Assalamualaikum wbt
Entri ini lahir dari dasar hati aku mengenai tragedi misteri kehilangan pesawat MH370.
Semalam dapat tengok kat TV, Press Conference oleh Dato' Najib memaklumkan mengenai pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi Selatan, Barat Perth Australia ....
Saat itu, ketika itu, detik itu .....
Speechless
Tak percaya apa yang aku dengar
Terlalu terkejut
Aku jadi blur .... otak kosong ... tak mampu fikir apa lagi dah !!!
Terduduk depan TV !!!
Mata masih lagi lekat tumpu pada skrin ... tapi otak aku kosong sekosong kosong nya ...
Aku pandang kanda .... dia cool aje .... lama aku tengok dia .... cari kekuatan diri ... pandang semula skrin ... baru la aku boleh berfikir .... dan otak aku terasa sangat serabut .... terlalu banyak persoalan daripada jawapan
Pengumuman yang dibuat tadi aku rasa bukan ending kepada tragedi yang berlaku ... malah semakin banyak persoalan muncul di benak !! kalau sebelum ni semasa proses mencari ... rasa macam clueless, misteri dan terlalu banyak kemungkinan ... tapi situasi kali ni ... bertambah kompleks, lebih banyak persoalan timbul di benak !!
Betul, sukar untuk terima kenyataan ini .... susah nak percaya sebenarnya .... sentap sangat2
This is me myself ... orang lain aku tak tahu ... masing-masing lah kan
Pagi ni pulak, aku terjaga dari tidur sebab terkejut, aku bermimpi pasal tragedi ... dalam mimpi aku, ada mangsa terselamat dan mereka terapung-apung dilautan ... Wallahu A'lam
Itu la akibat terlalu banyak memikirkan tragedi sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi
Aku terus buka laptop untuk tengok berita terkini .... semakin digodek, semakin dibaca .... dari berita ke video ... tengok pula astro awani mengulas isu ini ...
Sebak, terharu, sedih .... perasaan berkecamuk
Air mata mencurah laju .... tatkala tengok ahli keluarga mangsa tragedi .... aku dapat rasakan betapa mereka terseksa ... berat mata memandang berat lagi bahu memikul ....
Bila fikir ada dua orang kanak-kanak dalam penerbangan itu .... sebaya anak aku ....
Bila fikir ibu bapa dalam penerbangan tu ... teringat ibu bapa aku
Bila fikir penumpang yang lain-lain dalam pesawat tu .... terbayangkan ahli keluarga aku dan juga diri sendiri
Aku cuba membayangkan situasi itu terjadi pada diri sendiri .....
Sungguh tak tercapai akalku ....
Allahu Akbar ... Allah jua yang Maha Mengetahui
Sememangnya, penantian 17 hari begitu menyeksakan .... malah berita malam tadi tu bukan lah berita yang aku nak dengar, kalau boleh ... betul, mesti lah nak dengar berita yang gembira, walaupun teramat tipis kejayaannya, tapi tetap mengharap yang baik-baik ... baru la penantian itu rasa berbaloi ....
Walaupun ianya boleh diagak kesudahan pencarian itu yang macam-macam boleh jadi ... tetap cuba untuk fikir positif ... berlaku keajaiban mungkin ...
Namun setelah dapat berita hasil pencarian dan penantian terjawab, aku tetap mengharapkan keajaiban berlaku ... tetap fikir positif .... walaupun aku sendiri tak pasti
Tetap fikir positif
Ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku
Akhirnya kembali kepada Allah SWT .... Yang Maha Berkuasa
Berserah pada Allah SWT ... Yang Maha Mengetahui
Aku tak sabar nak dengar berita seterusnya .... apa sahaja boleh terjadi ... jangan hentikan pencarian ..... kerana penemuan seterusnya adalah harapan !!
