Monday, October 29, 2012

Bayi 2012

Ini anak buah aku yg lahir pada 17 Ogos 2012 jumaat di hospital serdang secara pembedahan. anak kepada abang aku abang abi. nama baby adalah muhammad hariz ... seberat 1.8kg. dilahirkan dua hari sebelum raya puasa yg lepas. aku sempat melawat baby hariz tetapi tak dapat lihat baby. sebab baby kecil dan perlukan penjagaan rapi di ICU. 


Bila hariz balik ke rumah pun aku tak berkesempatan pergi melawatnya ... kebetulan aku balik beraya di kampung. bila balik ke sini, kanda pulak buat pembedahan lutut, 2 minggu MC. dah sembuh, weekend je kanda busy bekerja. then sebelum raya kanda ke kuala kedah 2 minggu atas tugasan rasmi. raya haji pulak mereka balik kelantan. sewaktu kanda di kedah juga hariz admit ward HKL hampir seminggu sebab jaundice. so entah la, x sure bila boleh pergi melawat!!


Ini pula anak kepada anak saudara aku. Dengan lahirnya baby boy aniq qie aisy ni aku secara rasminya menjadi nenek saudara. huhuhu seronok kan, muda2 lg dh bergelar nenek. baby aniq lahir pada 3 Oktober 2012 rabu di HUSM kubang kerian kelantan. baby lahir secara pembedahan sebab songsang. berat baby 3.02 kg.

Entah bila la agaknya aku dapat tengok baby aniq ni. bapak dia pun susah nak jumpa, ni kan pula bila dah masing2 berumahtangga dan dh ada anak, lagi la susah. tapi apa pun harap sangat dapat jumpa .... 


Dan ini yg paling special ... kehadiran nya sangat tidak dijangka dan mengejutkan ... anak kakak aku yg keempat. juga lelaki. lahir secara normal di hospital putrajaya pada 27 Oktober 2012 sabtu. hari raya haji kedua .... berat 3.85kg ...

Apa yg membuatkan dia spesel ialah, usia dlm perut dh 4 bulan br dapat tahu kewujudannya, dan segalanya dipermudahkan oleh allah swt sepanjang mengandungkannya .. subhanallah .. lahir pula sehari sebelum genap 40 minggu usia dalam kandungan ... betul2 selepas raya. kiranya, dia beri peluang ibu nya beraya dan merasa makanan kegemaran, baru dia lahir. sebab lepas ni dh kena berpantang, entah bila pulak boleh rasa makanan kegemaran. 

Apapun sewaktu melawat kakak, aku bawa sebekas sup tulang lembu korban ... kiranya kakak dapat juga merasa daging korban. so xde la kempunan sangat kan !! 

Alhamdulillah, semua selamat dan tahun ni baby yg lahir dalam keluarga ku semuanya lelaki .... boys over flowers !! aku doakan semua baby ini membesar dengan sihat walafiat, menjadi anak yg beramal soleh, menjadi pelindung dan pembimbing keluarga ... membesar penuh kasih sayang dan perhatian .... semoga Allah swt melindungi anak2 ini dan memberkati hidup mereka.

Raya haji 2012

Raya haji tahun ni jatuh pada hari jumaat 26/10/12 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H. Persiapan raya langsung takde macam baju raya aku, kanda dan baby qa'id sume xde. pakai yg mana ada je. memang betul kata ramai, raya haji x meriah kecuali di kelantan. Raya haji di kelantan meriah dengan cara yg tersendiri. memang aku rindu saat tu sume, terutama semasa arwah ayah masih ada. 

Hari raya pertama aku bersiap mcm biasa, pakai baju raya siap2 sebab dalam jam 11 pg nak beraya di rumah kakak aku di Bandar Baru Bangi. tapi qa'id pulak masih lg tidur dr jam 10 pg lg. jam 12thgr br qa'id bangun. kanda pun selepas solat sunat raya balik rumah terus sambung tidur. so kena kejutkan kanda dan siapkan qa'id. nasib baik aku dh bersiap awal. 

Jam 12.30tghr br gerak. 15 mnt kemudian sampai di rumah kakak. kakak aku tu tengah tunggu masa je nk bersalin. hari ahad genap 40 minggu. aku ke rumah kakak bawa lemang, rendang ayam dan nasi impit. aku gembira bila tengok kakak aku begitu teruja makan lemang dengan rendang. itu menu yg dia nk makan sebelum dia bersalin dan berpantang. akhirnya dapat juga merasa.

