Dah agak lama tak masak spagheti ... last aku masak beberapa tahun dulu sewaktu potluck raya aidilfitri kat ofis. dh lupa tahun bila sebab dh lama. time tu kena masak banyak untuk semua staf PICC. Alhamdulilah sedap dan habis licin.
Aku dulunya tak pandai makan spagheti ... sekarang dh jadi feveret. aku stat makan pun sebab ada orang yang ajar. ni pun satu hal, aku lupa sapa yang ajar. siyess aku lupa.... aduyaiiiii !!! ni la dia, asyik minum air semut mati dalamnya.... apa sahaja makanan yang baru bagi aku, aku tak akan makan melainkan ada orang yang ajar. Contohnya Burger King. Aku tak pernah makan, teringin nak makan tapi tak reti. walaupun dia spesis burger tapi dia ada macam-macam perasa dan nama. burger yang aku duk makan pun paling koman McD nyer.
So alkisahnya, sorang kawan aku ni telah belanja aku makan Burger King. Sekali rasa, hurrmmmm memang nak lagi. Skang aku lebih suka Burger King dari burger McD. Kenny Rogers pun sama juga. Kawan-kawan ofis yang ajar aku makan benda tu, skang aku addicted to muffin Kenny Rogers!! hheheh. Eh! apa yg aku dh melalut ni, ok balik semula ke cerita asal iaitu spagheti.
Malam tadi aku masak spagheti sebab kanda asyik duk nak makan spagheti aje. Asyik sebut spagheti yang ofismate Diyana masak tu sedap. So kanda suh aku masak. Siap bawa aku ke pasaraya Mydin tuk beli bahan-bahan. Versi aku masak spagheti, aku suka letak banyak rencah macam capsicum, button mushroom, mix vege dan sosej serta meatball selain dari mince meat, tomato puree dan sos spagheti prego yang memang dah wajib letak. Versi Diyana plak, sume tu tak letak pun, hanya mince meat, sikit sosej dan sos spagheti kimball. So kali ni aku modified sikit resepi diyana's style, ikut cara aku, tambah cili boh tuk rasa yang pedas, hot and spicy.
Alhamdulillah, menjadi!! semua habis dan sedap. Kepedasan dia memang terbaik dari ladang, digemari adik-adik ipar sebab family mentua ni memang suka pedas. Setiap kali masak untuk adik-adik ipar, diorang selalu puji, terover pedas tu tak jadi hal. Yang bongsu siap kata, leh masak lagi nih!! kalau sentiasa dapat pujian, itu yang buat aku bersemangat nak masak. Tapi bukan selalu la, aku tak rajin masak sebenarnya pun.
Ok la, dh lewat sangat dah ni. walaupun mata masih belum mengantuk tapi aku kena paksa tidur. esok banyak lagi benda nak kena setelkan. sampaikan nak update blog pun susah!!!
bwk la sket kt PICC
ReplyDeletehehheeh xde transpot nak anta
ReplyDelete