In Sya Allah
Tuesday, March 25, 2014
Pantai Pasir Lanun, Mersing
Assalamualaikum wbt
Mersing memang syurga dunia ... pantai2 di sekitar memang heaven ... rasa macam di kepulauan Maldives ... walaupun tak pernah sampai sana, hanya tengok dalam gambar saja ... pantai Mersing pun setanding pantai Maldives .... rasa bangga pulak sebab di Malaysia pun ada pantai yang cantik dan terjaga kebersihannya .. terlebih bangga sebab aku berpeluang tinggal di Mersing ... dapat menikmati keindahan yang ada di negara sendiri ... explore dan enjoy puas-puas !!
Walaupun aku bukan la profesional fotographer ... tapi kepuasan dan keseronokan mengambil gambar tak dapat diungkap dengan kata-kata ... menikmati sendiri keindahan ciptaan Ilahi merupakan satu anugerah !! i love to capture lots of pictures indeed ... untuk aku simpan moment yang indah so that boleh dikongsi dan simpan sebagai kenangan !!!
Kali ni aku sekeluarga berpiknik di Pantai Pasir Lanun, Mersing bersama officemate kanda ... tak nak cerita pasal piknik tapi nak share foto keindahan pantai ....
Sepanjang perjalanan ke Pantai Pasir Lanun, pemandangan hanyalah pantai yang tersergam indah, sangat memukau, tenang dan damai ... subhanalah, Allahu akbar hanya mampu memuji Allah swt !!
Labels:
Mersing Story
Monday, March 24, 2014
Pantai Mersing Bhg.2
Assalamualaikum wbt
Lagi sekali mengunjungi pantai yang sama, tapi masih lagi tak tahu nama pantai ni .... panggil aje pantai mersing ... tapi kali ni lepak dan minum petang di sebuah warung sambil menikmati keindahan pantai ...
Seperti biasa air surut ....
Kali ni dapat tengok air pasang ... kejap aje ... kitorang terpaksa berlari ke darat cepat-cepat ...
Tengok tu ... lepas 5 minit sampai darat ... air dah penuh .. scarrrryyy betol pantai ni !!
Sambil berlari, sempat stop sebab nak snap sunset !!!
Date 1 March 2014 (Sabtu)
Labels:
Mersing Story
Sunday, March 23, 2014
Fishing Bay Resort, Mersing
Assalamualaikum wbt
Misi explore bumi Mersing diteruskan lagi .... tempat kali ni sangat komersial namanya ... Fishing Bay Resort !!!
Aku hanya menikmati pemandangan di sekitar kawasan pantai Fishing Bay Resort aje .... tak masuk ke resort pun ....tapi dari luar memang resort tu nampak well-develop la ... tak dapat nak capture resort tu sangat sebab pagar agak tinggi !!
Enjoy je la gambar yang di capture tak seberapa ni untuk gambaran tempat .... resort tu tak menarik minat untuk aku capture !!
Actually sebelah pantai ada jeti .... maybe next time ajak kanda datang lagi sekali untuk capture jeti dan sunset !!
Date 6 march 2014 (khamis)
Date 6 march 2014 (khamis)
Labels:
Jenjalan,
Mersing Story
Thursday, March 13, 2014
Petua memasak nasi
Assalamualaikum wbt
Another info yang aku nak kongsi hari ini .... seoga bermanfaat !!
Berikut adlh cara2 utk mendapatkan nasi yg berkhasiat bg seisi rumah. In sha Allah.
1) Dimulakan dengan bacaan basmAllah
2) Bilas beras ikut pusingan tawaf kiblat (kaabah) ATAU lawan arah jam sambil berselawat atau berzikir dan berdoa
3) Bilas sehingga jernih airnya supaya hilang segala keladak & kanji yg berlebihan itu
4) Tanak nasi seperti kebiasaan
5) Pabila nasi nak hampir kering ambil sebatang kulit kayu manis {secubit (dengan tiga jari) serbuknya pun boleh juga} kemudian cucukkannya di tengah2 nasi itu
*bila nasi dah siap masak, in sha Allah anda akan dapat menikmati nasi yang harum wangi kaya dengan khasiat (drpd cinnamon tersebut) bagi seisi keluarga. In sha Allah.