Walaupun tengah sarat, sempat kakak masak nasi arab, spagheti bolognaise dan puding karamel. dapat la merasa masakan kakakku sebelum dia berpantang. huhuhu ... banyak juga aku belasah nasi arab .... sambil makan sambil tu suap qa'id ..... qa'id dh boleh makan apa yg org dewasa makan ... so xde la leceh sangat tuk sediakan makanan baby kalau keluar memana. 

Selepas makan, ni la dia beberapa keping gambar kenangan sambutan raya haji. dan juga gambar terakhir kakak ku yg membawa perut. lepas ni dh bersalin, entah bila plak leh tgk kakak aku preggy .. boleh kan wat statement camtu ... hihihihi ... aku yg beria sgt pujuk kakak posing dengan perut memboyot tu ... 




Ni lagi beberapa keping gambar semasa beraya di rumah kakak .... ni je la gambar yg ada pun tuk raya haji ni ... sebagai kenang-kenangan ... nak snap kat rumah di pagi raya, x sempat !!




Balik dari umah kakak kanda singgah ke rumah nenek sekejap untuk beraya. sekejap aje kat sana then terus balik rumah. belah malam mak su (adik ibu) datang beraya. 

Keesokannya, sekitar jam 12.49 tghr aku dpt mesej dr kakak, mengkhabarkan berita gembira. kakak dah selamat bersalin .... baby boy, berat 3.85kg di hospital putrajaya. alhamdulillah kakak bersalin normal. kiranya kakak bersalin pd minggu ke 39, sehari lg genap 40 minggu. kalau selepas 40 minggu masih belum bersalin, besar kemungkinan kakak akan bersalin secara pembedahan. aku happy bila kakak x perlu bersalin secara pembedahan. 

Petang tu juga aku ke hospital melawat kakak ... sedih nye pihak hospital melarang kanak-kanak bawah 12 tahun memasuki wad. so terpaksa la kanda stay bersama qa'id. hanya aku sahaja dapat melihat kakak. sejam bersama kakak, berborak itu ini ... sebelum balik sempat amik gambar newborn baby boy .... gambar ibunya aku tak amik sebab kakak kepenatan ... kesian kakak!!




Kakak dah ada nama untuk baby cuma belum confirm lagi. nnt update .... he is so adorable ... aku tak puas meluangkan masa dengan baby. sepanjang aku melawat, baby nenen aje, x mau lepas ... geram pulak rasanya. mak dik nk pegang dia kejap pun x boleh .. skang dh rindu kat si comel ni ... 

Bila tatap muka baby ni, satu perasaan halus meresap dalam sanubari .. rasa kasih, sayu, terharu, excited ... rasa cm aku nk pregnant dan bersalin, dapat baby lagi ... bestnya dapat baby ... aduhaaiiii 

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 

Raya tahun ni sepatutnya turn kelantan. tapi biasa la, kalau aku tak bersuara, senyap aje, xde yg ambil inisiatif bertanya dan prihatin .... hurrmmmmm

Takpe la, aku tak mengharapkan semua orang faham situasi aku ... hanya Allah yg tahu ... yg penting aku faham situasi sekarang, cukup la. bunyi macam pasrah dan sedih kan .... insyaAllah aku cuba bergembira di hari raya ini. 

Ampun dan maaf dipinta ... semoga aidiladha kali ni membawa kebahagiaan. aidiladha menuntut pengorbanan dan aku akan sahut tuntutan pengorbanan itu. Semoga Allah memberkati ku!!


Kalau ada rezeki, tak kemana

26 julai 2012 yg lalu adalah hari pertama aku lapor diri di UPM, aku dapat keje sambilan sebagai pembantu tadbir (p/o) di Bahagian Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat). tarikh tu adalah hari khamis, hari keenam puasa.

Father-in-law (abah) yg tolong submitkan borang seminggu sebelum. hari selasa 24/7/12 aku terima call tapi aku tak jawab sebab tak dengar. malam br perasan, so aku decide esok aku call balik. hari rabu pagi aku dapat call dr no yg sama 2 kali. pun aku tak jawab sebab tak dengar. hp dalam bilik bawah bantal, aku plak kat living room. memang sah-sah tak dengar la kan. pintu bilik plak memang sentiasa tutup.

Then tengahari aku lepak kat bilik, dapat lagi call dr no yg sama cuma extension berlainan. aku jawab, suara lelaki. rupanya abah yg call. dia tanya aku, nape tak jawab call dr upm. aku dengan selamba jawab tak dengar sebab hp dalam bilik dan aku kat luar dengan baby qa'id. ini pun angkat sebab kebetulan masuk ke bilik  nak baring2. abah suh aku call balik no td. 

Aku call balik semula dan bercakap dengan puan hasnah. rupanya dia call nak gtau pasal keje sambilan. semalam dia call sebab nk suh datang keje hari ni, tapi sebab aku tak jawab, so dia suh aku datang lapor diri secepat mungkin. kalau boleh sebelum hari isnin. aku terus call kanda dan call father-in-law tuk tanya pendapat dan bgtau yg aku nk stat keje esok (26/7/12).

So pada hr yg tersebut, aku datang ke pejabat TNC, lapor diri pd puan hasnah. selepas proses dokumentasi aku jumpa dengan ketua pentadbiran iaitu en amran. then terus aje ditempatkan di meja yg aku guna sekarang ni. huhuhu ... mcm tak caya kan. proses begitu cepat hasil recommendation orang dalaman. takde interview pun, logiknya tak perlu kot sebab sambilan aje pun. temph 3 bulan aje pun.

Hari ni adalah hari terakhir aku keje kat sini. kalau ikutkan perjanjian asal. genap sudah 3 bulan .... hurmmmm, cepat sungguh masa berlalu ...... tapi kalau ikut keperluan kerja kontrak itu boleh disambung .... so aku sangat bersyukur kerana dapat sambung hingga hujung tahun ni ... kiranya dapat keje sini lg 2 bulan.

Kontrak baru kiranya akan bermula pd hari isnin 29/10/12  ... huhuhu rezeki aku di sini masih ada !! alhamdulillah!!

Wednesday, October 24, 2012

Bingung

Pelik dengan perubahan diri sendiri, bukan perubahan apa pun, tp kalo tetiba makan masih tak kenyang, mesti aku rasa pelik. minggu ni lain macam je rasa badan. 

Dari pagi aku makan, mengunyah, minum 2 liter air, ke toilet setiap setengah jam, perut masih tak kenyang, rasa lapar sepanjang masa. kenapa agaknya ???

Tak pernah pulak jadi macam ni sebelum ni ... cuma dalam sesatu masa tu, ada la juga aku rasa nk mengunyah aje .... kadang tu makan sikit pun dh kenyang ... tapi tak berlarutan. kali ni dah banyak hari dh ... pusing kepala aku dibuatnya !!

Thursday, October 18, 2012

Surprise

Apa yg surprise tu agaknya??? huhuhu mood aku hari ni happy .... tapi kenapa???? eheheheh seorang isteri akan happy bila suami ada disisi .... so??? ada kena mengena ke dengan surprise tu??? mesti la ada .... 

Pagi tadi sewaktu aku sibuk nak pegi keje, apa tak sibuknya, mana nk pegang anak, mana nak pegang beg, mana nk bukak pintu kereta sume bagai .... tetiba mak mertua kata ... eh, macam bunyi kereta je .... aku tercengang ... cuba mengamati bunyi kereta ... mata melilau ... tetiba muncul sebuah kereta perlahan menuju masuk ke perkarangan rumah ... 1st melihat kereta tu, aku cam kereta tu, melihat pada drivernya, pun aku cam, ternampak pulak penumpang di sebelah pemandu tu aku cam juga, perasaan aku rasa pelik semacam, sebab mereka berdua tetiba muncul pepagi di hari bekerja pula tu, kenapa agaknya .... terdetik dalam hati .. adakah???? aku masih khusyuk memandang kereta tu yg semakin mara, mengintai disamping mengharap suatu keajaiban ... bila kereta dh makin dekat baru aku nampak sesusuk tubuh di seat penumpang belakang pemandu .... terus rasa macam ... lidah kelu, x tahu nk ekspersikan wajah dan perasaan camana waktu tu ... sememangnya terkejut dan tak sangka .... keajaiban berlaku di depan mata ... pelbagai persoalan di benak aku selepas itu .... nak aku lontarkan semua persoalan tu di situ juga tapi lidah kelu ... org yg dimaksudkan keluar dr kereta dengan senyuman yg sangat aku rindui selama hampir dua minggu .... yg mampu aku lakukan ketika itu hanya la sambut tangan dia dan salam, cium tangan .... 

