Wednesday, March 28, 2012

63 PETUA KELUARGA BAHAGIA



Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.

Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari bahtera rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui.

Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Berikut 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

Diharap memberi manfaat

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

Mental, pendidikan dan ilmu
Emosi
Fizikal dan ekonomi
Sosial
Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

Pendapat atau pandangan
Hobi
Kegemaran
Makanan
Cita rasa
Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.


57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Jagalah Hati Pasangan Anda



PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia.

Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati.

Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

“Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”.

Maksud lain yang dapat disimpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan.

Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur.

Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan.

Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta.

Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia.

Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan.

Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda.

Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri.

Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya.

Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga

KHASIAT MEMELUK ISTERI KITA DAN PELUKAN SUAMI UNTUK ISTERI

KHASIAT MEMELUK ISTERI KITA DAN PELUKAN SUAMI UNTUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 SAAT SETIAP PAGI akan panjang umurnya LIMA TAHUN.

Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk ENDORFIN yang baik untuk kesihatan tubuh"

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.....

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan lebih menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri”

Rajin2lah peluk isteri anda sekelian.... :)

Kunyahlah Makananmu Se LUMAT nya, Nescaya Engkau Akan Bertambah SIHAT!

Kunyahlah Makananmu Se LUMAT nya, Nescaya Engkau Akan Bertambah SIHAT!

Mengunyah Sehingga Lumat Menjamin Kesihatan Diri. Ramai Yang Mengabaikan Sunnah Ini.

Cara Rasulullah SAW Mengunyah

Sama-samalah kita menghayati satu sunnah Nabi Muhammad saw yang banyak diabaikan oleh kita semua sebagai umatnya iaitu:

MENGUNYAH MAKANAN SEHINGGA LUMAT!

Rasulullah SAW akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Sebenarnya ini menggambarkan betapa perlunya makanan itu dikunyah selumat mungkin.

Kita 3 hingga 6 kali mungkin telah menelannya.

Sebenarnya apabila kita mengunyah sehingga lumat, barulah nikmat makanan tersebut dirasai.

Walaupun tak sampai 40 kali, tapi kunyahlah banyak kali baru telan.

Ini menambahkan nikmat merasai makanan tersebut dan rasa mudah kenyang.

Ramai yang terlepas pandang bab kunyah sehingga lumat ini.

Sedar tak sedar ini adalah sunnah nabi saw yang sangat penting.

Maklumlah makannya terkejar-kejar sebab terlampau banyak urusan dunia yang dikejar non-stop.

Sebab itu Nabi Muhammad saw sepanjang hidupnya tidak pernah sakit perut.

Ini kerana kaedah pengambilan makanan dan metod serta tatacara makannya juga adalah dinamik melangkaui jangkauan ilmu sains.

Pelajari dari binatang-binatang di muka bumi yang rata-rata apabila makan akan mengunyah makanan tersebut sehingga lumat.

Pelajarilah dari lembu yang tidak berhenti mengunyah makanan demi mencernakannya dengan baik.. :)

Antara keburukan tidak mengunyah makanan dengan betul adalah:

1) Masalah sakit perut kerana makanan tidak diproses sebaik mungkin.

Perut agak pressure dan stress untuk memproses makanan yang masih tidak lumat lalu berlakulah banyak komplikasi.

2) Obesiti

Dipetik dari sebuah web:

Washington DC: Berapa banyakkah anda mengunyah setiap kali makan?

Menurut para ahli Universiti Kedoktoran Cina, mengunyah makanan lebih lama dapat membantu mengurangkan berat badan.

Ini kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh dicerna secara perlahan sehingga tidak menjadi lemak.

Para sukarelawan yang terpilih diminta setiap kali makan mengunyah makanan sebanyak 40 kali.

Hasilnya sebanyak 12% kalori lebih rendah berbanding mereka yang mengunyah makanan 15 kali saja.

Mengunyah lebih lama memberi arahan kepada otak agar perut terasa lebih penuh.

Hal ini juga berpengaruh pada sistem pencernaan yang mengurangkan ghrelin, hormon yang membuat kita merasa lapar.

Ujian yang dilakukan ke atas 16 orang sukarelawan lelaki langsing dan 14 orang lelaki bertubuh gemuk dengan usia sekitar 20 tahun, diberikan makan pie dan daging.

Meraka dirakam menggunakan kamera tersembunyi.

Hasilnya, lelaki bertubuh gemuk didapati mengunyah dan menelan lebih cepat makanan daripada laki-laki bertubuh langsing.

Setelah menjalani ujian darah, lelaki bertubuh langsing memiliki kadar kalori yang diserap tubuh lebih rendah 11.9% daripada lelaki bertubuh besar.(IAN)

3) Kurang khasiat tubuh.

Ini kerana makanan tidak dicerna sebaik mungkin.

Makanan berbentuk lobus (benar2 lumat) sahaja boleh diserap badan.

Jika tidak dikunyah betul akhirnya akan keluar melalui proses penyahtinjaan tanpa diproses oleh badan...

Selamat Mengunyah!!!