Thursday, March 29, 2012

Celebrity Chocolate Homemade by Zamarul Hisham !!!!







coklat ni beli masa wedding fair mega at PICC .... sedap hingga ke gigitan yang terakhir !!  

mulanya just nk merasa sebab kompani artis zamarul hisham yg buat ... pernah baca tntg cokolat ni dlm paper ... tetiba masa ronda2 wedding fair, ada satu booth khas yg jual coklat zamarul hisham ni ... 

bermacam jenis coklat ade ... so aku beli la satu bar just nk rasa ... sedap la pulak ... terus kirim pd adik ipar yg kebetulan dtg event bidadari dunia di PICC ... pastu x cukup, nk lagi, kirim lg kat ofismate diyana plak ... 

harga satu bar rm3 aje. bg aku ia sgt murah, sbb coklat dia tebal dan penuh dgn kacang hazel!!

ni kira produk tempatan ... so aku beli sebagai tanda sokongan pd usahawan melayu .. x kira la siapa dia ... artis atau bukan !!!

Wednesday, March 28, 2012

Cara Isteri Kacau Air boleh merubah DUNIA.



Rumahtangga ANDA tidak damai??

Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi.

Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam?

Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam.

Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam.

Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam.

Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya.

Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam.

Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.

Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.

TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan…???

Adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan!!! ???

Aku mencari jam tangan yang jarumnya bergerak dari kiri ke kanan..................adakah??

RAHSIA SOLAT



Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi atau Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang
perasan.

----- Rahsia Dari AL-QUR'AN Bagaimana Menjadi Jutawan ----



Di dalam Al-Quran terdapat satu RAHSIA bagaimana anda boleh menjadi JUTAWAN.

Berikut adalah ringkasannya:

Mahmud Ibn Labid r.a. berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

“Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam:

1. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan).

2. Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab.”

Namun jika anda ingin menjadi seorang JUTAWAN, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh)

1. orang-orang yang KUAT IMANNYA

2. yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan

3. mendirikan SOLAT serta memberi ZAKAT;

Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan,

Dan menambahi mereka lagi dari limpah KURNIANYA;

Dan sememangnya Allah memberi REZEKI kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan TIDAK TERHITUNG.”

Maksudnya,

1. dengan sentiasa mengingati Allah,

2. mendirikan solat,

3. memberi zakat serta sedekah,

4. takutkan hari kiamat kerana akan diadili,

seseorang itu akan mendapat limpah kurnia dan balasan yang paling baik dari Allah.

Sesungguhnya Allah pemberi segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana PANDUAN UNTUK MENJADI JUTAWAN banyak terdapat di dalam Al-Quran.

Bacalah tafsir Al-Quran yang harganya anggaran RM20 di pasaran.

Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi,

“Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu”

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi

1. ingin gaya hidup sederhana,

2. selesa,

3. tidak mahu mempunyai bebanan HUTANG dan

4. dikurniakan KECUKUPAN dalam semua perkara,

amalkan membaca SURAH AL-WAQI'AH setiap malam.

Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan SELAMA-LAMANYA.”

Sekiranya anda sekarang berada

1. di dalam keadaan terdesak,

2. ditimpa kesusahan,

3. memerlukan wang segera untuk sesuatu perkara mustahak,

maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a.,

apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan SOLAT SUNAT.

Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan SABAR dan mengerjakan SOLAT;

dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang KHUSYUK”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah saw menghadapi sebarang kesempitan rezeki,

Beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 SURAH TAHA.

Firman Allah di dalam ayat berkenaan,

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang,

dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Kami tidak meminta rezeki kepadamu,

(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.

Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakan yang mengamalkan tips ini mendapat kemurahan rezeki yang LUAS dan bersederhana, insyaALLAH

Mereka tidak kelam kabut dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan.

Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah.

Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH & CARA AMAL



Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini

adalah penting bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan pelbagai ilmu.

Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang lebih mustahak ialah mengamalkan ilmu yang ada.

Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini.

Amalkanlah ilmu yang kita dapat.

InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :

- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit kritikal:

* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air

* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.

* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.

* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)

* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali

* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)

2. Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu"

3. Tawakal sepenuhnya pada Allah

4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintalah dengan niat yang baik.

InsyaAllah akan makbul permintaan anda.

Wallahu a'lam

Bunga Buat Ibu... I love You..



Bacalah kisah ini perlahan-lahan supaya faham dan dapat menghayatinya.

==================================

Aku terlanggar seseorang yang tidak dikenali semasa berjalan,
'Oh maafkan saya, saya tak perasan'....

Katanya 'Maafkan saya juga, saya tak nampak tadi'...

Kami amat sopan dan saling menghormati.

Kami melambai tangan sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya.

Bagaimana kita melayan orang tersayang, baik yang tua mahupun yang muda?

Lewat petang, ketika menyediakan makan malam, anak bongsuku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.

Jerkahku, 'Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh!'

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan sedih.

Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus berbisik.

'Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri, tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci'

'Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

'Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu'

'Dia berdiri senyap untuk memberikan kejutan, sedarkah kamu airmatanya yang datang bertamu'

Pada saat ini, aku merasa amat pilu sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap aku kebiliknya, dan melutut di katil,

'Bangunlah anakku, bangunlah si kecil ibu'

'Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?'

Dia tersenyum, 'Adik terjumpa di belakang rumah dalam semak'

'Adik memetiknya kerana bunga-bunga tu cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

'Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,ibu tak patut menjerkah kamu tadi'

Katanya,"Tak mengapa, saya tetap sayang ibu melebihi segalanya'

Bisikku, 'Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu'

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak... Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )



Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu

15 KESILAPAN MENDIDIK ANAK



Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA.

Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.

Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Mengapa menjadi begitu?

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan pertama : Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :

1. Sayyidul (penghulu) Istighfar

2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)

3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)

4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:

1. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128)

2. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)

3. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

1. menakutkan anak-anak dengan sekolah

2. menakutkan dengan tempat gelap

3. menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

4. menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

1. tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

2. terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif

1. mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

2. membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda(intelektual).

Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah saw kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a.

Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata :

Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, ia itu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal diakhirat kelak akan anak-anak ini.

Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Karena itu, bersikap baik dan sabarlah dalam mendidik, karena hasil didikan itu harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak

KENAPA PASANGAN SUAMI ISTERI TIDAK SERASI?



Apabila perkahwinan sudah menjangkau enam bulan, salah dan silap sesuatu pasangan akan mula diungkit, padahal sebelumnya dibiarkan sahaja, konon masih baru.

Lalu suami yang tidak senang hati dengan sikap isteri, cuba menasihati isterinya begitu dan begini.

Percayalah ketika itu, nasihat suami sudah tidak bernilai lagi, sebaliknya isterinya menjawab, “dulu tak salah, kenapa baru sekarang salah?”

Ternyata pasangan itu memang sudah tidak serasi.

Tetapi demi cinta, mereka tetap mengharungi rumah tangga walaupun dalam keadaan tidak selesa.

Walaupun dalam tidak selesa itu, mereka tetap menikmati saat-saat kebahagiaan rumah tangga.

Anihnya dalam keadaan benci, isteri tetap mengandung dan mereka terus dikurniakan anak.

Sebab itulah kadang-kadang, kita rasa hairan dan terkejut apabila dalam diam-diam pasangan itu dikatakan bercerai.

Lalu orang ramai pun berkata, “kenapa la bercerai, kesian anak terpaksa berpisah dengan ibu atau bapa.”

Kita hairan kenapa setelah lama berkahwin, masih tidak temui serasinya.

Itu kata kita, tetapi sebenarnya mereka berdua sudah lama menderita.

Namun hati kecil mereka masih ada harapan.

Maka walaupun menderita, hidup masih diteruskan di samping mencari penawarnya.

Tetapi apabila sampai kemuncak masalah dan penyelesaian masih tidak ditemui, perceraian terpaksalah dipilih.

Sebenarnya mereka sudah menyedari ketidakserasian itu sejak awal pernikahan mereka, namun mereka gagal untuk merawatnya dengan baik.

Tetapi percayalah isu ini masih belum terlewat untuk dirawat.

Sebenarnya isu tidak serasi ini hanya ibarat retak mencari belah.

Sebab itu jika pasangan yang terlibat tidak dapat mengesan ketidakserasaian itu lebih awal, perceraian boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Jadi, beruntunglah mereka yang berusaha mencari punca penyebabnya.

Sebenarnya punca tidak serasi itu bermula daripada tidak serasinya iman pasangan tersebut.

Mungkin suami kuat imannya, tetapi isteri lemah imannya.

Apatah lagi kalau kedua-dua mereka tidak ada iman.

Hakikatnya mereka tidak meletakkan Allah di dada mereka.

Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya.

Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.

Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya.

Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan.

Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.

Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi.

Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.

Sungguh pun begitu, jumlah golongan ini tidak ramai.

Di sana sini kita temui mereka yang lemah iman, buktinya ramai yang tidak melakukan solat dengan sempurna, dan ramai juga suami yang takut kepada isteri.

Mereka ini kalau pun kelihatan seperti serasi, tetapi hakikatnya mereka mahu hidup secara bebas, berseronok suka dalam kancah dosa dan maksiat.

---- Peranan Suami Didik Isteri -----

Mana-mana pasangan yang boleh mengekalkan iman dan taqwa dan boleh melaksanakan solat dengan sempurna, pasti suami dan isteri mampu berperanan dalam rumah tangga seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Inilah pasangan yang serasi malah boleh berkekalan sehingga ke dalam syurga.

Suami dalam keadaan ini perlu berperanan sebagai pendidik selain memimpin isteri ke jalan yang selamat.

Maknanya pada malam pertama perkahwinan mereka, suami perlu menjelaskan pantang larang yang perlu isteri taati.

Dalam pada itu kalau isteri tersalah dan tersilap, segeralah menegurnya dengan penuh hikmah.

Isteri juga perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi kehendak suami dan meminta izin sebelum melakukan sesuatu pekerjaan yang luar jangkaan.

Peringatan ini penting dalam membina kehamonian rumah tangga.

Semua ini akan memudahkan suami memimpin isteri ke arah jalan yang bahagia.

Manakala rumah tangga yang telah didapati tidak serasi perlulah menamatkan sengketa itu dengan saling memaafkan kesalahan masing-masing.

Percayalah setelah kedudukan telah menjadi kosong-kosong, suami bolehlah membuat penjenamaan baru dengan menyenaraikan garis panduan, pantang larang seperti yang dinyatakan di atas.

Ingatlah selagi mereka mampu mengikut garis panduan dan pantang larang yang ditetapkan Allah dan Rasulullah SAW, mereka akan terdorong ke arah hidup yang bahagia selama-lamanya.

PESANAN BUAT SUAMI



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.

Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.

Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak.

Benih dari awak juga..

Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri.

Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance.

Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi.

Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu.

Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki.

Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda.

Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor.

Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush.

Susah sangat ke nak buat macam tu?

Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.

Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati.

Isteri pun manusia.

Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17 Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.

Main lain lagi tak boleh.

Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja.

Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak?

Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.

Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira.

Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.

Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.

Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka.

Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.

Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali!

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.

Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk.

Hati orang pompuan ni sensitif.

Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Allah”


TIPS UNTUK MENJADI PASANGAN YANG TERBAIK



Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri....

Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini.

Pasti ada salah dan silap di mana-mana dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan.

Pun begitu tidak salah jika kita belajar memperbaiki diri dan belajar menjadi yang terbaik buat pasangan.

Semoga usaha menjadi yang terbaik ini sekali gus dapat memperbaiki perhubungan mahupun rumahtangga anda.

1. Realistik terhadap pasangan

Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan menjadi seseorang yang anda inginkan.

Hadapi kenyataan dan terimalah dirinya seadanya.

Jangan berharap pasangan menjadi wanita terbaik, tercantik mahupun suami yang paling romantis.

Cintai pasangan seadanya kerana dirinya.

Ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh sesiapapun di dunia ini.

2. Terbuka tentang perasaan

Ketika berhadapan dengan masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sendirian.

Namun, berbeza dengan wanita yang lebih terbuka tentang hati dan perasaan mereka.

Oleh itu bagi isteri cubalah pelajari sikap suami dan tidak membuat jangkaan sendiri mengenai perasaan pasangan mereka.

Bagi suami pula, belajarlah untuk mengekspresikan perasaan dengan tepat supaya pasangan lebih mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung ataupun bahagia.

Petanda awal sebuah perpisahan adalah apabila pasangan itu berhenti berkomunikasi dari hati ke hati.

3. Gemar melakukan sesuatu yang menarik bersama

Carilah sesuatu yang boleh anda lakukan bersama-sama.

Sebagai contoh melakukan olahraga kegemaran bersama pasangan ataupun melakukan suatu hobi yang anda berdua sama-sama senang.

Nikmati waktu ketika bersama pasangan.

Anda boleh juga sekadar menonton VCD di rumah atau mungkin jalan berpegangan tangan di kompleks membeli-belah seperti masih waktu bercinta.

Bagaimana pula dengan pasangan suami isteri yang gemar mandi bersama.....enak??

Berhati-hatilah jika anda lebih suka menghabiskan lebih banyak waktu dengan teman daripada pasangan sendiri.

Itu tanda yang kurang baik dalam perhubungan.

4. Tidak terlalu perfeksionis

Belajarlah untuk menerima apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ia tidak seperti yang anda inginkan.

Contohnya bila suami membantu melakukan kerja rumah, walaupun caranya menyidai kain, menyapu lantai atau memasak tidak sempurna, tetapi tetaplah berterima kasih.

Dalam perhubungan ada beberapa perkara yang mana kita harus mampu memberi dan juga menerima.

5. Tunjukkan cinta

Bagi suami, cubalah membawa pulang kuih kesukaan isteri anda.

Boleh jadi coklat atau apa pun yang dia sukai.

Bagi isteri pula, manjakan pasangan suami anda dengan memasakkan makanan kegemarannya atau membelikan sesuatu yang diinginkannya tetapi belum sempat dibeli.

Jadikan perkara sebegini bahasa cinta anda.

Ada lima bahasa cinta yang mana salah satunya boleh jadi selalu dilakukan oleh anda atau pasangan iaitu sentuhan fizikal, kata-kata semangat, waktu berkualiti, layanan dan hadiah.

Tunjukkan rasa perihatin terhadap orang yang anda cintai dan sayangi, ini akan memberikan kesan yang sangat membahagiakan.

6. Saling menghormati

Jangan mempersendakan tentang rambut atau kulit pasangan di depan orang lain atau anak-anak.

Meskipun maksudnya hanya untuk bergurau, tetapi fikiran di bawah sedarnya mungkin menangkap maksud yang berbeza.

Boleh jadi perkara ini akan menggugat keyakinan dirinya.

Mencintai adalah menghargai perasaan satu sama lain dan peka terhadap perasaan pasangan.

7. Kuburkan masa lalu

Meskipun masa silam pasangan atau diri anda sendiri cukup sukar, namun cubalah sedaya upaya tidak mengungkitnya apatah lagi jika ia sesuatu yang negatif.

Tiada seorang pun yang mahu diingatkan tentang sesuatu yang membuatkan diri merasa malu.

Apa yang telah terjadi, biarkan saja ia berlalu.

8. Hilangkan rasa cemburu

Setiap perhubungan pasti tidak dapat lari daripada perasaan cemburu, namun jangan sesekali membiarkan perasaan cemburu itu melarat dan memudaratkan perhubungan.

Rasa cemburu seperti ini ibarat racun yang secara perlahan menyebarkan ke seluruh sendi-sendi perhubungan anda.

Percayalah kepada pasangan anda.

Mencintai adalah tentang memiliki rasa percaya dan yakin kepada pasangan.

9. Jaga komitmen

Jangan membuat janji yang dirasakan tidak mampu untuk dipenuhi.

Sekiranya tidak dapat dicapai, maka ini akan mengurangkan rasa hormat oleh pasangan.

Selain itu, jagalah kepercayaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah petua perhubungan yang sihat.

Jika pasangan mula merasakan bahawa ia tidak penting, maka bersiap sedialah untuk kehilangan hatinya.

10. Jujur

Jujur bukan sahaja dari aspek tingkah laku tetapi yang lebih penting kejujuran untuk mengungkapkan perasaan terdalam kita.

Jika anda berasa marah, katakan bahawa anda sedang marah.

Jika anda berasa terluka, terus-terang.

Luahkan dengan rasa tenang tanpa perlu menengking atau menjerit-jerit hingga melukakan hati pasangan.

Jika anda tidak mampu berlaku jujur pada pasangan anda, pada siapa lagi anda harus jujur?

50 LANGKAH BESTARI SUAMI MITHALI



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang ALLAH tentukan untuk anda. Ketentuan ALLAH adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat ALLAH akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat ALLAH dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat ALLAH,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah ALLAh dan memastikan keluarga juga patuh kepada ALLAH

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad SAW amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah ALLAH, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.