Nk lompat excited, ada ramai org, nk peluk cium pun x boleh, nk tanya macam2 nnt kata x sabar, x nyempat2 plak ... so aku jd blur .... suamiku sudah pulang ..... oh!

Malam semalam 16/10/12 selasa, malam rabu kanda ada call, katanya dia dh boleh balik tapi kena datang semula ke kuala kedah jumaat. kiranya masa tu agak singkat dan rushing. lagipun kanda dh rindukan baby qa'id sangat2, sampaikan minta aku untuk buat baby ketawa, sebab dia nak dengar suara baby, rindu sangat katanya. tapi bila dengar, kanda tetiba nak letak hp, katanya tak sanggup lagi dengar sebab dia rasa nak nangis. terharu aku dibuatnya. 

Semalam, aku tunggu panggilan kanda, sampai ke sudah xde call pun. aku plak x tergerak hati nak call kanda sebab x mahu ganggu kanda buat keje. dan aku takde la syak apa-apa. tp dalam hati terlintas juga, silap haribulan, tersembul kanda depan rumah ni karang. tp bila teringatkan kata2 kanda dalam telefon, terus aku buang jauh2 kemungkinan dan juga keajaiban.

Tup tup hari ni 18/10/12 khamis ..... surprise ..... ye memang surprise .... huhuhu aku hanya mampu tersenyum, tak perlu kata apa-apa. (ini 2nd time surprise kanda menjadi .... huhuhu)

Dan baby pulak, bila papa nak amik, baby qa'id macam terus aje nak, padahal dah seminggu lebih masing2 tak jumpa. macam tahu sahaja papa tu siapa. itu la dia hubungan antara anak dengan bapa atau ibu kan. senang cerita hubungan darah daging (biologi) ni la, walau apa pun jadi takkan putus dan ada chemistry ... walaupun lama tak nampak depan mata, lebih2 lg macam baby masih kecil belum mengerti apa-apa, sebenarnya naluri dia kuat dan tahu sesuatu. sungguh menakjubkan ... 

Dah tu bila dah dengan papa, x pandang ibu lagi dah .. penat ibu panggil dan tarik perhatian, baby tak hirau pun. lagipun ibu nak pegi keje, lagi la bby faham ibu panggil sebab nk say bye bye je. xpe la, yg penting, qa'id dapat jumpa dan luangkan masa sekejap dengan papa untuk melepaskan rindu masing2. ibu terpaksa kerja .... nk wat camana kan ... no choice!!


Monday, October 15, 2012

Diambang misteri

Aduhaiiiii ... ieeeeee la haiii ....

Sekejap ada sekejap xde .... berhantu ke apa blog ni ..... baru sekejap td buka dashboard, ada pulak pgvws ..... hurrmmmm sukati ko la nk ada ke nak menghilng ... mcm main hide n seek dgn aku plak yer ... ok i like!!

Yang penting ... kerja sama (xde kena mengena) setiap hari pgvw meningkat, tak banyak pun sikit jadi la ... cekidauuuuuuttt !! 


Project H

Maka dengan ini secara rasminya aku umumkan .... aku dah mula makan Pure Marine Collagen (PMC) ... buat julung kalinya ni aku tak snap sebarang picture tapi nnt aku akan update dalam blog ni untuk catatan dan rujukan sendiri, kira mcm diari aku la .... 

Sebenarnya terlupa nk snap picture dr awal rupa bentuk PMC tu ... dan seterusnya proses yg berlaku .... tapi xpe... tunggu aje la hasilnya dalam masa sebulan ... chekidauuuuuutttt 

Untuk bungkusan kedua nnt baru aku snap dan cerita secara detailnye ... 


Misteri

Pagi ni aku masuk blog, terkejut dan terpana seketika ... rasa pelik dan hairan ... pageviews jadi kosong cam tajuk lagu najwa latif tu, zero, nada, la', hindi, nicht, apa lagi???? 

Kenapa yer???? aku terus view blog, mana la tahu blog aku dissapear plak ke apa ke .... ada je .... entah la ..... bukan blog aku je ... blog anakanda al-qa'id juga sama ... dushummmnn apa sudah jadi?????

