Artikel dr : Ustaz Mohd Hanif Haji Ibrahim
KENAPA ZIONIS NEKAD MENYERANG MESKIPUN DIKECAM?
Zionis sekarang sengaja mencetuskan api peperangan kerana
yakin dengan kekuatan mereka serta mengetahui kemampuan Hamas dan Arab tidak
mampu menandingi kekuatan tentera dan senjata moden yg mereka milki kini.
Dengan kemarahan negara arab sekeliling mereka, mereka akan lancarkan provakasi
dengan serangan yang kecil, jika ada tindak balas, mereka akan gunakan alasan
untuk pertahankan diri dengan melancarkan serangan secara besar-besaran dan
akhirnya terus menakluki wilayah mereka. Tiada lain sebenarnya melainkan demi
mewujudkan ISRAEL RAYA sebelum RAJA YAHUDI PENYELAMAT DUNIA mahu ditabalkan.
DAJJAL
Siapa lagi kalau bukan RAJA YAHUDI Laknatullah. bila
berbicara tentang dajjal, bagai2 komentar manusia. ada yang percaya, ada yang
tidak, tidak kurang tidak percaya langsung. apakah mereka ingat, cerita dajjal
ni macam cerita fantasi dalam filem ke? tentera-tentera dajjal memang telah
berjaya. Mereka bersiap sedia menabalkan Dajjal tetapi pada masa yang sama mereka
menyebarkan idea di media massa bahawa faham kewujudan dajjal itu kolot, ini
zaman moden. Akibatnya ramai umat islam sendiri yang terpengaruh serangan
fikrah tersebut. Kalau tak percaya, cuba kita post maklumat tentang dajjal ke,
illuminati, atau freemason. pasti ada komen 'budak cerdik pandai' menggelarkan
kita 'wah konspirator @ primitif la dan sebagainya. pesan penaja, apa guna
berjuang ISLAM tetapi tidak mengenal sebenar-benar musuh. Cerita dajjal bukan
bermula dari tulisan Muhammad Isa Dawud (penulis buku terkenal tentang akhir
zaman). bahkan sudah diberi amaran oleh Nabi saw 1400 tahun dahulu lagi
berkenaan fitnah dajjal. rasanya cukup disebut satu hadis riwayat Muslim.
tambahkan bacaan untuk info selanjutnya.
Dari Abu Salmah, beliau mendengar daripada Abu Hurairah
RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Mahukah kamu sekiranya aku
menerangkan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan
seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang
dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya
surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana
Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. (Hadis riwayat Muslim)
FASA PERMULAAN PERANG
Umat Nabi Muhammad SAW boleh dibahagikan kepada 5
kategori:
1- Mengikut Rasullulah, fasa pertama bagi umat ini adalah
ketika Nabi Masih hidup.
2-Pada zaman ini kita dapat melihat umat Islam diperintah
oleh 4 Khulafa’ Rashidin
3- Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang
“menggigit”. Mengigit di dalam hadith tersebut
bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada
keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah
dan Uthmaniyah
dengan menggunakan sistem monarki
4- Zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan
bermaharajalela, itulah zaman kini.
5- Dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi
berasaskan syariat Islam
Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut,
tiba-tiba Rasullulah diam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah
tamat” .
(Boleh rujuk pembahagian zaman umat Nabi SAW pada Hadits
yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin
Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus
Sahihah, Jilid 1, hadits nombor 5).
Ketahuilah sahabat2, FASA KE-4 ini akan kedatangan satu
fitnah, itulah fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia.
Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.
KESIMPULAN
Zionis laknatullah sengaja mencetuskan perang untuk
menjadi sebab pembinaan kerajaan dajjal. Apabila berlaku peperangan dan secara
jujur penulis percaya, perang dunia ke-3 tidak boleh di elak lagi, berlaku
hura-hara yang dasyat. tatkala itu lah, dajjal akan menzahirkan dirinya sebagai
penyelamat dunia. tatkala umat manusia semuanya kelaparan, dajjal membawa
makanan. Tetapi awas, makanan di beri kepada yang mengikutinya. Mereka yang
berkeras(pertahankan iman) akan kelaparan. itulah ujian keimanan di akhir zaman.
suasana huru-hara perlu di wujudkan terlebih dahulu supaya manusia mengharapkan
'suatu kuasa' yang boleh membantu. itulah yang di rencanakan Zionis sekarang.
HARAPAN
Bersiap sedialah sahabat sekelian, penulis hanya menulis
setakat yang di izinkan walhal terlalu banyak hendak di kongsikan. apa yang
sering di canang sebagi teori adalah fakta walaupun tidak semuanya benar. kita
pastinya berada di akhir zaman. maka banyakkan membaca hadis akhir zaman. Hadis
akhir zaman perlukan fikiran yang panjang agar tidak tersalah faham. Pesanan
bersama:
1-berdoalah agar menjadi sebahagian tentera al mahdi
(kata guru kami, jangan ingat bila al mahdi isytiharkan diri, orang Islam
semuanya akan terima, bahkan ramai di kalangan umat Islam sendiri menolak.
mereka lebih percayakan hero2 ciptaan barat dari HERO yang di janjikan oleh
Rsulullah SAW.
2-mohon istikharah dari Allah, siapakah pemuda dr zuriat
Rasulullah SAW menjadi al Mahdi supaya kita semua bisa berbaiaah kepadanya.
MEREKA ADA HERO KITA LAGI ADA SUPERHERO.
Sahabat, masih belum terlambat untuk perbetulkan jalan.
Jangan kita sangkakan keamanan yang dikecapi kekal. sahabat2 kita di syria
sebelum berlaku perang juga tidak sangka mereka terjerumus dalam kancah
peperangan sebagaimana sekarang kita sangka negara kita akan kekal aman. ARAB
sudah HANCUR. NUSANTARA ? ya, tidak lama. bersamalah kita dalam kasih sayang.
CINTA dan KASIH SAYANG berlandaskan cinta Rasulullah SAW adalah senjata paling
ampuh melawan dajjal dan sekutu. sekian
No comments:
Post a Comment