Friday, November 16, 2012

Awal Muharram 1434H

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1434H

Hari ni 2 muharram, so masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru islam hijrah. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kali ni aku berkesempatan tuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. itu pun di saat akhir br teringat. nasib baik sempat baca doa akhir tahun. punya la remind kat fb bagai tapi terlupa juga. apapun akhirnya sempat ... lega sangat. tambah gembira dapat baca bersama anakanda al-qa'id. aku aminkan dan raupkan ke muka qa'id setelah doa selesai dibaca. 

Tahun islam atau tahun masihi, azam tetap sama je. keadaan berbeza kerana kehidupan semakin kedepan dengan pelbagai dugaan. aku tetap mengharapkan suatu hari nanti aku akan dapat pekerjaan tetap. akan aku usahakan sedaya upaya .... apapun aku tetap redha dengan apa yg aku ada. memang kita nakkan hidup yg lebih baik dr sebelum ni ... so kita berusaha ke arah itu, namun Allah jua yg menentukannya. so aku redha dan tawakkal pd allah. mungkin aku sukar untuk dapat pekerjaan tetap tapi bersyukur kerana permintaan aku yg lain allah tunaikan. so kita tak semestinya dapat apa yg kita impikan tetapi allah beri apa yg kita berhak dapat. so kena percaya pada qada' dan qadar allah !!

All the best and good luck for myself !!


1 comment: