Saturday, March 21, 2015

Fashion and dressmaking at Giatmara

13 jan 2015-21 mac 2015 
Tempoh aku berada di giatmara. Banyak benda berlaku, banyak yang aku nak share kat blog. Selepas kejadian rasa cam nak luahkan aje kat sini, tapi sekarang rasa macam semua tu dah tak penting. So aku belanja gambar hasil yg aku belaja kat giat. 

poket tebuk

poket dua bibir


baju kanak-kanak

Sepanjang kat giat aku tak banyak amik gambar pun. Tumpang bergambar kamera orang aje. So ada la jugak memori daun pisang sepanjang kat giat. Ada sorang tu sepanjang hari dia selfie. Mula2 tu aku ok je, tapi lama kelamaan rasa sangat anoyying, horny face la, duck face la, baby face la, eeeiiii gedikssss nyer. Sepanjang masa tak kira la masa tea break, lunch, gotong royong, assembly, bacaan yaasin, ceramah, bersukan semua nak selfie. Takleh blah lepas guna handfon sendiri, pinjam pulak handfon iphone member. hish bernanah mata nengoknya. 

Yang lain tu ada ketika je la selfie. Aku pulak sepanjang masa kat giat aku malas nak belek handfon. Fokus pada jahit 100%. Sebab memang itu niat aku masuk giat. Enam bulan je pun, so aku taknak sia-siakan masa dengan perkara remeh. Balik rumah tengok noti whatsapp beratus. Noti fb berpuluh. Aku bukak baca dan kalau rasa merepek aku terus clearkan conversation. Fb plak yang mana ada kaitan tu aku respon. Selebihnya aku take note je. Memang takde masa nak ngadap lappy. Apatah lagi nk update entry. 

Entry kali ni memang terkumpul sejak day 1 kat giat. Aku ada buat draf, tapi malas pulak nak menaip. Hanya boleh kongsikan ini sahaja. Selebihnya biarlah ia berlalu pergi. Ada banyak lagi yang aku dah belaja. Tapi tak snap gambar. Nanti ada masa aku update semula. 

Bakat terpendam??

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku berjaya siapkan homework. Tapi belum siap sepenuhnya. Tinggal lagi nak buat frame then letak nama. Idea banyak tapi tak menjadi sebab tak berkenan dengan hasilnya. So tak puas hati, kena buat lagi. 



Petang pulak dah janji dengan anakanda al-qa'id, nak baa dia ke pantai main bubble. Tapi angin kuat sangat, bubble plak tak menjadi, air sabun kurang sabun terlebih air. Apapun papa dan qa'id seronok mandi manda.  



Malam pulak aku berurut badan. Tak boleh nak cancel sebab dah buat appoinment. Badan aku sakit sangat terutama belakang pinggang dan perut. Rahim aku jatuh sebab dah lama tak berurut. Badan pulak banyak angin. So dah  tak tahan menahan sakit, memang kena urut jugak. 

Teringat pulak projek mekap dengan jiran aku kelmarin. Aku ada share gambar ke group whatsapp giatmara. Sebab diorang suka mekap-mekap ni. Ada sorang tu aku nk sangat tengok muka dia tanpa mekap. Pastu aku teringin nak mekapkan dia. sebab mekap dia terlalu tebal untuk usia dia yang muda. Datang kelas jahit je pun, takyah lah mekap tebalmacam pengantin. ekekkekekekke

Salah sorang tu komen, katanya aku ada bakat terpendam. Lagi sorang katanya macam minah arab dah mekapnya. Tergelak dibuatnya. Aku pun tak tahu lah itu namanya bakat terpendam atau hanya kebetulan. Dah ada peluang untuk belajar, aku buat la ikut sukahati aku. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, cuba lagi. Sebab tak rugi belajar. 

