Sunday, August 3, 2014

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum wbt

SALAM LEBARAN
AIDILFITRI 1435H

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana tahun ni sekali lagi aku dapat meraikan kemenangan bersama-sama seluruh umat islam setelah sebulan melawan hawa nafsu. Lebih bermakna lagi raya tahun ini dapat sambut bersama kanda dan anakanda di kampung halaman aku di Kelantan. Walaupun tidak semeriah mana, tapi ianya tetap bermakna. Sejujurnya raya kami tak seperti raya orang lain. Sangat menyedihkan, tetapi dalam kesedihan itu, masih ada lagi insan yang lebih menyedihkan dari kami. 

Hari raya perama di Kelantan hanya sebelah pagi sahaja. Tengahari kami dah mulakan perjalanan ke Selangor. Kami beraya di tempat yang terdapat mereka-mereka dan insan-insan yang merindui dan menunggu kepulangan kami. Kami selamat sampai ke kampung halaman kanda semasa azan maghrib. Alhamdulillah

Seperti biasa, malam raya pertama, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah pak lang dan mak lang (ibu abah). Siang tadi dah setel semua rumah adik beradik dan nenek, tanpa kehadiran kami. Tapi akhirnya kami dapat juga bertemu semua ahli keluarga yang datang. Walaupun penat masih terasa sebab travel jauh, tetapi kami gembira melayan sanak saudara dan beraya bersama. Barulah rasa raya makin bermakna. 

Belah pagi teramat hambar, bila malam meriah tak ingat. Ibarat langit dan bumi. Kesian pada kanda dan anakanda. Both tak sempat dan tak pernah merasa keseronokan beraya di Kelantan. Semuanya hambar selepas ketiadaan arwah ayah. Both takde kenangan terindah sambut beraya bersama Tok Ayah dan ahli keluarga Pak Do Man. Dan setiap kali raya, aku tentunya sebak dan menangis bila terkenangkan semua kenangan indah sambut raya bersama arwah ayah. Sesungguhnya ku tak mampu putarkan balik saat itu. Tapi kenangan itu aku akan ingat sampai bila-bila. 

Memang betul sangat, bila mak ayah dah takde, raya tiada makna lagi dah. So bagi yang masih ada mak ayah tu, hargailah kenangan sambut raya bersama. Sebab bila orang tua kita dah takde, suasana raya tu sangat hambar. Berkumpul adik beadik dan menziarahi sanak saudara pun rasa macam tak seronok. 

Walaupun aku dikurniakan keluarga mentua yang sangat havoc, tapi tetap tak boleh ganti balik suasana ngan arwah ayah. Well, boleh dikatakan masa aku hanya setakat itu, sekarang ni masa untuk anak aku pulak. Syukur anak aku masih ada atuk, wan dan onyang belah kanda. 

Dan impian aku ialah untuk memberikan kemeriahan pada anak-anak aku setiap kali raya. Biar mereka rasa apa yang sepatutnya mereka rasa bila tiba hari raya. Aku akan ciptakan kenangan raya terindah buat anak-anak aku nanti. Semoga hari itu akan tiba dan semoga Allah swt permudahkan. In Sya Allah.

Ini sahaja gambar yang sempat dirakamkan asalkan ada untuk kenang-kenangan.

Malam raya kat kampungku



Pagi raya



Malam raya pertama kat kampung kanda


Gambar-gambar pun hambar aje

Orait, ini pula gambar raya family, semua ada .... kecuali kami !!! Gambar ni aku cilok dari fb..




No comments:

Post a Comment