Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433H

Ahlan wasahlan ya ramadhan !!

Hoorey, ramadhan datang lagi. syukur ya Allah, tahun ni dapat berpuasa lagi. 

InsyaAllah ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas. aku berazam tuk melipatgandakan ibadat. walaupun aku tahu memang tak dapat nk pegi sembahyang terawikh kat masjid atau buat sendiri kat umah, tapi sekurang-kurangnya tahun ni berkurang la perbuatan yang tak berfaedah.

Ini ramadhan pertama aku sebagai ibu. ramadhan tahun lepas baby masih dalam perut. syukur juga sebab dapat puasa walaupun tengah sarat. kali ni pulak baby dah lahir. so aku tak dapat nak assume apa-apa tuk ramadhan kali ni. 

Apa pun semoga aku dapat tempuhi ramadhan kali ni dengan penuh kesabaran, kesederhanaan dan tawaddhuk. Semoga Allah terima segala amalan aku. InsyaAllah

Saturday, July 14, 2012

FLORIA 2012


Ini aktiviti yg tak dirancang. aku tak tahu pun ada festival floria ni. kebetulan pd 30/6/12 sabtu, aku ke putrajaya, ada kenduri member nyer adik, so dah alang-alang kat putrajaya, aku pun ajak la kanda tinjau apa aktiviti yg menarik. bila dah sampai ke presint 2 baru perasan ada festival floria. pada asalnya hanya nk meninjau, tetiba kanda cari parking dan ajak tengok apa yg ada kat festival ni. 

Tengahari buta dalam panas terik kitorang jenjalan kat festival ni bawa baby qa'id. sempat juga la snap beberapa keping gambar. tak sempat nk snap landskap bunga dan singgah memana gerai atau booth sebab kanda dah jalan depan jauh tinggalkan aku terkocoh-kocoh mengejar.























































Sebelum balik sempat singgah kaunter pertanyaan, amik booklet dan tgk aktiviti yg menarik. wah ada bot berhias belah malam rupanya. dalam hati berharap sangat dapat datang lagi. huhuhu ... InsyaAllah

Maternity Potrait

Actually gambar ni dah lama. terlupa nk update. baby dalam perut pun dah keluar, dah 7 bulan 3 minggu 5 hari. lagi 4 hari genap 8 bulan. masa ni dh trimester ketiga, kandungan dh 9 bulan. beberapa minggu selepas photoshoot, aku bersalin. nasib baik sempat posing sakan lagi.

Duk godek-godek gambar lama, br perasan gambar ni. so try upload, laju pulak. selalunya broadband lembab, tu yg malas nk upload gambar dalam blog. 

Lokasi sesi photoshoot ni buat kat Taman Putra Perdana, berdepan dengan hotel Shangri La Putrajaya. waktu nye lebih kurang jam 6 petang. photographer ialah bekas ofismate, izad. thank you izad, nice and relax photoshoot session. 

So ada jugak la kenangan masa mengandung kali pertama. Alhamdulillah semuanya dah selamat !!