Monday, July 9, 2012

Duhai anak .... syurga di bawah tapak kaki ibu !!!

Perkara ni dah lama berlaku sebenarnya. tapi aku tak terlintas pun nk tulis kat blog. tapi kali ni, entah kenapa aku terpanggil tuk bercerita. niat aku cuma nak berkongsi luahan hati aku yg begitu terkilan dgn sikap bdk ni terhadap ibunya. bukan aku nk burukkan sesapa. bg aku bdk ni cukup kurang ajar dan berani aku katakan anak derhaka.

Aku teringat kata ustaz semasa sekolah dulu, sebut "ah" aje pd ibu sudah cukup untuk jd anak derhaka. inikan pula bercakap kasar, meninggi suara, melawan, dan tak dengar cakap ibu. dah banyak kali perkara ni berlaku, aku hanya memerhati. perasaan geram tu mmg ada. bdk ni kalo jd adik beradik aku mmg dh lama aku bg sepak terajang. aku nak tegur, nnt apa pulak kata fmly dia. aku org luar aje pun.

Yg buat aku geram, depan-depan orang dia malukan ibu dia. alkisahnya, ibu dia hanya tanya baju yg dia basuh tu dah sidai ke belum aje pun (baju sendiri, bkn bj org lain pun). yg dia plak pegi menjawab dengan nada merenggus, suara tinggi dan jawapan kurang ajar. siap sound ibu dia depan-depan orang lg tu. hish, mmg aku angin betul. nk je aku balas balik tak pun lempang aje mulut celupar tu.

Sedih sangat bila aku tgk ibu dia terus berjalan tanpa sepatah kata, masuk dalam keta dan palingkan muka pandang ke lain. aku tgk air muka ibu dia berubah, lgsg tiada senyuman. lambai tgn pun tidak. seyes hati aku sakit. bertambah sakit bila bdk tu takde rasa bersalah langsung. yg aku hairan si bapak dan si kakak boleh senyap dan berlalu pergi. mungkin masing-masing tersentap kot dengan apa yg berlaku. atau mungkin sbb ada org lain berada kat situ. 









No comments:

Post a Comment