. Pakej dia pun boleh tahan juga mahalnya. Perancangan awal nak stay di Salang Beach Resort, tapi kebetulan ada seorang kawan baru je balik dari bercuti di Pulau Tioman, so dia rekomenkan satu resort yang lebih murah.
Malas nak cerita panjang lebar, so layankan aje gambar yang sempat saya capture sepanjang percutian kami.
Kami gerak ke Jeti Mersing jam 9.00 pagi. Feri gerak jam 10.00 pagi. Tapi nak dekat jam 11.00 pagi baru gerak. Pertama kali naik feri, satu pengalaman yang berbeza. Lebih seronok naik speed boat. Waktu bujang dulu pernah pergi ke Pulau Perhentian naik Speed Boat. Sepanjang perjalanan tu boleh rasa angin dan udara laut, boleh tengok pemandangan, rasa gelombang dan percikan air. Tapi dalam feri rasa tenggelam, lemas dan bosan.
Susana dalam feri, anakanda al-qa'id kebosanan dan kelaparan, pagi tadi tak sempat makan, nasib baik tergerak hati nak bawa air panas dalam termos.
Dah sampai Jeti Kampung Salang, anakanda al-qa'id teruja tengok air laut yang jernih dan banyak ikan.
Gambar suasana dan pemandangan sekitar Jeti Kampung Salang
Tioman Island's vacation now begin .... tak sabarnya nak menikmati percutian ini ..
I LOVE NATURE !!
Keseronokan kian terasa bila tengok air nya yang jernih, biru kehijauan, bukit bukau menghijau .... segala puji bagi Allah ... indahnya alam ciptaan Allah SWT ... jejak aje kaki ke sini, langsung tak fikir masalah, otomatik yang bermain kat kepala ialah snorkelling, corals, speed boat, fishes, canoe .... seronoknya .. kita enjoy !
Perjalanan menuju ke chalet, makcik yg depan tu la yg sambut kami .... sangat mesra dan baik hati ... banyak chalet kat sini tapi kami pilih yang melayu ... support bisnes sesama melayu ... Pak Long Restaurant and Accomodations ... taklah commersial mcm resort lain, fb xde, blog xde, web pun xde, tapi chalet sentiasa penuh, servis bagus, chalet selesa, lokasi pun dekat ... tapi kalau nk yang mewah banyak je resort yg mahal ...
Pak Long, owner chalet
Lepas lunch, rehat kat bilik, petang baru ke pantai. hanya aktiviti santai bermain air ...
Selepas dinner kami bersiar-siar menikmati suasana malam. Sopink coklat kat kedai duty free ... kemudian jenjalan ke setiap resort yg ada di kampung salang ...
Oleh sebab dah tak tahu nak buat apa, terus balik ke chalet, menikmati coklat dan rehat awal ... esok nya nk kena bangun awal sebab ada aktiviti island hoping ...
Selepas sarapan, kami diberi peralatan snorkeling ... roti untuk jamu ikan. Dah lama tak snorkeling, masih boleh ke aku terapung ... apa ada hal, pakai life jaket kot ... huhuhu .. tapi tetap rasa takut dan risau. Dalam masa sama tak sabar nk main air ... bagi ikan makan .. tengok coral ...
Kami dibawa ke 6 tempat snorkeling .... aku dah lupa nama tempat2 tu ... semuanya best dan sangat cantik ...
Satu boat ni ada 4 grup termasuk kami, mulanya tak kenal, tapi bila dah buat aktiviti bersama-sama kami jadi mesra. Terutama dengan sekumpulan budak-budak muda, semuanya lelaki. Aku beranggapan diorang ni student .. sebab perwatakan mereka macam student. Masing-masing bawa Monopod Go-Pro ... tak habis-habis selfie dan grupfie.
Checkpoint pertama ialah Coral Island. Aku ingat tempat ni sebab ianya tempat paling best untuk snorkeling. bukan ikan aje ada sini, jellyfish pun banyak. Menurut abg Tour guide, jellyfish ni tak merbahaya ... boleh pegang dan sangat jinak ...
Anakanda Al-Qa'id with his partime-guardian .. salah seorang dari grup go-pro tadi tak suka aktiviti snorkeling, dan dia sukacita menjaga qa'id, sambil bagi makan ikan. Seronok la qa'id ada kawan, sementara ibu dan papa snorkeling ...
Ini pula checkpoint kedua ... sampai sini, aku dah terpegun dengan keindahan pasir pantai dia yg sangat putih ... tak sabar nk snorkeling .. tapi abg tour guide kata sini arus tak sesuai untuk snorkeling .. so aku hanya menikmati pemandangan, cuaca pun panas terik, panas membakar ...
Sebelum turun dari boat, aku terpandang boat sebelah, terapung atas air yg sangat jernih, terus terigat gambar-gambar pantai dalam google ... terus snap boat sebelah ... tak dpt angle yg cantik tapi berbaloi la aku dpt snap sendiri gambar bawah ni ..
Checkpoint ketiga pun best juga snorkeling .. tempat ni jadi tumpuan geng divers ... sangat dalam dan cantik ...
Dah puas snorkeling, kami singgah makan tengahari di Kampung Tekek .. Menarik juga kampung ni, lebih-lebih lagi seminggu sebelum kami datang, ada kes seorang bayi dibaham seekor biawak .. tidak dinafikan biawak di Pulau Tioman ni sebesar buaya, banyak plak tu ... bukan itu sahaja, spesis kelawar saiz besar pun banyak ... kanda kata itu keluang ke kelawang ... ntah la ... tiga kali ganda kelawar besarnya
Banyak juga tarikan di Kampung Tekek ni ... tapi kat mana ntah resort ... tak nampak pun ... selepas zuhur, kami teruskan programisland hopping .. kali ni beberapa tempat lagi snorkeling ... tapi tak bet mcm awal tadi... yang menarik ialah landak laut ... dapat tengok abg tour guide tangkap landak laut ...
Sampai aje ke Jetty Kg Salang, pekena ais krim sebaatang, permintaan anakanda Al-Qa'id ... sejak semalam rasanya dah 4 batang ais krim dia makan
Lepas dinner, kami jenjalan ambil angin, sambil bermain pasir pantai yang sejuk, lembut, gebu dan putih ... rasa nak baring aje ...
Ahirnya tiba masa untuk balik semua ke Mersing. Pecutian kali in sangat berbaloi, hilang segala stress, masalah, terubat rasa sedih dan datang semangat baru untuk meneruskan liku-liku hidup.
Selamat tinggal Kampung Salang, Panjang umur dan murah rezeki, kami akan datang lagi. Satu aktiviti yang tak sempat dinikmti ialah canoe. Memang motif untuk datang sini lagi ... ehehehhehh
Sebelum berangkat, sempat capture scenery yang cukup indah untuk dikenang. Get lost in nature then you will find yourself.
Akhir sekali inilah grup yang aku gelar go-pro ... yang penting sempat lagi grupfie ... apapun aku sangat berterima kasih pada mereka sebab sudi layan kerenah anakanda al-qa'id.
Sekian.