Nasib baik la last week aku sempat tulis total last pageviews untuk aduhai adinda 3143 pgvw dan dunia al-qa'id 1715 pgvw .... hurrmmmm ... apa pun tak boleh !!

Tuesday, October 9, 2012

Muka buku lama

Hari ni tetiba rasa nk buka my old fb page .... huhuhu .... rasa rindu pada fb adinda december a.k.a tikusz december ..... dalam masa yg sama rasa macam nk delete terus aje pun ada sebab, jarang bukan dan boleh dikatakan x aktif langsung ..... so baik delete terus aje. masalahnya fb ni tak boleh delete ... setakat deactivate aje buat apa .....

Duk godek2 photo album .... tersenyum sendiri dan rasa sedih, pilu, terharu, sayang, benci, menyampah, tak suka .... senang cerita perasaan berbaur .... terlalu banyak sangat kenangan dalam fb tu .... pelbagai suka duka aku harungi dengan fb lama .... sayang pulak nak delete ... 

Itulah fb yg aku buat dengan perasaan jujur dan naif ..... diri aku memang ada di situ ... fb sekarang ni mmg diri aku juga tapi diri aku dalam fasa kehidupan baru .... kiranya kehidupan aku ni ada versi dan cerita yg tersendiri .... begitu juga dengan blog ini .... 

Tanpa yang lama tiada yang baru ..... so buat masa ni biarla fb lama maintain macam tu ... aku takkan delete buat masa sekarang ..... 

Sayang isteri, tinggal-tinggalkan

Setelah agak hampir setahun kanda tak sailing, akhirnya hari ni kanda akan mula sailing. itulah dia kerja hakiki kanda sebagai Maritime Enforcerment APMM.

Rasa macam belum bersedia untuk berpisah dengan kanda walaupun seketika tapi tuntukan serta komitmen kerja, nak tak nak aku kena izinkan dan faham kerja kanda. kanda kena berkhidmat untuk negara dan mencari rezeki untuk keluarga. 

Apa yg aku risaukan, dah agak lama tak ke laut, kanda tentu akan pening dan muntah. semalam pun badan dah tak sihat, sakit kepala dan pening serta nak muntah. belum turun ke laut dh ada simptom seasick. bila dh lama alah bisa tegal biasa la nanti. hope so. 

Si manja belum faham tentang papa dia yg nk pergi keje jauh tu .... kalau tak mesti meragam. lagipun qa'id dh pandai meragam bila tinggalkan pada nanny. itu yg buat aku rasa berat hati nk pegi keje setiap pagi .... hati ibu mana yg tak tersentuh bila berjauhan dengan anak.

Kali ni pulak kanda akan sailing agak lama, lebih kurang dua minggu katanya .... hurrmmmm ... aku bukan apa, sebab agak lama kanda tak sailing, tetiba kena plak 2 minggu tiada dr pandangan mesti rasa sunyi dan rindu. mungkin lepas ni dh terbiasa, dah x kisah sangat. normal la kalau benda tu kita dh selesa tetiba berubah, mesti rasa kelainannya. tp bila dh terbiasa, ok la, dh boleh terima. insyaAllah ...

Apapun dinda doakan kanda selamat pergi dan selamat kembali, semoga kanda mendapat perlindungan dari Allah swt, diberkati dan sihat walafiat. dinda dan qa'id rindu kanda ... sayang kanda much much !!

For me, elok juga berjauhan dengan suami sekali sekala ... baru la rasa kemanisan rumahtangga, kasih sayang makin bertambah, perhubungan juga makin erat dan rasa rindu dendam semakin menebal ... sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan .... insyaAllah.




Monday, October 8, 2012

Granny the making ...





Baru hari ni aku tersedar yg aku dh jadi nenek di usia yg masih muda ..... kalau ikut tahun aku dh 29 tahun. kalau kira bulan, 15 dis ni br 29 tahun .... kiranya aku masih 28 tahun lg la skang ni .... ahahhahhaha boleh kan !!! 

Aku br dapat tahu yg my nephew br sahaja dapat anak hasil perkahwinanya tahun lepas.  through his sister's fb a.k.a my niece. alhamdulillah .... tahniah mak dek ucapkan. semoga semuanya selamat. disebabkan my nephew tu dah ada baby so secara automatiknya, aku naik pangkat la .... ahahhaha .... biologically .... thanks anyway bagi makdek pangkat granny .... terbangga ........... ahahhaha ... nk harapkan pangkat dalam kerjaya, memang tak la kan ... keje tetap pun takde....

