Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year 2014

Assalamualaikum wbt



Azam 2014 aku sambung dari azam tahun lepas, sambung dari tahun-tahun sudah ... eheheheh

Semoga 2014 lebih baik dari tahun 2013 !!

New year new plan new book

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari terakhir 2013 .... Esok dah masuk tahun 2014 ... Dan semestinya cuti umum !!!!
Untuk permulaan tahun 2014, seperti biasa UPM akan berikan kalendar, planner, diary dan notebook ....

Diary tahun 2013 pun x tertulis, nasib baik diary 2014 ni kecik... Ehhehe


Wedding Big Boss

Assalamualaikum wbt

Pada 19 disember 2013 khamis, semua warga UPM dijemput untuk makan tengahari di Dewan Banquet sempena majlis resepsi perkahwinan Big Boss ku .... Timbalan Naib Canselor Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo ... fuhhh !! panjang sungguh nak menaip nama ... maklum lah orang yang berpangkat besar ni .... pangkat tak boleh tinggal ... hikhikhik 

So aku share sekeping gambar yang sempat aku ambil semasa menghadiri majlis tersebut .... aku just pergi makan, lepas makan jumpa pengantin dan blah .... 




Tahniah Prof. Isteri Prof sangat cantik macam artis bollywood !! Terima kasih sudi jemput kami semua !!

Foto hari keluarga hajah aminah

Assalamualaikum wbt

Masih lagi entry pasal hari keluarga hajah aminah, kejar masa ni, sebab hari ni last day tahun 2013, so nak update semua aktiviti tahun 2013 pada hari ni .. ehehehhe.... nak share gambar-gambar yang diambil oleh sedara yang lain .... memang ramai fotografer ... disebabkan aku tak snap gambar ni dan banyak moment yang aku miss, so amik la diorang punya .... huhuhu


Jalan masuk / keluar ke lokasi pak akob place !!


Makan tengahari potluck


Berkubang hari pertama .... air deras, dalam dan merbahaya



Solat Jamak Maghrib & Isyak ... Bacaan Yaasin





Makan malam, BBQ dan celebrate birthday disember 



Aktiviti malam ... serasi bersama, bingo, karaoke ...


Masa untuk tidur !!


Aktiviti hari kedua ... melibatkan anak-anak bujang, dewasa dan single !!








Kumpulan kami .... juara keseluruhan !!


Senarai permainan serta markah terkumpul 


Hadiah penghargaan 


Bintang hati ibu ... sayang qa'id sangat sangat sangat !!!


Berkubang setelah penat bermain ... mandi manda dulu, pasni nak check out !!




Bye Bye 2013 .... Jumpa lagi pada next family day 2014 .... 

Christmas day off

Assalamualaikum wbt

Sempena cuti Krismas lepas, kami tiga beranak jenjalan menaiki train. Mulanya plan nak bawa anakanda al-qa'id merasa menaiki train semasa Birthday yang ke 2 tahun pada november lepas. Tapi terpaksa batalkan niat sebab tarikh yang sama diadakan hari keluarga pak abu. kena la dahulukan hari keluarga .... akhirnya dapat juga tunaikan janji pada qa'id untuk bawa jenjalan naik train.

Dari putrajaya kami menaiki train ERL menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral exchange Putra LRT menuju ke KLCC. Destinasi kami ialah Aquaria KLCC.

Ini kali pertama kanda dan qa'id ke Aquaria. bagi aku ini kali kedua. so aku main peranan sebagai tour guide !! Perjalanan lancar, tak sesat pun, tak dinafikan makhluk manusia memang ramai. dari putrajaya hingga ke Aquaria ... penuh sesak dengan bermacam-macam orang !! tambah lagi hari cuti umum .... nasib baik la crowd sume rakyat tempatan dan pelancong asing. aku tak suka kalo bersesak dengan crowd dari kalangan indonesia dan bangladesh. so aku cuba elakkan ke area water fountain KLCC ... ramai warga asing lepak kat situ !! 

Aku perhatikan area Aquaria sangat sesak dan tak banyak perubahan .... qa'id dan papa sangat teruja tengok ikan jerung besar dan ikan pari yang sangat besar !! huhuhu aku happy tengok gelagat papa dan qa'id !! at least diorang seronok so aku bahagia !! ada la juga manfaatnye .... 

Setelah penat meneroka Aquaria, kitorang terus gerak balik ... plan nak singgah ke muzium dan bird park dibatalkan sebab kepenatan. Alhamdulillah, aku seronok dapat luangkan masa dengan kanda dan anakanda al-qa'id ... semoga lepas ni kami dapat habiskan masa bersama dengan aktiviti yang bermanfaat !!

Monday, December 30, 2013

Birthday Treats

Assalamualaikum wbt

I Love Disember ..... walaupun sukar menerima kenyataan yang aku dah terjebak ke dalam golongan 3 series ni .... aku harus akur dan redha .... dan berfikiran positif ... lama-kelamaan ok la nanti ... in sha allah !!