Apapun fokus kepada jahit dulu. Sambil tu kalau ada peluang belajar mekap, aku akan ambil. In Sya Allah. Jahit ni pun dulu hanyalah angan-angan aku je. Aku berangan nak jahit baju kurung sendiri, jahitkan baju melayu untuk kanda, jahitkan baju tidur untuk qa'id. Tak sangka sekarang aku dapat peluang belajar jahit. Memang tak sangka sangat dapat peluang ni, yang penting kanda support 200%. Family members pun support. Alhamdulillah. Aku takkan sia-siakan peluang ini. 

Sambil tu kumpul duit untuk beli mesin, kalau takde mesin, sia-sia je lah aku belajar jahit. Kalau tak dapat jahit untuk orang, jahit untuk diri sendiri pun dah cukup bagus. 

Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untuk aku. 


Cuti sekolah

Assalamualaikum wbt

Seminggu cuti sekolah, aku pun cuti juga, cuti penggal giatmara. ahahhahahahha. Tapi baru hari ni berkesempatan jenguk blog. Busy sangat-sangat. Kena siapkan homework bagai. Balik kampung plan nak siapkan kat kampung homework tapi ada je program lain. Balik rumah Mersing pulak, ada je benda yang nak dibuat. 

Ikutkan aku taknak balik kampung, sebab nak siapkan homework. Tapi kanda pujuk balik, katanya atuk dan wan rindukan cucu. Lagipun sebagai anak kena la selalu jenguk mak ayah kan. Lain lah aku ni, mak ayah dah takde. Sebagai isteri aku kena lah taat pada suami. Aku taknak suami aku jadi anak derhaka. Hampir dua bulan tak balik jumpa mak ayah, so bila dh cuti panjang ni, apa salahnya luangkan masa baik kampung jumpa mak ayah.

Okey, dah balik mersing aku cuba siapkan homework aku yang terbengkalai. Tapi masih juga tak siap hingga ke hari ni. Huhuhuhu



Dua hari lepas, jiran aku whatsapp, lebih kurang macam ni la, dia nk aku jadi model make-up dia. So aku setuju aje. Petang lepas asar tu kami jalankan lah projek jiran aku tu. Alkisahnya, kawan jiran aku ni nk nikah bulan mei nanti, dan minta dia make-upkan. Oleh sebab dia dah lama tinggalkan kerja-kerja make-up ni, so dia bercadang untuk warm up balik skill make-up dia tu. Lelama tinggal nanti hilang pulak ilmu yang dipelajari. Aku pulak dah lama sangat tak touch-up muka dengan make-up, dan teringin nak dimake-upkan, so aku setuju aje lah.

Bila tengok peralatan make-up tu aku tetiba jadi teruja, terus aje cakap kat jiran aku tu, lepas ni aku pulak nak make-upkan dia. Tolong ajarkan aku make-up. Nak juga cuba guna segala mak nenek peralatan make-up tu terutama berus. Nak beli make-up set sendiri rasa membazir. Bukannya selalu pkai pun. Tapi aku sebenarnya suka make-up, tapi tak reti nak make-up. Nak masuk kelas rasa malas. So make-up la dengan apa yang aku ada. Sekali tengok peralatan make-up jiran aku tu, complete set, macam-macam ada, tangan rasa gatal plak nak mencuba. 

So inilah hasil projek kami. 


 
Seronok juga belajar make-up ni. Lepas ni kalau ada peluang, aku nk blaja make-up lah pulak. Memang minat dan suka make-up. Tapiiiiiii ..... takde modal. kih kih kih. Dulu ada juga berangan nak jadi jurumekap. Sama macam aku berangan nak jadi tukang jahit. Semoga jadi kenyataan suatu hari nanti. In Sya Allah

Friday, March 6, 2015

Entry takde tajuk

Assalamualaikum wbt

Rindunya kat blog, sangat lama tak update. Sejak masuk giatmara ni memang masa sangat terhad. Banyak perkara nak cerita dan kongsi tapi masa tak mengizinkan tambah dengan penyakit malas. 