Tak tahu la nak ekpresikan camana ... opkos la aku happy dapat cucu saudara tapi bila tersedar yg aku dh jadi granny .... speechless kejap .... ngeeeeee hehehh ... camana tu??? baru je jadi ibu ... tengah struggle jadi ibu, skang dapat jadi nenek lak ... ahaiiii

Masa my nephew kahwin last year, aku tak dapat balik sebab tengah sarat preggy. masa tu raya puasa tahun lepas. raya tahun ni yg br je lepas beberapa bulan, x jumpa juga ... tak tahu kenapa x jumpa .... boleh kan !! sebelum tu memang dh agak lama sangat tak jumpa dia, bertahun jugak .... nama dia syamsuri tapi panggil ijat. umur dia lebih tua dari aku sebenarnya .... oooops ... br terperasan la pulak ... hehehhheh anak sedara lebih tua dr mak sedara ... camana tu???? hebat kan !!! nasib baik mak sedara kawin dulu .... dan dah ada anak ... selamaaaatt !!

Nama cucu aku ni .... erk ... janggal nye rasa ... hish ....  ANIQ QIE AISY ...  cantik namanya ... apa agaknya maksud nama tu yer ... nnt la aku tanya bapak dia ... details aku update kendian ..

ANNOUNCEMENT .... i am a GRANNY ..... my new status !!! 

Alang-alang buat announcement pasal status aku yg dh jd nenek ni, meh aku gtahu tentang family aku .. org selalu tanya aku pasal adik beradik, dan aku kadang tu xleh nk jawab on the spot, aku kena termenung dulu then baru jawab ... termenung sebab duk kira adik beradik ada berapa orang. boleh kan !! sabar je la. so ni aku nk ingatkan diri sendiri jugak la tentang family aku .... 

Arwah ayah ada 3 orang isteri. maknanya arwah kawin 3 kali. isteri pertama aku tak tahu sangat detail tentang dia. yg aku tahu anak hasil perkahwinan pertama dapat seorang. perempuan. nama dia hasnah. orangnya masih ada lagi. aku dengan dia kira adik beradik sebapa. masih adik beradik sedarah la kan. kakak aku ni takde anak. walaupun dah berkahwin sebanyak 3 kali tapi rezekinya untuk mendapatkan anak ditakdirkan tiada.  anak buah semua panggil mak long.

then arwah ayah berkahwin pula dengan arwah ibu aku. arwah ibu meninggal semasa aku masih kecil. menurut kakak, waktu tu aku berumur 6 tahun. hasil perkahwinan dengan arwah ibu, dapat 9 orang anak termasuk aku. 

Anak pertama adalah lelaki. ditakdirkan anak ini meninggal semasa masih kecil lg. then lahir  anak lelaki kedua. nama dia kiyasae. anak buah panggil pak ngah. aku panggil dia abg ayub. abg ayub berkahwin dengan isterinya (mak ngah) yg aku panggil kak mi. dapat 4 org anak, 3 lelaki dan 1 perempuan. anak ikut turutan syamsuri (ijat), umi afiza, syafiq,  mat yi (aku lupa nama dia). syamsuri atau ijat dah kahwin last year dan baru je dapat anak last week. dia la yg bagi aku pangkat granny. huhuhu

Then lahir seorang anak lelaki ketiga. namanya khalatul al-anuar. ditakdirkan arwah abang aku yg ni meninggal semasa aku masih kecil lgi. arwah berkahwin (kak ijah) dan mendapat 3 anak. semua lelaki. yg sulung sebaya dengan aku dan beliau juga telah meninggal dunia 2 tahun lepas. lagi 2 orang tu aku tak tahu sangat perkembangan mereka.

Anak keempat juga lelaki, namanya habibullah. aku panggilnya abg abi. abg aku ni pernah berkahwin 2 kali. perkahwinan pertama (kak mila) dapat seorang anak perempuan. perkahwinan kedua  kiranya isteri (kak ayu) yg sekarang ni, dapat 4 orang anak. 3 lelaki 1 org perempuan.

