Monday, December 30, 2013

Hari Keluarga Hajah Aminah

Assalamualaikum wbt

Bulan lepas Hari Keluarga Pak Abu, bulan ni Hari Keluarga Hajah Aminah pulak .... tak banyak yang nak diceritakan sebab lokasi sama, hari pun sama .. sabtu dan ahad ... cuma tarikhnya pada 14-15 dis 2013. Kebetulan 15 tu tarikh lahir aku yang ke 30 tahun ..... huhuhu dah 3 series rupanya .... tak dapat terima kenyataan tapi aku redha aje !! 

Kali ni aku dapat snap beberapa pic area yang tak sempat diexplore pada kali pertama datang sini. hari keluarga hajah aminah ni ada aktiviti bersama keluarga ... selain dari memasak dan makan, ada aktiviti yang melibatkan semua orang !! serasi bersama, couple bingo, karaoke tak oke ... sangat huru hara dan hapPENING dengan mak cik-mak cik yang sangat havoc !! dan semua orang sangat sporting. kumpulan kami menang secara keseluruhan dan dapat hadiah tipuware !!

Alhamdulillah cuaca baik dan aktiviti mandi manda sangat best .... air memang deras pada hari pertama dan hari kedua air kembali normal .... so memang dapat berkubang sakan ... berjimba dengan family members ... memang syok sangat !! cuma anakanda al-qa'id yang takut nak mandi ... hanya jadi pemerhati .... qa'id yang menggigil lebih .... 

Event ni juga aku anggap sebagai birthday treats untuk aku ... sebab ada kek untuk ahli keluarga yang lahir bulan disember. bulan lepas pulak birthday treats untuk anakanda al-qa'id .... rezeki kami berdua dapat celebrate birthday dengan keluarga !!

Aku nak share beberapa keping gambar yang tidak sempat ambil semasa pertama kali datang sini !! So kali kedua datang berkesempatan snap gambar dari sudut yang berbeza !!





Jambatan yang scary 


Tapak perkhemahan



Sedikit info tentang sungai ni, tapak perkhemahan ni kedudukan dia seakan-akan pulau kecil ... sungai terbahagia dua membentuk tapak perkhemahan ni dan sungai bertemu semula di bahagian bawah ... rupanya ada satu lagi pulau kecil yang terbentuk di bahagian atas .... so terdapat dua pulau kecil ... pulau lagi satu aku tak sempat explore .. maybe next time kalau pergi lagi aku akan explore pulau yang lagi satu tu !! 

Tempat berkubang & berjimba-jimba





teruja dapat ambil gambar dengan kanda & anakanda al-qa'id .... 



atuk & cucu



kanda & qa'id


Snowy Cheese Cake


 Butterscotch Walnut Cake


Dapat belajar teknik fotografi dengan sepupu kanda ... kak iti





Walaupun dah dua kali datang sini, aku tetap rasa tak puas dan kalau boleh nak datang lagi .... bagi mereka yang sukakan nature memang tempat ni sangat best untuk diexplore !! sangat privasi, tenang, damai, cantik, segar dan mengujakan. 

No comments:

Post a Comment