Sunday, May 20, 2012

Penkek ala dorayaki

Semalam ada permintaan daripada adik ipar, si sarah suh aku buat penkek. mulanya dia mintak aku ajarkan dia. lunch time semalam tetiba dia cakap kat semua orang petang kang kak hasni nak buat penkek ... guulllppp !!!! nasib baik aku tak tersedak. hish budak ni, sesuka hati mak bapak dia aje la. sepatah haram pun aku tak cakap. so nak tak nak, petang semalam aku buat la penkek. air muka kena jaga.

alkisahnya, pagi khamis 17/5/12, kanda bawa aku dan qa'id breakfast kat sebuah restoran di Sg. Merab Luar. aku lupa nama restoran tu. tapi lokasinya berdekatan dengan PLPP Bangi. Sebelah tu ada shop lot dan ada jual-jual pisang goreng. berdekatan juga dengan DENSO dan flyover. kat restoran tu ada macam-macam menu, aku samapi sana jam 9 pg, menu lunch dan siap. so aku decide nak cuba makan nasi lemak yang berharga RM3. nasi lemak biasa je. xde telur dan lauk pun. mahal gila. dan kanda pula makan penkek. so, aku merasa la beberapa suap penkek dia, sangat gebu dan sedap. so, aku tetiba nak belajar buat penkek. sebab tadi tak puas makan. sebiji harga dia RM1.50. saiz besar sikit dr hotcake McD punya.

Malam khamis aku balik dari klinik, singgah kedai runcit tuk beli telur dan susu segar. esok pagi nak buat penkek. pagi jumaat tu aku search tenet cari resepi penkek gebu. aku pun buatlah betul-betul ikut resepi dalam internet. tak menjadi. masin dan pahit. nak modified dah xde masa. so buang la semua. sempat bakar satu je sebagai tester. tak nak la gtau resepi sape yang aku ikut. heheheheh rahsia. then disebabkan ketidakpuasan hati, petang hari yang sama aku buat sekali lagi. kali ni buat campak-campak aje. sebelum tu aku search hampir 10 resepi penkek dalam tenet. tgk bahan dan cara buat. bahan dia sama aje semua. kecuali ada satu tu dia tambah mayonis. tapi aku buat sukatan sendiri. hasilnya penkek aku menjadi. rasa dah sedap, cuma tekstur dia aje kurang gebu. berdasarkan komen mak mentua aku ler tu!! 

Then semalam kali ke tiga percubaan aku, alhamdulillah menjadi, buat dengan penuh kasih sayang dan semangat yang berkobar-kobar. hehhhe .. geram dan kalau boleh nak yang perfect. adik ipar aku masuk dapur, tanya nape tak panggil dia. dia nak belajar buat. aku jawab, kalau sarah ada, nanti kang penkek akak tak menjadi plak. kui kui kui ... padahal aku kekok kalau ada orang sebelah time aku masak. suka masak sengsorang. kalau ada yang tanya, aku masak apa, pun aku selamba jawab, tak tahu masak apa. siap nanti makan aje lah !! bukan apa, takut tak menjadi, naya aku nnt. 

Hasil penkek kali ni menjadi, tapi masih tak segebu penkek kat restoran tu.. apa pun mentua makan sambil puji. katanya semalam agak manis, hari ni ok. kurang manis. sedap bila cecah dengan honey madu. both delicious. sukatan aku kali ni aku modified tuk kurangkan manis dan tidak terlalu cair. selesai makan dapat pujian dr mentua, katanya kenyang dan DELICIOUS !!!! cewah, caps lock tuuu ....



Nak cepat punya pasal, satu kuali 4 biji serentak !!

Bakar kecik-kecik comel sebab berangan masak dorayaki !!

 Nak jadikan dorayaki, senang aje. amik dua keping penkek dan letak inti. jadi la dorayaki. rupa dia macam sandwich penkek pun ye jugak !!!


2 comments:

  1. comel2 gak jadinya..aritu akak aku buat penkek, sgt gebu jadinya tp hangus sket..hhahah aku la yg trpksa mkn hangus2 tuh

    ReplyDelete
  2. kakak ko buat camana bagi gebu??? ajar la aku !!

    ReplyDelete