Tengok tajuk entry kali ni macam la aku ni banyak sangat pengalaman kerja.
Siapa yang tidak gembira kalau dapat kerja setelah bertungkus lumus membuat permohonan di merata tempat. walaupun kerja itu bukanlah kerja yang kita idam-idamkan, sekurang-kurangnya kita dapat kerja di saat kita betul-betul memerlukan pekerjaan. bagi aku, waktu itu aku langsung tidak kisah kerja itu berstatus kontrak atau sementara, tidak kisah jawatan apa asalkan kerja yang baik dan boleh memberikan pengalaman yang berguna. (pemikiran aku waktu tu sekadar nak cari kerja tuk dapatkan pengalaman agar pada masa depan dapat kerja yang lebih baik).
Maklumlah aku baru habis belajar, masih mencari-cari kerja untuk dijadikan pengalaman. sebab kebanyakan jawatan kosong mesti bagi syarat ada pengalaman dlm bidang berkaitan selama beberapa tahun bla bla blah baru nk amik kita bekerja. disebabkan itu lah maka aku bertekad tuk bekerja mencari pengalaman dahulu.
Alkisahnya, 1st keje yang aku buat setelah habis belajar ialah, bekerja di kedai fotostat berdekatan rumah. kerja sebulan aje, selepas dapat gaji pertama, rasa macam tertipu. dalam iklan tawarkan kita gaji RM500 tapi yg dapat RM300++ aje. tanpa notis, aku x pegi keje dah pastu. lantak la apa nk jadi.
Tak lama selepas tu, kawan coursemate aku, dia pun keje kat kedai fotostat juga, kata ada keje kosong kat tempat dia. tokey cina, gaji hari, aku on je sebab drpd xde keje langsung baik aku keje. kat kedai ni lama jugak la aku keje. hingga la aku dapat panggilan tuk keje di JPA sebagai pekerja khidmat singkat. kotrak 6 bulan. apadehal, rezeki aku dah tu.
7/2/07 aku lapor diri di JPA, penempatan aku di bahagian perkhidmatan aras 6. tamat 6 bulan pertama, aku buat permohonan untuk sambung lagi 6 bulan. kontrak keje di JPA tamat pada 6/2/08. pada hari terakhir aku di JPA, aku tengok ada jawatan kosong di PICC. jawatan pegawai khidmat pelanggan kontrak selama 2 tahun. aku 50/50 tuk apply sebab hari ni tarikh akhirnya. aku sempat lagi balik rumah berehat sambil fikir-fikir nak apply ke tidak. dalam pada nak ke tak nak tu, aku isi juga borang dan submit sendiri di PICC. petang sebelum jam 5 petang aku bonceng moto ke PICC hantar borang.
14/2/08 dapat panggilan dari PICC untuk datang interview. aku berdebar-debar sangat waktu ni. siapa yang tak berdebar hadir ke interview??? datang dengan takde preparation nye, otak kosong ting tong, menonong aje. tawakkal aje lah !! satu apa pun pasal PICC aku tak tahu. yang ada dalam pala otak aku time tu, beberapa tahun lepas ada International Fireworks ... hahhahaha, naif sungguh. alih-alih minta tolong kakak aku cari info pasal PICC. dalam hati, apa la agaknya soalan yang bakal ditanya nanti. soalan standard ke atau lain macam. apa la aku nk jawab nanti??? jawab je la based on soalan yg dia tanya. apa susah ... ceh ! tengok orang yang datang, ramai juga, ada la 20 orang lebih. berkumpul di sekitar bilik 11. waktu aku sampai memang dh ramai. so kira aku ni lewat la. masuk je ke lobi, aku ke kaunter pertanyaan (tempat yang bakal aku takluki ... ngeh ngeh ngeh)
Datang interview sebolehnya cuba elakkan berborak dengan calon lain. kalo berborak, cuba elakan bertanya soalan yang boleh buat kita tergugat. so aku senyap aje duk layan debaran, sambil memerhatikan semua muka-muka calon. diorg pun sama macam aku jugak. layan diri sendiri. tapi aku tak boleh elakkan perasaan nak tahu. so waktu tu sempat berkenalan dengan nooraini. dia org ketiga diinterview. selepas dia keluar dr bilik interview, sempat juga bertanya apa soalan yang ditanya. oleh kerana aku orang ketiga last, maka hampir semua orang yang selesai interview aku tanya, apa soalan diorang tanya awak?? korek rahsia selagi boleh. so sedikit sebanyak leh prepare. hahahah bijak tak pala otak aku??? tapi kena make sure jadi orang last la. semua orang yang aku tanya tadi katanya interview dalam BI, terus aku nak terkencing. biar betul, BI aku memang terbaik dari ladang la kan ... fasihnya mengalahkan mat saleh sendiri sampai diorg pun tak faham apa aku cakap. selesai aje interview baru aku perasan ada booklet tentang PICC rupanya. Cis peas betul lah !! tu la akibatnya kalo x prepare.
