Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem 1432H !!
Syukur alhamdulillah aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur dan melimpahkan rezeki padaku untuk sambut ramadhan pada tahun 2011 ni yang jatuh pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H. Dan ramadhan tahun ni sangat la bererti buat aku.
Ramadhan tahun ni aku sambut dengan penuh kesyukuran, penuh rasa terharu, sebak dan gembira. Sangat-sangat berharap ramadhan tahun ni membawa seribu kebaikan. Kerana tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri. Kali pertama dapat berpuasa bersama-sama kanda suami ku tersayang dan lagi dapat menyambut puasa dengan keluarga mentua. Dan yang paling bermakna ialah berpuasa dalam keadaan mengandung 22 minggu. Setakat hari ini (puasa ke-3) aku masih berupaya dan diberi kakuatan untuk meneruskan puasa. Aku berharap sangat kali ni dapat berpuasa penuh !! Itu azam aku.
Alkisahnya .... pada hari pertama puasa, aku bersemangat bangun untuk bersahur. Kononnya nak tolong ibu mentua masak. Tapi bila ke dapur, semuanya telah siap. Aku sangat beruntung kerana semuanya telah disediakan mentua. Aku hanya membantu apa yang patut. Tolong hidangkan makanan dan kejutkan kanda dan adik-adik ipar. Menu sahur hari pertama ialah nasi goreng, sosej ayam dan telur goreng. Menu biasa -biasa saje tapi aku makan dengan berselera sekali. Selesai sahur aku terus bersiap untuk ke tempat keje. Keluar rumah seawal 6.30 pagi bersama kanda disebabkan kanda kerja di Port Klang berulang alik dari kajang yang sememangnya jauh. Sampai ofis sebelum jam 7 pagi ... time aku masuk keje pulak jam 8 pagi .. ada masa lebih kurang sejam ... sempat la tuk aku berehat dan tidur seketika !!!
Alkisah berbuka pulak ... entah kenapa teringin pulak nak makan kuih tepung pelita dan kuih akok. Kebetulan hari ni macam biasa balik keje kanda akan datang jemput, so sebelum kanda datang, aku call and bagitau dia jom singgah ke bazar ramadhan putrajaya ... sebab aku teringin sangat nak berbuka makan kuih tepung pelita dan akok. Namun hampa sebab kanda dah ada janji dengan kawan2 tuk masuk kampung tengok umah sewa....
Disebabkan ini pertama kali berbuka dengan keluarga mentua, so aku tertanya-tanya bagaimana la agaknya masa berbuka nanti, apa yang diorang makan, masak atau beli sahaja di bazar, apa menu berbuka diorang. Sebab aku punya style sangat simple ... aku suka berbuka dengan buah kurma, air panas dan kueh mueh, kemudian baru makan heavy. Menu yang heavy tu biasanya beli saje di bazar ramadhan macam nasi kerabu atau apa sahaja. Ada juga lauk pauk yang dimasak. Dan memang itu la cara aku dan family berbuka kalau di kampung. Ada lauk pauk yang dimasak dan dibeli. Yang bestnye, kami akan beli pelbagai kuih muih dan yang tak dapat dilupa air kelapa bersama air tuak. Cara mentua hampir sama saja cuma diorang takde kuih muih..... dan makanan heavy dimasak sendiri macam nasi putih dan lauk pauk. Hari pertama berbuka, hampir semua adik ipar ada dan 2 orang menantu juga. Maybe saat macam ni sangat bermakna bagi keluarga mentua sebab dapat berkumpul beramai-ramai anak beranak ditambah lagi dengan kehadiran 2 orang menantu.
Walau apa pun suasana yang aku lalui, semuanya membawa makna yang tersendiri bila tiba bulan ramadhan. Aku juga sangat rindu saat-saat berpuasa bersama teman2 rumah sewa. Sewaktu zaman belajar dulu aku berpuasa sambil membantu abang berniaga di bazar ramadhan. Itulah pengalaman yang x dapat aku lupakan sehingga kini. Setiap kali menjejakkan kaki ke bazar ramadhan, aku akan merindu saat-saat aku berniaga di bazar. Kepenatan berniaga akan hilang secara automtik bila tiba waktu berbuka. Nikmatnye berpuasa ketika itu hanya aku sahaja yang tahu. Selesai sahur terus bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka untuk dijual. Selepas asar kitorang akan berniaga dan kemudian berbuka di tapak niaga. Bila aku dah mula bekerja, aku tak dapat lagi merasai suasana itu. Dan kini family aku tidak lagi berniaga di bazar ramadhan disebabkan masing-masing sibuk dan tinggal berjauhan.
Sesungguhnya ramadhan menggamit kenangan yang tak mungkin dilupakan. Semuanya masih segar di ingatan dan akan kekal buat selamanya. Setiap kali ramadhan akan ada kisahnya yang tersendiri dan harapan aku semoga ramadhan kali ini dapat aku lalui dengan sempurna. InsyaAllah !!
No comments:
Post a Comment