Wednesday, November 14, 2012

Pure Marine Collagen (PMC) aka rumpai laut

Nak share cerita tentang PMC aka Pure Marine Collagen yg aku ambil hampir sebulan. bungkusan pertama yg aku buat tu dah habis belum sampai sebulan. ehehhehe ... entah la, menurut kawan aku tu, sebungkus boleh tahan sebulan. mungkin aku makan terover kot. so bungkusan kedua telah aku buat dan kali ni seperti yg dijanjikan, ini la dia .....

Bungkusan PMC .. Ibu collagen

Rupa asal PMC .. Original
Ini PMC gred AA ... PMC gred AAA yg kaler purple pink .. kalau dpt yg tu lg bagus ... mungkin harga pun lebih mahal
Ada banyak produk PMC dijual di pasaran, ada yg sudah siap diproses dalam bentuk serbuk dengan pelbagai perisa. packaging pun macam2 leh jumpa. aku pilih yg ni kerana tertarik dengan testimoni rakan yg telah menggunakannya selama sebulan. aku sedar setiap orang akan mengalami kesan yg berbeza dalam jangkamasa berbeza. so tak salah kalau mencuba kan!! yg buat aku bertambah yakin tuk guna ialah originality produk tu .... sewaktu aku keluarkan PMC dr bungkusan, terserlah bau hidupan laut. 

Basuhan pertama

Pasir halus dasar laut masih ada lagi 

Basuhan ketiga

Basuhan ketiga ... warna dia semakin luntur dan kembang

Basuhan keenam .. basuhan terakhir ... warna dia semakin jernih dan kembang .. bau pun dah hilang

Masukkan air memenuhi PMC ... biar dia terendam semalamam untuk lembutkan, kembangkan dan hilangkan kekotoran 

Struktur PMC maintain solid ... tp selepas rendam semalaman, bila basuh dan ramas berulang kali, dia akan patah dan hancur ... 


PMC ni perlu dibasuh berulang kali. kalau ikut arahan basuh PMC ni mcm basuh beras gitu ... basuh hingga 6 kali ... lebih pun boleh ... sebab nk hilangkan pasir yg halus2 yg melekat  dan bendasing pd PMC. Rendam semalaman untuk melembutkan lagi PMC .. dia akan kembang dan segala kekotoran yg melekat pd PMC akan tanggal. so selepas semalaman, ulang balik semula membasuh PMC macam basuh beras berulang kali hingga 6 kali basuhan. 


Selepas rendaman semalaman .... PMC bertukar jd putih jernih .. air rendaman jd kekuningan. PMC dh kembang, lembut dan rapuh



Toskan .... kemudian basuh lagi berulang kali sekurang-kurang 6 kali basuhan lagi 

Sedia untuk dimasak ... 

Gambar PMC tuk basuhan selepas rendaman terlupa nk snap ... tp mcm ni la rupa dia .... PMC  hancur dan rapuh serta lembut dan kembang. 

PMC hendaklah dimasak selama 25 minit, dalam 2.5 liter air, sentiasa kacau supaya hancur dan sebati.

PMC yg dah masak dan dimasukkan perasa ribena blackurrant. yg berketul2 tu pati PMC. 

Untuk buat masker, sebelum masukkan perisa, tapis dulu PMC ni untuk amik pati nya. kali ni aku tak tapis sebab pati yg sebelum ni masih banyak lagi ... so kali ni aku nyer PMC makan sekali dengan pati dia. nampak berketul je kan .. tp bila masukkan dlm bekas, simpan dlm fridge, ketul2 tu xde ... rupa dia betul2 mcm agar2. so jgn risau tentang ketul2 tu... it's edible !! yum yummy !!

simpan dalam storage dan sedia tuk letak dlm fridge ...
Bungkusan pertama dulu aku letak perisa oren sunquick, dapat 2 bekas ni aje sebab tapis tuk amik pati. yg 1st dulu lepas dh masukkan perisa baru aku tapis. so pati masker aku tu perisa oren ... ehehehe. bungkusan kedua kali ni dpt 3 bekas. satu lg bekas kecik sikit. sengaja buat banyak bekas, sebab setiap kali nk makan kena keluarkan bekas ni, so kalo buat 2 bekas, yg satu lg tu x terusik. habiskan satu bekas dulu ... kalau letak dalam satu bekas aje, asik keluar masuk je la gayanya. lg satu nk jimatkan space peti ais. huhuhuhuhuhu

Kiub 4 segi tu adalah nata de coco ... PMC ni aku x letak gula, manis dr ribena aje. nk tambah boleh aje ...  bila tambah nata de coco lagi sedap rasa dia ... tak pun tambah sedikit ribena boleh juga .. ikut suka .. 

Ini la rupa PMC ... sedia dimakan ... 4 sudu besar PMC dangan nata de coco .. baca bismillah dan selawat sebelum makan. insyaAllah berkesan

Ini pula masker ... perisa oren .. hehehh sikit ni je dah cukup tuk sapu seluruh wajah. nk tempek banyak2 pun apa salahnya. dengan sebungkus PMC, tapis tuk amik pati buat masker, leh tahan sebulan ... 
Seperti yg sedia maklum, apa sahaja benda yg kita makan bergantung pada badan dan keadaan kita. setengah orang kesan dia cepat, setengahnya lambat. kesan juga berbeza-beza .. so bg aku, aku makan PMC ni tuk kesihatan. almaklumlah aku x mengamalkan pengambilan apa2 supplement kesihatan. lagipun aku xde masalah teruk pada wajah seperti kebanyakan org yg makan PMC, efek dia pada wajah. so bila makan PMC, wajah mereka bertambah baik. tp aku efek dia kat tempat lain. mungkin dia mengalir ke tempat yg sangat memerlukan supplement dalam badan kita. 

Sekarang dah masuk bulan kedua aku amalkan pengambilan PMC ni ... insyaAllah kalau maintain ambil tuk jangkamasa yg lama, kesan dia juga lebih baik. just wait and see ya !!

Ini aku nak share sikit apa yg telah aku buat :-

CARA-CARA PENYEDIAAN PMC

1) Basuh collagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2) Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3) Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4) Campurkan dengan 2.5 liter air kosong ke dlm periuk untuk direbus. rebus selama 25 minit (tapiskan air rebusan tersebut dan ambil patinya untuk membuat masker). kemudian masukkan perisa dan sedikit gula. perisa mengikut kesukaan, taknak letak gula pun boleh.
5) kacau 5 minit, setelah siap masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. setelah sejuk, kolagen akan menjadi seperti agar-agar. 

CARA PENGAMBILAN

1) Ambil 4 sudu colagen untuk dimakan
2) Waktu terbaik dimakan adalah semasa perut kosong (selepas bangun dr tidur @ sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
3) Baca bismillah & selawat

CARA PEMAKAIAN MASKER

1) Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas. seeloknya cuci dengan air suam.
2) Sapu rata colagen di muka (sangat bagus dipakai setiap hari)
3) Biarkan kering lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci.

3 comments:

  1. nice entry... saya ade jual jugak
    GRED AA RM15 (100GRAM)
    GRED AAA RM20 (100GRAM)

    KALAU BERMINAT BOLEH SMS/CALL 0133834118

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum,

    jika supplier anda, nda ada stok...

    boleh contact saya

    saya adalah penternak rumpai laut dari perairan semporna, sabah

    http://penternakrumpailaut.blogspot.com

    Nurul 01119779872

    ReplyDelete
  3. Salam dan selamat sejahtera
    Kepada yang berminat untuk membeli rumpai laut asli sabah gred AAA
    Kaler ungu sila sms/call/whatsapp saya ditalian 011 - 26284226 harga untuk 100 gram adalah 10 ringgit
    Harga tidak termasuk caj penghantaran dijamin termurah dipasaran dapatkan segera
    Terima kasih admin

    ReplyDelete