Monday, September 10, 2012

Aku dah lakukan yang terbaik ...

Hari ni rasa teramat rindu pada zaman belajar di universiti dulu. bila tengok adik ipar duk sibuk mengemas barang-barang sebab nak balik semula ke kampus, aku jadi macam terkedu sebab terasa rindu pada sesuatu yang hilang. last week student dah melapor diri dan menjalani minggu orientasi. stat minggu ni student lama mula masuk kampus semula dan mulakan sesi pembelajaran. setiap hari aku akan nampak student-student ni dan mengingatkan semula pada masa aku belajar dulu. sungguh menyesakkan dada.

Imbas semula zaman aku study dulu, aku tak bernasib baik macam student lain yang dapat merasa campus life 100%. sedangkan aku tahun pertama aje dpt duk kampus. then hidup melarat hingga la ke habis belajar. 

Kadang tu rasa macam nak undur semula masa yg dah berlalu. perasaan jadi berkecamuk bila teringat semula, rasa terkilan, sedih, kecewa, bersalah, rugi, iri hati dan macam-macam lagi la. 

Serius aku katakan aku nk putar semula masa. sebabnya kalau aku mampu buat sesuatu yang lain, mungkin hidup aku takkan jadi seperti sekarang. tapi itu dah kira menyesali nasib. namun di sebaliknya aku terfikir, mungkin ada juga hikmahnya semua ni, kalau yg lain terjadi mungkin aku takkan berada dalam situasi sekarang. so persoalan pd diri sendiri ialah, yg mana satu menjadi pilihan aku??? realitinya adakah aku mempunyai pilihan?? adakah aku berpuas hati dengan pilihan aku sekarang?? jawapannya ialah, sekarang ni aku perlu perbetulkan keadaan, terima seadanya, fikir positif, dan teruskan kehidupan. x guna menyesali apa yg telah berlaku. walaupun ini bukan jalan pilihan aku, bukan juga pilihan orang lain, mungkin juga sudah ketentuan.

Kadang kala kita tersalah membuat keputusan, kita alpa dengan apa yg kita ada, bila tersedar, sekurang-kurangnya kita masih ada peluang tuk perbaikinya. jangan pula sia-siakan peluang tersebut. aku pula???? adakah aku nampak semua itu??? entah lah !!! masih dalam mencari arah tujuan .... namun walau apapun yg berlaku, aku mensyukuri nikmat yg diperolehi. tentu ada hikmahnya !! aku bukan pasrah tetapi redha !!


No comments:

Post a Comment