Tip Elak Keputihan Wanita
Ada banyak langkah-langkah sederhana yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk mengelak jangkitan bakteria:
Cuci bahagian sulit(Vagina) dengan tangan anda daripada menggunakan  flanel. Flanel akan memudahkan bakteria membiak jika tidak benar-benar  dicuci dan dikeringkan.
Gunakan air sejuk untuk mencuci bahagian sulit secara menyeluruh. Jangan  douch terlalu kerap kerana ada risiko jangkitan akan cenderung menuju  ke arah dalam rahim semula dan bukannya semua akan dicuci keluar.
Keringkan dengan menggunakan tuala sendiri. Semburkan Neibac5(ekstrak  citrus) jika ada kegatalan, kemerahan irritasi atau jangkitan, biar  seketika dan tidak perlu dibilas.
Elakkan semburan wangian, antiseptik lotion, krim berubat antibiotik dan  sabun wangi serta sebarang pencuci genital yang mengandungi bahan kimia  . Benda ini mengganggu keseimbangan bakteria sihat pada vagina dan  mengurangkan pelindungan semulajadi terhadap keasidan dibahagian sulit  anda.
Elakkan memakai sanitary pad yang mempunyai herbal atau perfume kerana  sesetengah dari anda mungkin allergic kepada bahan-bahan itu dan  berkemungkinan akan mengganggu keseimbangan vagina juga.
Selepas pergi ke tandas awam, bersihkan bahagian sulit dgn air dan bukannya sekadar menggunakan tisu.
Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai yis dan gula
Waspadalah terhadap tampon. Tampon kadang-kadang menimbulkan rasa sakit  kepada pengguna, terutamanya jika ia dibiarkan dalam waktu yang agak  lama.
Digalakkan supaya memakai seluar dalam yang diperbuat kain cotton kerana ia akan membolehkan kulit anda untuk bernafas.
Lebih baik jika berat badan dan kandungan lemak dalam badan tidak  melebihi kadar yang ditetapkan(berat badan ideal dan berotot padat  adalah yang terbaik 
Elakkan memakai seluar jeans ketat, seluar,stokin, pakaian berenang,  leotards atau seluar pendek yg ketat untuk jangka masa yang lama.
Minum banyak air dan jangan menahan kencing terlalu lama sehingga  saluran genital anda selalu menjadi kemerahan disebabkan irritasi.
Mengawal stress supaya tidak menjejaskan tahap immunisasi badan untuk melawan sebarang jangkitan bakteria.
Pastikan pasangan anda menjaga kebersihan diri terutamanya sebelum melakukan hubungan intim bersama.
Jika anda memerlukan cecair pelincin untuk melakukan seks, gunakan bahan  semulajadi atau jelly yang larut air, tidak sesuatu dari sumber lain.
Jangan melakukan seks rambang.
No comments:
Post a Comment