Apa yg surprise tu agaknya??? huhuhu mood aku hari ni happy .... tapi kenapa???? eheheheh seorang isteri akan happy bila suami ada disisi .... so??? ada kena mengena ke dengan surprise tu??? mesti la ada ....
Pagi tadi sewaktu aku sibuk nak pegi keje, apa tak sibuknya, mana nk pegang anak, mana nak pegang beg, mana nk bukak pintu kereta sume bagai .... tetiba mak mertua kata ... eh, macam bunyi kereta je .... aku tercengang ... cuba mengamati bunyi kereta ... mata melilau ... tetiba muncul sebuah kereta perlahan menuju masuk ke perkarangan rumah ... 1st melihat kereta tu, aku cam kereta tu, melihat pada drivernya, pun aku cam, ternampak pulak penumpang di sebelah pemandu tu aku cam juga, perasaan aku rasa pelik semacam, sebab mereka berdua tetiba muncul pepagi di hari bekerja pula tu, kenapa agaknya .... terdetik dalam hati .. adakah???? aku masih khusyuk memandang kereta tu yg semakin mara, mengintai disamping mengharap suatu keajaiban ... bila kereta dh makin dekat baru aku nampak sesusuk tubuh di seat penumpang belakang pemandu .... terus rasa macam ... lidah kelu, x tahu nk ekspersikan wajah dan perasaan camana waktu tu ... sememangnya terkejut dan tak sangka .... keajaiban berlaku di depan mata ... pelbagai persoalan di benak aku selepas itu .... nak aku lontarkan semua persoalan tu di situ juga tapi lidah kelu ... org yg dimaksudkan keluar dr kereta dengan senyuman yg sangat aku rindui selama hampir dua minggu .... yg mampu aku lakukan ketika itu hanya la sambut tangan dia dan salam, cium tangan ....
Nk lompat excited, ada ramai org, nk peluk cium pun x boleh, nk tanya macam2 nnt kata x sabar, x nyempat2 plak ... so aku jd blur .... suamiku sudah pulang ..... oh!
Malam semalam 16/10/12 selasa, malam rabu kanda ada call, katanya dia dh boleh balik tapi kena datang semula ke kuala kedah jumaat. kiranya masa tu agak singkat dan rushing. lagipun kanda dh rindukan baby qa'id sangat2, sampaikan minta aku untuk buat baby ketawa, sebab dia nak dengar suara baby, rindu sangat katanya. tapi bila dengar, kanda tetiba nak letak hp, katanya tak sanggup lagi dengar sebab dia rasa nak nangis. terharu aku dibuatnya.
Semalam, aku tunggu panggilan kanda, sampai ke sudah xde call pun. aku plak x tergerak hati nak call kanda sebab x mahu ganggu kanda buat keje. dan aku takde la syak apa-apa. tp dalam hati terlintas juga, silap haribulan, tersembul kanda depan rumah ni karang. tp bila teringatkan kata2 kanda dalam telefon, terus aku buang jauh2 kemungkinan dan juga keajaiban.
Tup tup hari ni 18/10/12 khamis ..... surprise ..... ye memang surprise .... huhuhu aku hanya mampu tersenyum, tak perlu kata apa-apa. (ini 2nd time surprise kanda menjadi .... huhuhu)
Dan baby pulak, bila papa nak amik, baby qa'id macam terus aje nak, padahal dah seminggu lebih masing2 tak jumpa. macam tahu sahaja papa tu siapa. itu la dia hubungan antara anak dengan bapa atau ibu kan. senang cerita hubungan darah daging (biologi) ni la, walau apa pun jadi takkan putus dan ada chemistry ... walaupun lama tak nampak depan mata, lebih2 lg macam baby masih kecil belum mengerti apa-apa, sebenarnya naluri dia kuat dan tahu sesuatu. sungguh menakjubkan ...
Dah tu bila dah dengan papa, x pandang ibu lagi dah .. penat ibu panggil dan tarik perhatian, baby tak hirau pun. lagipun ibu nak pegi keje, lagi la bby faham ibu panggil sebab nk say bye bye je. xpe la, yg penting, qa'id dapat jumpa dan luangkan masa sekejap dengan papa untuk melepaskan rindu masing2. ibu terpaksa kerja .... nk wat camana kan ... no choice!!
No comments:
Post a Comment