Raya haji tahun ni jatuh pada hari jumaat 26/10/12 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H. Persiapan raya langsung takde macam baju raya aku, kanda dan baby qa'id sume xde. pakai yg mana ada je. memang betul kata ramai, raya haji x meriah kecuali di kelantan. Raya haji di kelantan meriah dengan cara yg tersendiri. memang aku rindu saat tu sume, terutama semasa arwah ayah masih ada.
Hari raya pertama aku bersiap mcm biasa, pakai baju raya siap2 sebab dalam jam 11 pg nak beraya di rumah kakak aku di Bandar Baru Bangi. tapi qa'id pulak masih lg tidur dr jam 10 pg lg. jam 12thgr br qa'id bangun. kanda pun selepas solat sunat raya balik rumah terus sambung tidur. so kena kejutkan kanda dan siapkan qa'id. nasib baik aku dh bersiap awal.
Jam 12.30tghr br gerak. 15 mnt kemudian sampai di rumah kakak. kakak aku tu tengah tunggu masa je nk bersalin. hari ahad genap 40 minggu. aku ke rumah kakak bawa lemang, rendang ayam dan nasi impit. aku gembira bila tengok kakak aku begitu teruja makan lemang dengan rendang. itu menu yg dia nk makan sebelum dia bersalin dan berpantang. akhirnya dapat juga merasa.
Walaupun tengah sarat, sempat kakak masak nasi arab, spagheti bolognaise dan puding karamel. dapat la merasa masakan kakakku sebelum dia berpantang. huhuhu ... banyak juga aku belasah nasi arab .... sambil makan sambil tu suap qa'id ..... qa'id dh boleh makan apa yg org dewasa makan ... so xde la leceh sangat tuk sediakan makanan baby kalau keluar memana.
Selepas makan, ni la dia beberapa keping gambar kenangan sambutan raya haji. dan juga gambar terakhir kakak ku yg membawa perut. lepas ni dh bersalin, entah bila plak leh tgk kakak aku preggy .. boleh kan wat statement camtu ... hihihihi ... aku yg beria sgt pujuk kakak posing dengan perut memboyot tu ...
Ni lagi beberapa keping gambar semasa beraya di rumah kakak .... ni je la gambar yg ada pun tuk raya haji ni ... sebagai kenang-kenangan ... nak snap kat rumah di pagi raya, x sempat !!
Balik dari umah kakak kanda singgah ke rumah nenek sekejap untuk beraya. sekejap aje kat sana then terus balik rumah. belah malam mak su (adik ibu) datang beraya.
Keesokannya, sekitar jam 12.49 tghr aku dpt mesej dr kakak, mengkhabarkan berita gembira. kakak dah selamat bersalin .... baby boy, berat 3.85kg di hospital putrajaya. alhamdulillah kakak bersalin normal. kiranya kakak bersalin pd minggu ke 39, sehari lg genap 40 minggu. kalau selepas 40 minggu masih belum bersalin, besar kemungkinan kakak akan bersalin secara pembedahan. aku happy bila kakak x perlu bersalin secara pembedahan.
Petang tu juga aku ke hospital melawat kakak ... sedih nye pihak hospital melarang kanak-kanak bawah 12 tahun memasuki wad. so terpaksa la kanda stay bersama qa'id. hanya aku sahaja dapat melihat kakak. sejam bersama kakak, berborak itu ini ... sebelum balik sempat amik gambar newborn baby boy .... gambar ibunya aku tak amik sebab kakak kepenatan ... kesian kakak!!
Kakak dah ada nama untuk baby cuma belum confirm lagi. nnt update .... he is so adorable ... aku tak puas meluangkan masa dengan baby. sepanjang aku melawat, baby nenen aje, x mau lepas ... geram pulak rasanya. mak dik nk pegang dia kejap pun x boleh .. skang dh rindu kat si comel ni ...
Bila tatap muka baby ni, satu perasaan halus meresap dalam sanubari .. rasa kasih, sayu, terharu, excited ... rasa cm aku nk pregnant dan bersalin, dapat baby lagi ... bestnya dapat baby ... aduhaaiiii
No comments:
Post a Comment