Tiba la time yang ditunggu-tunggu, my turn masuk dalam bilik interview. sedaya upaya berlagak macam tenang tapi sebenarnya gemuruh dan nerves sangat. soalan biasa-biasa je. perkenalkan diri dalam bahasa inggeris, tanya pengalaman kerja, soalan tentang PICC (soalan cepumas) kalau awak diterima bekerja di PICC adakah awak sanggup sekiranya kena bekerja lebih masa dan ada soalan peribadi.
Well, aku bagai ternampak interviewer yang lelaki tu macam catatkan perkataan lulus kat dalam kertas yang dipegang. Aku tetiba bersemangat dan terus tersenyum. Hahahhhah sempat lagi berangan. tapi hati kecil aku kuat mengatakan yang aku berjaya. Apapun aku nk selit sikit pasal interviewer pada hari tu. waktu ni memang aku tak kenal diorang tapi aku tahu dan ingat sangat mereka yang temuduga aku dan yang lain. pada aku he's ok and he is the only person yang tanya aku soalan. kiranya dia aje yang interview aku. yg pompuan tu aku perhatikan sejak dari aku melangkah masuk hingga la ke habis sesi, muka mencuka, ketat semacam and she staring at me like %#@& ....
Selesai saje sesi temuduga, aku tak terus balik. aku duduk sekejap kat tempat menunggu tadi. ada beberapa orang lagi yang masih tunggu giliran. kebetulan bila aku duduk ada yang tanya aku soalan apa yang diorang tanya kat dalam tadi. aku pun cerita la dari a to z ... aku x kisah kongsi pengalaman sebentar tadi sebab aku faham perasaan diorang. tak kisah la kalau disebabkan cerita aku tu boleh buat diorang diterima atau tidak. itu rezeki masing-masing.
bila dah habis sesi interview aku dan kak hanim diajak oleh khairunnisa untuk ke kafe. sejak dari pagi tak makan, perut langsung tak rasa lapar. Bila dah setel baru la boleh makan dengan tenang. Time ni la aku berkenalan dengan nisa. Selesai sume aku pulang ke rumah dengan harapan yang amat tinggi bahawa aku lulus temuduga dan berjaya mendapat jawatan PKP. Menurut nisa, maybe dalam dua minggu keputusan temuduga keluar.
Penantian memang menyeksakan. Tunggu dah lebih dua minggu tapi still tiada jawapan. 20/2/08 aku hadir ke temuduga di BPR. sekarang dah jadi SPRM. sungguh tak sangka aku berjaya dan diterima bekerja di SPRM sebagai pekerja khidmat singkat di bahagian pendakwaan. Kerja kat sini honestly tak best sangat macam keje kat JPA dulu. mungkin juga penempatan aku yang tak best. bahagian ni menempatkan peguam-peguam yang mewakili SPRM. so aku sendiri belum berkesempatan untuk jumpa siapa ketua unit. tapi batch aku sempat la masuk bilik ketua pengarah SPRM untuk sesi berkenalan.
Dua minggu aku bekerja di SPRM, akhirnya aku dapat panggilan dari PICC. syukur tak terhingga. kan betul sangkaan aku, aku memang lulus temuduga tu. punya la aku excited. 17/3/08 hari isnin aku ke PICC untuk lapor diri dan dengan rasminya aku bekerja di PICC. walaupun secara kontrak selama 2 tahun, itu sudah memadai untuk aku prepare myself for a better career. aku punya perancangan adalah bekerja selama dua tahun dan dalam tempoh itu aku tak pernah putus-putus memohon kerja di tempat lain.
Setahun pertama sungguh menyeronokkan. sehinggakan pelbagai temuduga dan tawaran kerja yang aku terima aku tolak mentah-mentah. yang paling aku tak boleh lupa, aku terima panggilan interview untuk jawatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan di HUKM. jawatan ni memang sesuai untuk aku kerana memang aku belajar bidang kerja sosial. tapi oleh kerana aku selesa di PICC maka aku tidak serius. Dulu aku tak menyesal, tapi sekarang, aku tahu yang aku telah buat keputusan yang sangat bodoh. selepas itu tiada lagi tawaran kerja yang aku dapat pada tahun kedua bekerja di PICC. Kerja pun dah jadi makin tidak seronok dan membosankan.