Tak sangka sekarang dah hampir 3 bulan aku jadi pelatih giatmara. Rutin harian aku jam 7.30 pagi gerak ke bengkel, lebih kurang 8.45pg aku sampai. Jarak bukan jauh sangat pun, tapi kat bandar ni kadang ada banyak kereta, kadang lengang. Aku kena pandu perlahan-lahan di sekitar Mersing ni. Sebab orang sini memandu melulu, kalau nak keluar simpang tu, main terjah je. motor kereta sama je. Aku pernah eksiden sekali dan hampir eksiden banyak kali. Brek mengejut toksah cakap, sampai simpang baru bagi signal. Kadang tu langsung tak bagi signal. Huuurrmmmmm.

Jam 8.00pg assembly. Kena nyanyi lagu negaraku, lagu negeri johor dan lagu giatmara, bacaan doa dan ikrar. Dengar amanat then baru masuk bengkel sekitar jam 8.40pg. Masuk bengkel pulak kena baca doa, pastu baru leh buat kerja. Jam 10.00pg tea break setengah jam. Rehat sejam dr kul 1.00tghr ke 2.00ptg. Sebelum balik kena gotong royong dulu. Sekitar 5.15ptg baru boleh balik.

Sampai rumah je badan letih. Sesi surirumah pulak sampai la tido jam 11.00mlm. Cuti hari jumaat dan Sabtu. Kalau ada cuti umum, kitorang pun cuti jugak lah. Sama macam orang yg bekerja. Pertengahan bulan mac ni ada cuti pengal selama seminggu. Aku nak duk umah je. Rehat puas-puas. Petang-petang boleh ambil angin kat pantai.

Hari cuti hjung minggu biasanya aku manfaatkan sepenuhnya untuk anak dan suami. So mood nak berblog 50-50. Aku ni jenis yang malas nk berblog kalau tkde mood. Pastu benda nak diceritakan hilang macam tu aje. Bila ada masa online, dah lupa nak tulis apa. akhirnya senyap macam tu aje. Hari ni pun sama, tapi aku nak dapatkan mood, so merepek meraban la sekejap. Mana tahu tetiba je mood datang dan idea mencurah-curah. At least boleh draft dulu. 

Ok dah nak maghrib, kena uruskan anakanda dulu. Malam karang sambung balik. 

Friday, February 13, 2015

Tribute untuk Tok Guru kesayangan

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum wbt 

Tribute untuk allahyarham tuan guru Nik aziz
masih terkejut dengan pemergian beliau
redha kerana Allah lebih sayangkan beliau
dan beliau adalah insan terpilih cukup istimewa
sangat bangga dengan tok guru 
kehilangan yang tiada galang gantinya
damailah disana
mutiara kata tok guru akan tersemat disanubariku

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun
Al-Fatihah







Monday, January 12, 2015

tawaran yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum wbt

Tengahari tadi dapat call dari giatmara. Mereka offer aku kelas fesyen and dress making. Kalau tak salah la, aku lupa dah nama penuh kelas tu. Terkejut mak oii! Nervous tiba-tiba.

Tambah terkejut lagi, esok pagi jam 8 pagi dah kena tercongok kat morning assembly. Datang aje, tak perlu bawa apa-apa katanya. Aku specchless. Dah tengah bulan kot, baru dapat offer. Orang lain dah belajar seminggu dah. 

Katanya ada student yang terpaksa tolak. So masih sempat lagi untuk kemasukan awal tahun ni. Kalau tak bulan julai nanti pulak untuk second intake.

Aku tak sempat fikir apa tadi. terus aje setuju. Lepas letak telefon, bagitahu kanda, baru la boleh fikir. Otak baru berfungsi. Masak la aku esok, anak sekolah pagi, sape nak jaga belah petang? Aku tak prepare apa-apa pun. Sebab aku asume yang aku dapat second intake. 

Kalau aku tolak, rugi plak, so terima aje lah. Takkan aku nak cerita masalah aku kat diorang. Sekarang fikirkan sapa nak jaga qa'id. Nasib baik minggu ni kanda masih cuti sakit. Minggu depan qa'id sekolah petang. Kanda plak perlu outstation ke JB. Kanda cadangkan aku tanyakan jiran sebelah sebelah, kalau-kalau dia boleh jagakan qa'id. Lepas perbincangan face to face, alhamdulillah. Jiran aku tu sangat baik hati dan setuju jaga qa'id. 

