Minggu lepas kanda menjalani pembedahan pada lutut kanan. Hari isnin 1/4/13 kanda masuk wad, bermalam di wad, then hari selasa 2/4/13 jam 10 pg operation dijalankan. Lbh kurang tghr selesai dan dimasukkan ke wad 8B hospital serdang.
Balik dr kerja, aku dengan bapa mertua singgah jenguk kanda sekejap. Ni la keadaan kanda sewaktu aku melawat tempohari.
Sewaktu kami sampai kanda terbaring tanpa bantal ... kanda bukannya tidur tapi menahan kesakitan dan kanda tidak dibenarkan banyak bergerak ... orang dh biasa aktif tetiba terbaring macam ni .. sabar ye sayang !!
Keadaan lutut kanda yang dioperate ...
Yang bertampal di dada kanda tu adalah injection morfin, dadah untuk tahan sakit ... tp kanda x amik pun selepas operation ... katanya dia nak rasa sakit tu camana rasa .... sukati kanda la !! dahi berkerut menahan sakit, ubat bius dh hilang memang azab sakit (aku pernah rasa) !! jujurnye aku tak pernah tengok kanda mcm ni selama kenal...
Dari malam isnin kanda tak dibenarkan makan. kena berpuasa, tepat jam 6 ptg hari selasa baru leh makan. kanda habiskan 2 portion of food ... dah tak fikir da makanan sedap ke tidak asal dapat makan. kebulur katanya. menu plak sume western !! untung orang sakit dapat makan western setiap hari .... kikikikiki
Semoga kanda cepat sembuh seperti sediakala .... alkisahnya lutut kanda ni, ligamen terkoyak. ianya berlaku sewaktu bermain bola sepak semasa di pusat latihan maritim kuantan awal tahun 2011. sewaktu hari pernikahan kami, kanda baru je lepas cedera. nk duduk bersila mengadap tok kadi pun seksa.
Then kali kedua cedera semasa kat tempat kerja sewaktu bermain badminton. kejadian berlaku tahun 2012. kali ni kanda buat ujian MRI dan lutut kanda terpaksa ditebuk dahulu sebelum operation dijalankan. entah macamana, malang tak berbau, kanda cedera kali ketiga awal tahun ni 2013, kanda terjatuh bagi mengelak dari memijak pasu bunga di rumah, menyebabkan ligamen putus terus. bila ke hospital tuk buat pemeriksaan, doktor perlu operate segera. dan kalau ikutkan memang tarikh tuk operation telah ditetapkan pd 2/4/13.
Keesokan harinya, aku ke hospital melawat kanda bersama ibu dan abah. knda nampaknya dah ceria dan sihat ... alhamdulillah !! kanda dibenarkan discharge pada hari khamis 4/4/13.