Monday, October 29, 2012

Bayi 2012

Ini anak buah aku yg lahir pada 17 Ogos 2012 jumaat di hospital serdang secara pembedahan. anak kepada abang aku abang abi. nama baby adalah muhammad hariz ... seberat 1.8kg. dilahirkan dua hari sebelum raya puasa yg lepas. aku sempat melawat baby hariz tetapi tak dapat lihat baby. sebab baby kecil dan perlukan penjagaan rapi di ICU. 


Bila hariz balik ke rumah pun aku tak berkesempatan pergi melawatnya ... kebetulan aku balik beraya di kampung. bila balik ke sini, kanda pulak buat pembedahan lutut, 2 minggu MC. dah sembuh, weekend je kanda busy bekerja. then sebelum raya kanda ke kuala kedah 2 minggu atas tugasan rasmi. raya haji pulak mereka balik kelantan. sewaktu kanda di kedah juga hariz admit ward HKL hampir seminggu sebab jaundice. so entah la, x sure bila boleh pergi melawat!!


Ini pula anak kepada anak saudara aku. Dengan lahirnya baby boy aniq qie aisy ni aku secara rasminya menjadi nenek saudara. huhuhu seronok kan, muda2 lg dh bergelar nenek. baby aniq lahir pada 3 Oktober 2012 rabu di HUSM kubang kerian kelantan. baby lahir secara pembedahan sebab songsang. berat baby 3.02 kg.

Entah bila la agaknya aku dapat tengok baby aniq ni. bapak dia pun susah nak jumpa, ni kan pula bila dah masing2 berumahtangga dan dh ada anak, lagi la susah. tapi apa pun harap sangat dapat jumpa .... 


Dan ini yg paling special ... kehadiran nya sangat tidak dijangka dan mengejutkan ... anak kakak aku yg keempat. juga lelaki. lahir secara normal di hospital putrajaya pada 27 Oktober 2012 sabtu. hari raya haji kedua .... berat 3.85kg ...

Apa yg membuatkan dia spesel ialah, usia dlm perut dh 4 bulan br dapat tahu kewujudannya, dan segalanya dipermudahkan oleh allah swt sepanjang mengandungkannya .. subhanallah .. lahir pula sehari sebelum genap 40 minggu usia dalam kandungan ... betul2 selepas raya. kiranya, dia beri peluang ibu nya beraya dan merasa makanan kegemaran, baru dia lahir. sebab lepas ni dh kena berpantang, entah bila pulak boleh rasa makanan kegemaran. 

Apapun sewaktu melawat kakak, aku bawa sebekas sup tulang lembu korban ... kiranya kakak dapat juga merasa daging korban. so xde la kempunan sangat kan !! 

Alhamdulillah, semua selamat dan tahun ni baby yg lahir dalam keluarga ku semuanya lelaki .... boys over flowers !! aku doakan semua baby ini membesar dengan sihat walafiat, menjadi anak yg beramal soleh, menjadi pelindung dan pembimbing keluarga ... membesar penuh kasih sayang dan perhatian .... semoga Allah swt melindungi anak2 ini dan memberkati hidup mereka.

1 comment:

  1. Salam jika anda ingin membeli rumpai laut dan sabun collagen boleh la hubungi saya kas

    sms/call/whatsapp 0128353727

    ReplyDelete