Rutin kerja di PICC apalah sangat. sebagai pegawai khidmat pelanggan, core bis is telefon dan kaunter. maka aku adalah operator telefon dan tempat pertanyaan. memang sah-sah la kerja di kaunter pertanyaan. melakukan perkara sama buat aku jemu dan bosan. dari pagi hingga ke petang, means seharian di kaunter dan menjawab telefon. tiada rotations atau penggiliran kerja. namun selepas ada suara-suara yang berbunyi maka barulah kami bergilir-gilir di kaunter. pagi di kaunter petang di ofis.
Habis dua tahun kontrak, aku ikut kawan-kawan yang lain untuk renew kontrak. kali ni kontrak hanya setahun sahaja. terpaksa renew sebab aku belum dapat kerja di tempat lain lagi. so harapan nya tahun ni aku boleh la blah dari PICC. untuk tahun ketiga ni aku berusaha lagi memohon pelbagai jawatan. jiwa raga sudah rasa bosan dan jemu. terutamanya bila lepas sorang sorang tinggalkan PICC. hinggalah tamat kontrak tahun ketiga, aku buat surat renew tuk tahun keempat. memang dah tawar hati nak kerja tapi terpaksa.
aku banyak pendam perasaan, sabar dan berserah. pujuk diri mengatakan mungkin rezeki aku masih di sini. so aku cuba sedaya upaya bekerja dengan seikhlas mungkin. aku tidak sesekali cari pasal atau timbulkan masalah. setiap kerja yang diberi aku buat dengan penuh tanggungjawab dan sebaik mungkin. tidak pernah harapkan pujian. aku tak pandai nak bodek dan aku juga tak suka dibodek. aku sedar memang wujud bodek membodek dalam unit sendiri. tapi aku diamkan aje, biarlah mereka dengan labu labi mereka. aku tak heran dan aku tak peduli. akhirnya macam ni jadinya. aku yang tak pandai bersaing, juga bukan pesaing yang selayaknya untuk ada yang rasa terancam. tetap ada yang cari kesalahan dan tak puas hati pada aku. sungguh kejam dan tidak adil.
Dari tahun ketiga lagi aku sudah nampak wujudnya satu jurang dalam unit PA dan PKP. kalau jurang mariana tu paling dalam sekali, rasanya jurang yang wujud ni boleh buat bumi terbelah dua. pelbagai sandiwara dan drama muncul, situasi bodek dan membodek untuk jaga periuk nasi sendiri serta menjatuhkan orang lain. tiada lagi pembelaan yang sewajarnya dan kerja makin hari seolah-olah macam robot dan tak ubah ibarat tunggul. kalau pungguk rindukan bulan suka bertenggek di dahan pokok, ini pungguk pun tak pandang tuk bertenggek. rasa macam dah takde nilainya lagi. memang dah sampai kepada kemuncaknya apabila habis aje kontrak tahun ke empat, aku disingkirkan. langsung tiada penghargaan di atas pengorbanan aku selama ini.
Sebagai hambaNya, aku bersyukur dan redha sekiranya setakat ini sahaja jodoh aku dengan PICC. Setiap yg bermula pasti ada penghujungnya dan ia takkan kekal di suatu tempat untuk selama-lamanya. walau apa pun, kenangan di PICC terlalu banyak dan sukar dilupakan. banyak pengalaman, pengajaran, suka duka yg aku dapat sepanjang keje di PICC. aku mungkin bukan yg terbaik untuk dikenang oleh PICC tapi aku lakukan sebaik mungkin untuk PICC. aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk PICC.
Kepada mereka yang pernah tidak suka dan tidak puas hati pada aku, terpulanglah pd mereka. what comes around goes around, sooner or later!!! aku seperti biasa akan terus mengorak langkah meneruskan kehidupan. hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. aku ingin menikmati hidup ini sebaik mungkin. InsyaAllah.
Sebagai hambaNya, aku bersyukur dan redha sekiranya setakat ini sahaja jodoh aku dengan PICC. Setiap yg bermula pasti ada penghujungnya dan ia takkan kekal di suatu tempat untuk selama-lamanya. walau apa pun, kenangan di PICC terlalu banyak dan sukar dilupakan. banyak pengalaman, pengajaran, suka duka yg aku dapat sepanjang keje di PICC. aku mungkin bukan yg terbaik untuk dikenang oleh PICC tapi aku lakukan sebaik mungkin untuk PICC. aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk PICC.
Kepada mereka yang pernah tidak suka dan tidak puas hati pada aku, terpulanglah pd mereka. what comes around goes around, sooner or later!!! aku seperti biasa akan terus mengorak langkah meneruskan kehidupan. hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. aku ingin menikmati hidup ini sebaik mungkin. InsyaAllah.
Hi cik,boleh saya tahu apakah cara cik untuk bekerja di sprm pada masa itu?
ReplyDeleteHai cik saya nk tanya, sekarang cik sudah bekerja sebagai apa?
ReplyDelete