Friday, October 25, 2013

Susu skim

Terdapat pelbagai jenis susu di pasaran sekarang ini. Ada susu segar penuh krim, ada susu segar rendah lemak, ada juga susu tanpa lemak ataupun kita panggil susu skim ( skimmed milk ). Nak tahu apa beza susu ini semua? Kalau susu segar biasa, kandungan lemaknya adalah di dalam anggaran 3.25% daripada kandungan, susu rendah lemak pula separuh daripada kandungan lemak susu biasa manakala susu skim mengandungi kandungan lemak hingga 0.5% atau tiada lemak langsung.

Berikut adalah antara 5 sebab susu skim kurang baik untuk kesihatan anda...

1. Rendah kandungan vitamin A
Apabila lemak dikeluarkan dari susu, kepekatan vitamin A mengurang secara drastik. Ini kerana vitamin A adalah larut lemak. Apabila anda tidak mendapat bekalan vitamin A yang diperlukan, ia diambil dari hati dan ini mengurangkan rizab vitamin A dalam badan anda.

2. Kesuburan badan rendah
Penggunaan yang tinggi susu rendah lemak atau susu skim menjejaskan ovulasi wanita. Ia adalah penting untuk mempunyai pengambilan lemak tenusu penuh dan vitamin yang diperlukan daripada susu semasa mengandung atau jika anda merancang untuk hamil. Susu tanpa lemak atau susu rendah lemak tidak menyediakan lemak yang cukup, kalsium dan vitamin yang wanita perlukan terutamanya yang sedang hamil.

3. Menyebabkan keradangan dalam arteri
Susu skim mungkin mempunyai semua bahan-bahan yang baik dan manfaat kesihatan yang sama dengan susu biasa. Walau bagaimanapun, pepejal susu tepung menghasilkan nitrat yang boleh menyumbat dan menyebabkan keradangan di dalam arteri anda.

4. Kekurangan vitamin K
Susu skim tidak mempunyai nutrien penting seperti Vitamin K. Jika anda ingin mendapatkan kebaikan vitamin K, anda diharuskan mengambil susu skim bersama-sama dengan satu blok kecil mentega atau kiub keju. Anda mengambil susu rendah lemak untuk mengurangkan berat badan tetapi hasilnya adalah asia-sia jika anda kekurangan vitamin K. Dan jika anda ingin mendapat manfaat daripada vitamin K, anda perlu mengambil produk yang tinggi kandungan lemak seperti mentega dan keju.

5. Penyakit jantung
Oleh kerana lemak tepu yang dikeluarkan dari susu skim dengan cara mengurangkan secara pemanasan pada suhu yang tinggi dan dengan tekanan tinggi, dan ia boleh menjadikan susu itu kurang berkhasiat. Malah, aspek yang paling berkhasiat dalam susu seperti lemak tepu tidak hadir, dan boleh menyebabkan kolesterol tetap berada di dalam arteri, serta boleh meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.


Bagi anda yang ingin diet tu, ambillah susu segar kerana susu rendah lemak tidak semestinya membantu anda menguruskan badan atau diet. Anda kena bersenam selalu! :)

No comments:

Post a Comment