Info tambahan : jika menggunakan kulit kayu manis (batang) boleh dipakai beberapa kali lagi. Ini kerana peggunaannya terlalu sekejap. Jadi, simpan semula 'cinnamon' itu di dalam bekas yang bersih supaya boleh dipakai semula 4-5 kali lagi. Untuk lebih penjimatan, gunakan serbuk 'cinnamon' sahaja.
Antara khasiat dari KULIT KAYU MANIS ADALAH :
1. Mengurangi Kolestrol Jahat
Rempah-rempah dengan citarasa eksotik ini juga boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat atau LDL dalam darah.
2. Membantu Mengawal Gula DALAM Darah
Kayu manis membantu mengawal kadar gula darah, sehingga baik diamalkan pesakit diabetes. Selain itu kayu manis juga boleh diambil bagi mereka yang ingin menstabilkan tenaga dalam badan.
3. Berfungsi Menyeimbangkan Hormon
Mengandungi senyawa kimia seperti cinnamaldehyde. Menurut sejumlah kajian, zat ini boleh meningkatkan hormon progesteron dan menurunkan pengeluaran testosteron pada wanita, sehingga membantu menyeimbangkan hormon menjadi stabil.
4. Memenuhi Keperluan Serat & Mineral
Kayu manis mengandungi campuran serat, kalsium, zat besi dan mangan. Meskipun jumlahnya sedikit, tapi manfaat nya boleh membantu melengkapi keperluan serat dan mineral harian anda.
5. Berkhasiat sebagai anti-bakteria
Banyak digunakan untuk menyingkirkan bakteria jahat tanpa merosak gigi atau gusi. Itu sebabnya kayu manis banyak digunakan pada produk ubat gigi, ubat kumur dan cairan penyegar nafas. Khasiatnya juga boleh didapati dengan mencampurkan serbuk kayu manis ke dalam teh, coklat panas atau susu hangat.
6. Mencegah & Mengubati Kanser
Penelitian di University of Texas, yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition and Cancer, menunjukkan bahawa kayu manis memiliki manfaat dapat mengurangkan proliferasi sel kanser, baik untuk pencegahan kanser dan mengubati penderita penyakit kanser.
7. Meringankan flu
Kandungan yang ada dalam kayu manis juga dapat mengurangi flu, terutama bila dicampurkan dengan halia. Di mana kandungan anti-inflamasinya membantu mengalirkan peredaran yang baik dalam tubuh.
8. Cukup efektif dalam mengatasi perit ketika haid
Ambil segelas cawan berisi air putih/ masak kemudian ditaburkan dengan secubit serbuk 'cinnamon'. Baca BasmAllah atau berselawat ketika minum setiap pagi ketika datang haid.
9. Mencegah Penyakit Jantung
Kayu manis memiliki sifat anti-inflamasi yang membuatnya cukup efektif dalam melindungi jantung terhadap kerosakan mahupun jangkitan pada jantung, terutama di arteri akibat makanan berlemak.
In shaa Allah cara memasak nasi ini juga boleh mendapatkan nasi berkhasiat sepower kualiti beras Taj Mahal. Mudah2an. In sha Allah berjaya. Selamat mencuba semua!
Labels:
Sharing Is Caring
Wednesday, March 12, 2014
Gembirakan orang lain
Assalamualaikum wbt
Nak kongsi sedikit info ... harap bermanfaat untuk semua !!
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man:
Menarik kisah ini untuk muhasabah diri..
Al-Kisah Belon
Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.
Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.
Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
Wahai shbtku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.
Walhal, wahai shbt kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.
Senyum...
Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang lain.
Labels:
Sharing Is Caring
Tuesday, March 11, 2014
Hargai ibu bapa anda
Assalamualaikum wbt
Bagi mereka yang masih mempuai ibu dan bapa ... hargailah mereka sementara masih ada peluang ni ... jangan tunggu, jangan bertangguh untuk membalas jasa mereka ... kalau tidak nanti akan menyesal tak sudah... bagi mereka yang dah takde kedua orang tua, rajin-rajin kan la sedekahkan al-fatihah agar roh mereka tenang !! In Sya Allah
Hayatilah kisah pensel dan pemadam di bawah ... semoga bermaanfaat !!
