Thursday, February 16, 2012

HUKUM MENGGUGURKAN KANDUNGAN

HUKUM MENGGUGURKAN KANDUNGAN

Sepakat ulama’ mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiup ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan.Ini berdasarkan dalil:

Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya setiap k...amu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk nutfah, kemudian dalam bentuk ‘alaqah selama itu pula, kemudian dalam bentuk mudghah selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya. (HR al-Bukhary, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)

Adapun menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh kepadanya, berlaku perbincangan di kalangan ulama’ namun secara ringkasnya adalah seperti berikut:

* Harus hukumnya menggugurkan janin dalam tempoh 40 hari kehamilannya sebab dalam tempoh ini kandungan masih tidak bernyawa.Namun ada pendokong pandangan ini meletakkan syarat tertentu seperti kandungan akan memudaratkan isteri jika diteruskan, putus susu kepada anak yang sedia ada disebabkan kandungan yang baru sedangkan suami tidak berkemampuan untuk mengupah orang lain menyusukan anaknya, mendapat persetujuan suami isteri, pengguguran ini tidak membahayakan nyawa ibu dan lain-lain.
* Makruh hukumnya.
* Haram secara mutlak kerana persenyawaan telah berlaku dan ia akan hidup. Imam al-Ghazali mengatakan ia adalah satu bentuk jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi.Manakala Ibnu Jauzi mengatakan perbuatan itu tetap dikira berdosa walaupun tidaklah sama dengan menggugurkannya setelah ditiupkan roh.

menggugurkan kandungan yang berusia belum sampai tempoh 40 hari adalah harus kerana ia hanyalah gumpalan darah , belum membentuk sifat-sifat paling minima sebagai manusia. Ia juga seperti ‘azl (coitus interruptus). Ia merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan apabila suami tidak mengkehendaki kehamilan berlaku kepada isterinya. Nabi s.a.w. pernah membenarkan perkara ini berlaku kepada seorang sahabat dengan sabdanya: “Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” (HR. Ahmad, Muslim)

Adapun menggugurkan kandungan yang berusia 40 hari dan lebih , – wallahu a’lam – termasuk dalam larangan yang difahami dari sabda Rasulullah s.a.w. kerana pada tempoh itu gumpalan darah sudah terbentuk dengan sifat-sifat minima sebagai manusia .

“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut;
dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudianmemberi keputusan" (HR Muslim)

Meletakkan sebab-sebab ekonomi sebagai alasan untuk menggugurkan kandungan, – wallahu a’lam- adalah perkara yang telah diperingatkan oleh Allah dalam beberapa ayat sebagai alasan yang tidak kukuh dalam syara’. Antara firman Allah berkenaan adalah:-

“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS al-An’am 151)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (QS al-Isra’ 31)


[1]Rujuk Fatawa Ibnu Taimiyah, Hasyiah Ad-Dusuqi, Nihayatul Muhtaj, al-Furu’;al-Muhalla .

[2]Rujuk Hasyiah Ibnu Abidin, Hasyiah ar-Rahuni , Nihayatul Muhtaj ,al-Furu’.

[3]Rujuk Jamie al-Fusulin , Fatawa Khaniyah , Hasyiah Ibnu Abidin , Nihayatul Muhtaj , al-Furu’ .

[4] Rujuk Ihya’ Ulumiddin

[5] rujuk Ahkam an-Nisa’

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
...
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Friday, February 10, 2012

Balik kampung

plan nk bw bby qa'id blk kg dh lama. kebetulan aku dh lm sgt x blik. raya thn lepas x blik sbb dh sarat. lepas nikah x sempat blik sbb kanda training. so kali ni pun pd mulanya berkobar nk blik tp lepas tu fikir bby msh kecil, risau juga nk bawa bby jalan jauh. 

bila tgk bby qa'id dh kuat, aku konfiden. ibu mertua pun setuju. dlm kerisauan, akhirnya sampai juga ke kampung halaman di kelantan.

gerak blik pd 5 feb hr ahad sebelum subuh jam 4.30 pg. sepanjang perjalanan bby tidur awlnya, then bangun,  dh penat sambung tidur semula. tp lepas tu, bby meragam, menangis meraung teresak2. then tidur. 3 kali sepanjang perjalanan bby meragam. aku kesian sgt kat qa'id. pape pun perjalanan tetap diteruskan.

berhenti hanya tuk buang air sahaja. x stop tuk makan pun sehingga la sampai ke kampung. apa taknyer, bby tidur aje bila tiba kat tempat nk makan. so xnak la kejutkan bby. sbb qa'id senang jaga bila kereta stop. berhenti kejap kat sg yu tuk tukar lampin. 

teruskan perjalanan dan stop kat bandar ketereh, beli sedikit buah tuk bw blik. sampai umah dlm kul 12.30 tghr. pegi ke pantai irama tuk mkn tghr bersama paksu keme sekeluarga. balik ke umah, qa'id berak. upanye sepanjang perjalanan td, bby duk menangis mb sbb sakit perut. bila dh berak, bby lega dan selesa sgt.

rehat kat umah, tidur sepetang. mlm keluar ke psr mlm gunong, beli mknan diner. kebetulan nk tgk maksu niaga pakaian kt sana. pegi kejp je then terus balik.

mlm bedung qa'id mcm biasa, and tidur lena, selimut tebal sbb sejuk. bgn kul 8 pg pd 6 hb feb hr isnin. lepas breakfast, gerak ke umah maklong di kedai lalat. makan tghr kat umah maklong. petang sebelum asar ajak maklong ke umah tok mek di kuchelong. nasib baik tok mek ada. dh dekat maghrib br balik. patutnye blik awl lg tp sbb duk tunggu ketupat palas msk, sambil borak2 dgn diorg. lepas mkn mlm, tidurkan qa'id. alhamdulillah bby tidur lena, dibedung dan selimut. sejuk betul kat kg.

esoknye bangun kul 8 pg. berkemas, and selepas breakfast, gerak ke rantau panjang. bw qa'id shopping kat RP. otw balik umah, tetiba melencong ke KB sbb ada brg2 yg nk dibeli xde kat RP. ptg dlm kul 5 terus gerak balik. kebetulan jln plak jam sbb peak hours. singgah beli mkn mlm kat psr mlm gunong. sampai umah dh maghrib. tidurkan qa'id. aku kepenatan. tidur lena setelah diurut oleh kanda. 

7 hb feb hr rabu, gerak balik ke KL. selepas breakfast, kemas2 brg, jam 9.30 pg gerak. plan nk singgah gua musang tak jd sebab abg x jawab call. so direct ke raub. singgah umah uncle mie di dong. tghr samapi sana. mlm jam 9 mlm gerak balik ke sg merab. sampai umah kul 12 tgh mlm. angkut semua barang, tidurkan bby and aku pun tidur. 

perjalanan yg santai dan padat ... alhamdulillah semua selamat. bby ok dan aku yg sgt penat.

Thursday, February 2, 2012

Dilarang minum berdiri

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara pe...rubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung