Apakah maksud di sebalik no di atas?? heheeh mungkin no bertuah ... so boleh la dijadikan no ekor !! huhuhu ...
Sebenarnya itu adalah tarikh yang penting untuk diingati .... tarikh itu jatuh pada hari jumaat bersamaan dengan 5 ramadhan 1432H. Tiga tahun lepas iaitu pada tarikh yang sama aku mendapat satu mesej yang tak diundang dari seseorang yang tidak disangka akan muncul dalam hidup aku. Mesej itu berbunyi "Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh cik hasni...tgh wat pe?wes mangan urung?" 05082009 20:24
My first thought is, who is this? and what's the meaning of "wes mangan urung? bahasa apa tu? x penah dengar pun sebelum ni? Aku agak ragu nak balas mesej orang yang tak dikenali dan aku biasanya langsung tak akan layan kalo dpat mesej atau call dari nombor yang tak dikenali. Tapi mesej ni lain pulak penangannya. Aku diselubungi dengan perasaan curious terlampau. Nak sangat find out sape punya gerangan yang tahu namaku. So aku balas.
Itulah detik permulaan perkenalan aku dengan Si Dia .. kini dah masuk 3 tahun kami kenal .. pada mulanya hanya sebagai kawan biasa, kemudian kami semakin rapat, dan kesudahannya kini kami telah sah sebagai suami isteri. Dia lah suami yang aku panggil kanda. Namanya Muhammad Habibullah Bin Ahmad Dahari. Orangnya yang aku kenal selama tiga tahun adalah segala-galanya bagi aku.
Mengimbau kembali saat-saat pertemuan dengan kanda, pada suatu hari kanda telah datang ke kaunter pertanyaan tempat aku bertapa mencari rezeki, dengan senyuman dan muka selamba dia menegur. Waktu tu aku hanya melayannya sebagai orang yang datang untuk bertanya. Almaklumlah dia bekerja sebagai staf maintenance di tempat keje dan aku pula memang tugas hakiki melayan tetamu yang datang no matter what, so aku layan macam kebanyakan staf yang lain juga la.
Selang beberapa hari baru la aku mendapat mesej pertama dari kanda. Bermula dari situ la, hubungan kami terjalin. Sememangnya aku tak pernah menyangka yang dia akan muncul dalam hidup aku. Hampir dua tahun bekerja di PICC, aku tak pernah terfikir akan bertemu jodoh dengan orang-orang yang bekerja satu tempat kerja. Tapi itulah dia yang dikatakan jodoh. Ia akan datang tanpa kita sangka. Kita tak cari tapi bila masa itu tiba, ia akan muncul jua.
Hampir dua tahun perkenalan kami, akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri. Rasa seolah-olah bermimpi. Aku sangat bersyukur kerana hubungan kami mendapat restu keluarga. Semuanya berjalan lancar dan kami menerima seadanya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang berlaku, semua itu adalah rencah kehidupan. Kini usia perkenalan kami sudah masuk tahun ketiga. Banyak suka dan duka kami lalui bersama. Sebagai kawan, teman tapi mesra, kekasih, suami isteri dan akan datang sebagai ibu dan bapa. Satu tempoh yang kami tidak lalui ialah pertunangan. Tentu ada hikmahnya kenapa tempoh pertunangan itu tidak ada dalam perjalanan hidup kami.
Walau apa pun, aku amat bersyukur dengan apa yang aku ada, apa yang aku miliki dan apa saja yang telah dirancang oleh Allah SWT untuk aku, aku dengan hati terbuka meredhai semua anugerah Allah SWT. Kita memang merancang untuk masa depan diri kita sendiri tetapi perancangan Allah SWT adalah lebih hebat.
Sempena 3 tahun perkenalan aku dengan kanda, aku menulis entri ini sebagai mengabadikan kenangan terindah suka dan duka sepanjang perkenalan kami. Aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana diberi peluang, mencurahkan rezeki, memberi umur yang panjang dan mempermudahkan segala urusanku di dunia ini. Doaku agar Allah SWT memberkati, merahmati dan melindungi hidupku serta kanda dan keluarga kami. Semoga rezeki Allah SWT tidak putus kepada kami serta mempermudahkan segala urusan kami. Semoga bahagia kekal menjadi milik kami. Amin Ya Rabbal Aalamin.
No comments:
Post a Comment