PENSEL : SAYA MINTA MAAF
PEMADAM : UNTUK APA?
AWAK TAK BUAT SALAH PUN.
PENSEL : SAYA MINTA MAAF DISEBABKAN SAYA,
AWAK CEDERA.
SETIAP KALI SAYA BUAT SILAP,
AWAK PASTI
BERADA DI SITU UNTUK MEMBETULKAN KESILAPAN SAYA.
TAPI SETIAP KALI AWAK MEMADAM KESILAPAN SAYA,
AWAK KEHILANGAN SEBAHAGIAN DARI DIRI AWAK.
AWAK MENJADI SEMAKIN KECIL.
PEMADAM : ITU BETUL,
TAPI SAYA LANGSUNG TAK KISAH TENTANGNYA
KERANA SAYA DI......BUAT UNTUK MEMBETULKAN KESILAPAN YG AWAK BUAT.
WALAUPUN SUATU HARI NANTI SAYA TAHU YG SAYA PASTI AKAN HILANG,
SAYA BERBANGGA DENGAN KERJA SAYA INI.
JADI JANGANLAH RISAU.
SAYA BENCI MELIHAT AWAK BERSEDIH.
INGATLAH,
IBUBAPA KITA JUGA BOLEH DIIBARATKAN SEBAGAI PEMADAM DI ATAS & KITA PULA SEBAGAI PENSEL.
MEREKA SENTIASA BERADA DI SISI KITA,
MEMBETULKAN SEGALA KESILAPAN YG KITA LAKUKAN.
KADANG-KALA MEREKA TERLUKA,
AKAN MENJADI KECIL
(TUA) & AKHIRNYA HILANG(MENINGGAL DUNIA).
JAGALAH IBUBAPA ANDA & BALASLAH JASA MEREKA DENGAN KEBAIKAN.
INSHALLAH SELAMAT
DUNIA AKHIRAT.
Labels:
Sharing Is Caring
Monday, March 10, 2014
Memberi lebih baik
Assalamualaikum wbt
~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~
Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.
Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..
Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.
Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:
"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”
Guru yang alim dan bijak itu menjawab:
"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"
Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.
Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..
Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.
Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!
Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!
Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.
Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..
Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!
Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)
“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.
Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.
Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.
Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.
Guru yang bijak terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”
Pemuda itu segera menjawab,
“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.
Gurunya melanjutkan
"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.
• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.
*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!
Semoga bermanfa'at
Labels:
Sharing Is Caring
Sunday, March 9, 2014
Pantai Air Papan, Mersing
Assalamualaikum wbt
Sejak duduk Mersing ni, aktiviti lebih banyak kepada explore pantai yang terdapat di Mersing ... memang aku suka dan seronok sangat dapat ke pantai ... tak dapat mandi pun takpe .... yang penting dapat menikmati pemandangan dan keindahan ciptaan Allah swt ... snap picture puas-puas .... perrgghhhh enjoy !! Plus, dapat release tension sebab asyik berkurung aje .... dah jawatan aku sbg surirumahtangga ... dalam rumah aje la ruang yang aku kerjakan !! ngeh ngeh ngeh
Well aku nak kongsi beberapa keping gambar untuk tatapan dan kenang-kenangan .... Pantai Air Papan ni sangat femes di Mersing ... kat sni ada chalet, banyak guesthouse, kedai makan, gerai jualan ... macam pantai peranginan untuk pelancongan ... cumanya sekarang ni bukan musim untuk buat aktiviti air .... bendera merah dinaikkan menandakan merbahaya .... sewaktu aku ke sana pun ... memang ramai pengunjung .... tapi takde yang mandi manda .. hanya jenjalan ambil angin ... ombak besar dan kuat, angin kencang dan air pasang dalam.
Setiap kali ke pantai, lebih dari seratus gambar aku snap .... tapi ta boleh nak share semua kat sini .... space terhad ... nanti gambar2 lain takleh upload pulak !!
Wokeh ... next time aku kongsi lagi yek ... tempat lain lah pulak !!
Labels:
Mersing Story
Subscribe to:
Posts (Atom)