Anak kelima juga lelaki, namanya safawi (abg pawi). hasil perkahwinanya dengan kak tina, dapat 6 orang anak, 4 perempuan dan 2 lelaki. ikut turutan dr yg sulung arisya sofea, alya shuhada, aisya syamila, bulya hakimi, naufal amani dan ainatul sakinah. 

Then yang keenam lelaki juga. namanya zakila (abg kila), berkahwin dengan kak ti dan mendapat 4 orang anak. 3 lelaki dan 1 perempuan. nisa' farha, mustakim, al-muktafi dan al-muthaqif.

Anak yg ketujuh perempuan. namanya nazira yg aku panggil kak na. kakak aku ni berkahwin dengan suaminya yg aku panggil miq. dapat  3 anak, 2 perempuan dan seorang lelaki. sekarang kakak aku tengah preggy tuk anak yg keempat. nama anak ikut turutan imtiyaz, insyirah, adam irsyad dan yg keempat ni belum tahu lagi ... heheh

Seterusnya anak yg kelapan lelaki. namanya lukman aku panggi keme. keme kahwin dengan kak su dan dapat 4 org anak 3 perempuan seorang lelaki. Nik nurul syuhada, nik nurul nabila, nik nurul izzati dan iqbal.

Akhirnya yg kesembilan iaitu aku yg diberi nama siti hasni. berkahwin dengan muhammad habibullah tahun lepas 2011 dan dikurniakan seorang putera diberi nama muhammad al-qa'id ha'il.   

Itu secara detail dan sekiranya bertanya tentang adik beradik aku hanya maklumkan 8 orang sahaja. kiranya xde la nk cerita tentang arwah abg aku yg dh meninggal. malas nk cerita panjang2  even pada family-in-law, dirog tak tahu pun secara mendalam tentang family aku. yg diorg tahu parents aku dah meninggal dan  my siblings ada 8. semua adik beradik aku buat macam tu. aku tiru diorg la ni .... 

Sewaktu aku darjah berapa ntah, arwah ayah kahwin dengan ibu tiri aku sekarang ni. mereka tidak dikurniakan anak dan my stepmother ada anak seramai lebih kurang 9 orang jugak la. tapi sebenarnya lebih dr 9. sebab ada yg meninggal juga. 

So itu la sedikit sebanyak tentang family aku. so aku ada lebih kurang  28 orang anak saudara, tak termasuk yg telah meninggal dan juga yg belum lahir serta seorang cucu saudara. huhuhu 

Friday, October 5, 2012

Family-in-law photos


Let me introduce my family-in-law ..... 3rd generations include .... aku tak arif sangat camana nk kira generasi ni ... yg aku faham 3 generasi iaitu ibu dan abah, anak menantu dan cucu ... aku selitkan juga gambar nenek (ini 1st generasi la kot) yg melahirkan abah (father-in-law)

Gambar dibawah dari kiri yg duduk atas karpet :- myself, hasbul, hairi (pangku qa'id) dan munirah.

Dari kiri yg duduk atas sofa :- Habib (hubby), husni (baju melayu biru), ibu, abah (pangku arissa), sarah dan helmi. 

Yang xde dalam gambar ni ialah syida isteri hasbul. 



Husni


Munirah dan husni


Hairi


Ibu (mother-in-law)


Maisarah


Nenek dan hairi


Munirah


Ibu dan abah


Maisarah 


Hairi, nenek dan husni


Hairi


Habibullah



Hasbullah dan isteri (syida)


1st gen, 2nd gen n 4th gen 



Helmi


Helmi, munirah dan qa'id


Helmi dan hasbul




Terselit gambar mak noor. mak noor yg jaga sarah sejak dr umur sebulan, sekarang mak noor jaga qa'id pulak ... kira family juga la ... mak noor ni mak angkat sarah



My family ... will upload later ... 

Lebaran 2012 photos

Tema warna raya tahun ni hijau ... tema raya family-in-law bebas ... tema family besar ialah  oren ... family-in-law x pernah tetapkan warna ... ikutsukati lah ko nak pakai kaler apa asal bahagia ... heheh itu tema ibu dan abah .... sempoi je kan ... 



































ORANGE THEME ... TOP TO TOE ... NGEEEEEEEE




Tahun depan aku decide nak warna merah .... kebetulan pulak diorg pun pilih tema merah juga .... aduh ... nk tukar or stay ...