Sepanjang disember ni sempena bulan kelahiran aku, ada la beberapa celebrations serta penghargaan yang aku terima ... yang pertama dari Alamanda Shopping Mall ... 


Walaupun tak seberapa tapi ada juga sesuatu ... ini pun rezeki untuk aku ... tak pernah terlintas untuk merasa Tutti Frutti ni ... tapi bila dapat voucher ni, dapat la rasa .... komen aku .... biasa aje ... sedap lagi ais krim kacang merah potong ni ... huhuhu


Tahun lepas aku dapat voucher Famous Amos dari Alamanda .... tahun ni dapat Tutti Frutti pulak ... thanks anyway !!!

Then birthday treats dari kanda .... disambut bersama keluarga belah abah semasa Family Day Hajah Aminah .... aku order 2 biji kek, kanda yang bayarkan .... so dapat la sesama merasa ... kebetulan berkumpul maka dapat la sambut sekali dengan ahli keluarga yang lahir pada bulan disember !!





Next birthday treats dari kakak kesayangan .... Thank You sister !!






Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas, menikmati hidup di bumi Allah dan dapat melakukan tugas harian dengan baik .... umur adalah ukuran dan peringatan untuk aku agar lebih peka, bersedia dan perbanyakkan amal ibadah .... Semoga hidup aku diberkati Allah, semoga Allah murahkan rezeki, semoga aku berjaya dalam apa sahaja yang aku lakukan, semoga allah berikan kesihatan dan kelapangan untuk aku lalui kehidupan ini, dan semoga bahagia menjadi milikku, amin ya rabbal alamiin.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan, sahabat handai, rakan taulan, sanak saudara yang ucapkan selamat hari lahir pada aku dalam facebook, mesej dan juga whatsapp .... terima kasih banyak-banyak ... semoga Allah membalas kebaikan pada kalian.

Hari Keluarga Hajah Aminah

Assalamualaikum wbt

Bulan lepas Hari Keluarga Pak Abu, bulan ni Hari Keluarga Hajah Aminah pulak .... tak banyak yang nak diceritakan sebab lokasi sama, hari pun sama .. sabtu dan ahad ... cuma tarikhnya pada 14-15 dis 2013. Kebetulan 15 tu tarikh lahir aku yang ke 30 tahun ..... huhuhu dah 3 series rupanya .... tak dapat terima kenyataan tapi aku redha aje !! 

Kali ni aku dapat snap beberapa pic area yang tak sempat diexplore pada kali pertama datang sini. hari keluarga hajah aminah ni ada aktiviti bersama keluarga ... selain dari memasak dan makan, ada aktiviti yang melibatkan semua orang !! serasi bersama, couple bingo, karaoke tak oke ... sangat huru hara dan hapPENING dengan mak cik-mak cik yang sangat havoc !! dan semua orang sangat sporting. kumpulan kami menang secara keseluruhan dan dapat hadiah tipuware !!

Alhamdulillah cuaca baik dan aktiviti mandi manda sangat best .... air memang deras pada hari pertama dan hari kedua air kembali normal .... so memang dapat berkubang sakan ... berjimba dengan family members ... memang syok sangat !! cuma anakanda al-qa'id yang takut nak mandi ... hanya jadi pemerhati .... qa'id yang menggigil lebih .... 

Event ni juga aku anggap sebagai birthday treats untuk aku ... sebab ada kek untuk ahli keluarga yang lahir bulan disember. bulan lepas pulak birthday treats untuk anakanda al-qa'id .... rezeki kami berdua dapat celebrate birthday dengan keluarga !!

Aku nak share beberapa keping gambar yang tidak sempat ambil semasa pertama kali datang sini !! So kali kedua datang berkesempatan snap gambar dari sudut yang berbeza !!





Jambatan yang scary 


Tapak perkhemahan



Sedikit info tentang sungai ni, tapak perkhemahan ni kedudukan dia seakan-akan pulau kecil ... sungai terbahagia dua membentuk tapak perkhemahan ni dan sungai bertemu semula di bahagian bawah ... rupanya ada satu lagi pulau kecil yang terbentuk di bahagian atas .... so terdapat dua pulau kecil ... pulau lagi satu aku tak sempat explore .. maybe next time kalau pergi lagi aku akan explore pulau yang lagi satu tu !! 

Tempat berkubang & berjimba-jimba





teruja dapat ambil gambar dengan kanda & anakanda al-qa'id .... 



atuk & cucu



kanda & qa'id


Snowy Cheese Cake


 Butterscotch Walnut Cake


Dapat belajar teknik fotografi dengan sepupu kanda ... kak iti





Walaupun dah dua kali datang sini, aku tetap rasa tak puas dan kalau boleh nak datang lagi .... bagi mereka yang sukakan nature memang tempat ni sangat best untuk diexplore !! sangat privasi, tenang, damai, cantik, segar dan mengujakan.