Wednesday, March 28, 2012

Contract of work

Rabu 14 mac 2012, aku terima surat rasmi dr PICC. hurmmm dh boleh agak surat tu tentang apa. well well well .....

semestinya tentang kontrak aku yg akan tamat pertengahan bulan april nanti.... dan kontrak aku tidak akan disambung lg untuk tahun ke 5 ... nampaknya setakat ini sajalah aku berkhidmat di PICC.

17 april 2012 genaplah 4 tahun aku berada di PICC sebagai pekerja kontrak dengan kerajaan malaysia...

4 tahun adalah tempoh yg agak lama ... aku sendiri pun x sangka yg aku boleh bertahan hingga 4 tahun... kerana kawan2 batch aku semua dh lama tinggalkan PICC dgn alasan masing2.... dan aku adalah yg terakhir meninggalkan PICC...

perasaan bercampur baur ... sukar tuk diterjemahkan ... biarla aku simpan semua perasaan itu jd kenangan, pengalaman dan juga sempadan.

macam2 hal yg aku lalui di PICC selama 4 tahun ... suka duka semua akan jd memori dlm hidup aku.

aku mula bekerja di PICC pd 16 mac 2008. pengambilan batch aku berdasarkan temuduga oleh pengurusan PICC sendiri. penemuduga time tu mr vallu dan puan rina (PRO) sendiri. aku berjaya mendapat tempat di PICC bersama 5 lagi rakan iaitu nooraini, khairunnisa, azinita, muzy dan noriahanim. perasaan aku ketika itu sangat bersyukur dan gembira. kebetulan waktu tu aku baru sahaja tamat kontrak kerja di JPA. namun mendapat tawaran kerja di SPRM kemudiannya. aku sempat bekerja di SPRM selama 2 minggu sebelum mendapat panggilan dr PICC.

jawatan aku di PICC adalah PKP @ pegawai khidmat pelanggan ... jawatan je pegawai tapi gred N17 je ... kalau kat swasta sama mcm customer service. tp PKP di PICC ni kejenya sebagai telefonis @ operator telefon dan bertugas di kaunter pertanyaan. hurrrmmmmm itu la kerja hakiki PKP. senang, mudah dan ringkas aje kejenya. sesapa pun boleh buat. kalau customer service di private kejenye lebih dr tu. itu adalah hakikat !

di awal aku keje kat PICC ni sangat enjoy ... bkn setakat jd operator telefon dan tempat bertanya, kami juga jadi indoor tour guide.... waktu ni aku banyak belajar. oleh sebab masih baru jadi banyak benda untuk di explore. itu yg enjoy.... PICC pun masih baru lg beroperasi. kalau tak silap pd oktober 2003.

peluang tuk meningkatkan kerjaya dan motivasi diri pada awalnya ada. aku ada juga la berpeluang tuk menghadiri kursus. kontrak pertama adalah selama 2 tahun. so aku punya perancangan, habis kontrak di PICC aku akan bekerja di tempat lain. dlm tahun kedua tu, aku ada mintak banyak kerja kosong dlm kerajaan dan juga swasta. tp sehingga kontrak nak abis pun masih belum dpt kat memana. so terpaksa la buat surat tuk sambung lagi di PICC tuk tahun ketiga. kontrak disambung untuk setahun aje.

pada tahun ketiga ni, nasib pekerja kontrak agak tidak terbela. tiada lagi peluang tuk menghadiri kursus. peningkatan kerjaya memang tidak ada, motivasi kerja pun terumbang ambing. tp aku masih bertahan. kerana belum dpt keje tetap lg. nak xnak terpaksa la stay. kali ni macam2 berlaku, kerja xde, yg ada pun dipersoalkan, pembaharuan xde, banyak komen dr pelanggan, kemasukan pelancong semakin berkurang dan kerja sehari2 semakin bosan sebab ada yg suka cari kesalahan pekerja. pastu gossip plak semakin menjadi2. langsung x berkembang.

apapun aku buat surat minta sambung kontrak tuk tahun keempat. kali ni proses nye agak sukar kerana PKP kontrak ni jd bahan pihak pengurusan. harapan yg diletakkan kepada PKP sangat tinggi ... so kena lampirkan sekali dlm surat sambung kontrak tu sasaran kerja dan sumbangan. syukur sebab dpt sambung. dan kontrak aku kali ni akan tamat pada 16 april 2012 nnt. dah x dpt sambung lagi.

alasan yg diberikan pada aku ialah "prestasi awak tidak memberangsangkan dan tidak mencapai kehendak pihak pengurusan dan tidak memenuhi kehendak bla bla blah !!". "saya hanya menyampaikan arahan yg dikeluarkan dot dot dot sb selaku dot dot dot sy kena maklumkan kepada staf saya bla bla blah lagi" aku hanya senyum mendengar setiap patah bicara nya .... dan "so, ada apa-apa yang awak nak cakap sebelum awak berhenti??" aku rasa sangat annoying, nk termuntah dan unrespectful .. tp dh dipanggil untuk berjumpa. kalau tak jumpa kang, lain pulak jadinya nnt.

 sedangkan hakikat nya aku tahu yg kontrak aku tak akan disambung lama dulu. tp atas dasar kemanusiaan, maka aku dengan rendah diri submit surat pd admin. buat syarat aje!! sebab apa yg disampaikan pada aku lain daripada biasa. so aku langsung x mengharap apapun walau sedikit. x perlu rasanya nk terhegeh2 kalau dh tahu org x suka dan x hargai jasa kita. bagi aku, biar la org nak buat apa pun pd kita asal jgn kita buat org. dan satu lagi walau seteruk mana pun org tu buat kat kita, kita kena buat baik pd dia. sbb nnt dia akan termalu sendiri.

seriously, aku kerja dengan ihklas, sebaik mungkin tidak timbulkan masalah dan ikut arahan ketua. tetapi nasib tak dibela. sebab ketua unit pun kontrak. so dia nk jaga periuk nasi sendiri, jd anak buah ni pandai-pandai la bawa diri. tahun keempat keje jd tunggul pak pacak aje, sentiasa diperhatikan, ada aje yg dibuat tak memuaskan hati dan cari kesalahan anak buah. anak buah disuruh tuk fikir sendiri apa nk buat sbg transformasi unit. timbul pula masalah komunikasi dlm unit. aku plak jenis yg senyap, mengikut aje dan x pandai bodek. moral of the story, keje dengan organisasi ni xde istilah ikhlas ... semuanya nk kena bodek dan bersaing.

samada aku diberi peluang tuk membela diri ataupun tidak, aku dh x kisah dan malas tuk fikir benda yg dh lepas ... lagipun x guna bercakap kalau org dh x suka kan kita ... buat penat aje ... sbb sampai masa nnt semua ni akan dilupakan. 

aku sentiasa ingatkan diri, ni semua ketentuan Allah SWT tuk aku ... kalau ditakdirkan rezeki aku di PICC setakat ni, aku redha dan bersyukur. harapnya ada lah hikmah di sebalik semua ni. insyaAllah rezeki aku akan ada di mana2. cuma aku perlu berusaha lebih keras lagi. yg penting jgn lupa pada Allah SWT dengan banyakkan berdoa.  

sekarang adalah masa tuk berfikiran positif, moving forward dan berusaha. InsyaAllah ada jalannya !!


No comments:

Post a Comment