Thursday, October 25, 2012

Kalau ada rezeki, tak kemana

26 julai 2012 yg lalu adalah hari pertama aku lapor diri di UPM, aku dapat keje sambilan sebagai pembantu tadbir (p/o) di Bahagian Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat). tarikh tu adalah hari khamis, hari keenam puasa.

Father-in-law (abah) yg tolong submitkan borang seminggu sebelum. hari selasa 24/7/12 aku terima call tapi aku tak jawab sebab tak dengar. malam br perasan, so aku decide esok aku call balik. hari rabu pagi aku dapat call dr no yg sama 2 kali. pun aku tak jawab sebab tak dengar. hp dalam bilik bawah bantal, aku plak kat living room. memang sah-sah tak dengar la kan. pintu bilik plak memang sentiasa tutup.

Then tengahari aku lepak kat bilik, dapat lagi call dr no yg sama cuma extension berlainan. aku jawab, suara lelaki. rupanya abah yg call. dia tanya aku, nape tak jawab call dr upm. aku dengan selamba jawab tak dengar sebab hp dalam bilik dan aku kat luar dengan baby qa'id. ini pun angkat sebab kebetulan masuk ke bilik  nak baring2. abah suh aku call balik no td. 

Aku call balik semula dan bercakap dengan puan hasnah. rupanya dia call nak gtau pasal keje sambilan. semalam dia call sebab nk suh datang keje hari ni, tapi sebab aku tak jawab, so dia suh aku datang lapor diri secepat mungkin. kalau boleh sebelum hari isnin. aku terus call kanda dan call father-in-law tuk tanya pendapat dan bgtau yg aku nk stat keje esok (26/7/12).

So pada hr yg tersebut, aku datang ke pejabat TNC, lapor diri pd puan hasnah. selepas proses dokumentasi aku jumpa dengan ketua pentadbiran iaitu en amran. then terus aje ditempatkan di meja yg aku guna sekarang ni. huhuhu ... mcm tak caya kan. proses begitu cepat hasil recommendation orang dalaman. takde interview pun, logiknya tak perlu kot sebab sambilan aje pun. temph 3 bulan aje pun.

Hari ni adalah hari terakhir aku keje kat sini. kalau ikutkan perjanjian asal. genap sudah 3 bulan .... hurmmmm, cepat sungguh masa berlalu ...... tapi kalau ikut keperluan kerja kontrak itu boleh disambung .... so aku sangat bersyukur kerana dapat sambung hingga hujung tahun ni ... kiranya dapat keje sini lg 2 bulan.

Kontrak baru kiranya akan bermula pd hari isnin 29/10/12  ... huhuhu rezeki aku di sini masih ada !! alhamdulillah!!

No comments:

Post a Comment