Betapa syukur nya aku, Alhamdulillah Ya Allah, Engkau telah permudahkan segala urusan dan usaha hambaMu ini. Semoga esok berjalan lancar untuk aku dan qa'id serta jiran juga kanda. Berkorban untuk tempoh 6 bulan akan datang. Semoga semuanya baik-baik belaka. Semoga aku dapat belajar, menuntut ilmu dan dapat ilmu yang bermanfaat. Semoga aku berjaya dengan izinMu Ya Allah. Amin

Apam pisang berangan segar dari pengukus

Assalamualaikum wbt

Petang tadi try buat apam pisang untuk kali kedua. Tawakkal aje sebabnya kali pertama buat tak jadi. Bantat sebantat bantatnya. Frust, sedih, down sangat. Buang macam tu aje. Membazir sangat dan rasa bersalah pada makanan. Habuan tong sampah jadinya. 

Kali ni aku guna resepi kawan bagi. Resepinya sama je cuma nya bila bahan tu betul dan ikut resepi, pasti menjadi. So memang patut la pon yang 1st dulu tu tak menjadi. Rasa memang dah betul, masa kukus bukan main lagi dia menggedik naik, senyum merekah tak ingat. Dah tutup api, nak sejukkan, tetiba makin mengecut, bantat akhirnya. hurrmmmmm

Meh tengok hasil apam pisang aku hari ni .... huhuhuuu




Alhamdulillah

Happy sangat

Bezanya cuma soda bikarbonat aje pon. Yang 1st tu tak bubuh soda. Yang 2nd ni bubuh soda. Laju je pegi beli soda kat bandar tadi. 

So belajar benda baru kali ni iaitu, soda bikarbonat dan baking powder, fungsinya berbeza. Lain kali jangan derhaka pada resepi lagi. Kena banyak belajar lagi ni !! Kalau dan expert, sukahati la nak derhaka pon! ehehheh



Sunday, January 11, 2015

Hari pertama sekolah

Assalamualaikum wbt. 

Hari ni adalah hari penting tuk aku, kanda dan anakanda al-qa'id. Hari pertama anakanda al-qa'id bersekolah. 

Hari yang sangat kelam kabut dan nervous. Juga hari yang penuh bermakna!










Terima kasih kanda sebab bertolak ansur uruskan qa'id. Dari awal lagi kanda banyak berkorban untuk memastikan qa'id boleh didaftarkan ke taska. 

Syukur alhamdulillah semuanya lancar dan dipermudahkan segala urusan. 


Ikan kerisi masak berlado

Assalamualaikum wbt

Oleh kerana kanda dah semakin sembuh, maka hilanglah segala pantang nye. Chicken pox dah tak tumbuh lagi dah. Skang ni chicken pox tu tegah mengering. Maka banyakla bintik-bintik hitam. Ok serius yang ini sangat scary. Tak sanggup nak share pic. Kanda risau lekat parut. Dia dah tanya aku camana nak hilangkan parut tu nanti. Aku ada je jawapannya, nak ngan taknak aje. 

Apapun, kanda dh mula berselera makan. Tapi dia tak tahu nak makan apa. Tetiba dia minta nak makan masak berlado. Kebetulan aku ada beli ikan kerisi, maka aku pun masaklah ikan kerisi masak berlado. Ni haa rupanya !


Alhamdulillah rezeki dari Allah. 1st time buat. Terima kasih la pakcik google sebab baik hati bagi resepi. Kenyang kami sekeluarga semalam. Qa'id yang cerewet makan tu pun habis juga seekor ikan. 
  

Laksam Kuah lemak

Assalamualaikum wbt

Selamat pagi. Hari ni breakfast laksam. Kuah laksam semalam masih berbaki, sayang nak buang, malas dah nak simpan beku. Kuah laksam yang lama un masih ada kat tempat beku. Entah bila nak guna balik semula tu. So kukus je la laksam sekejap. Dapat 10 gulung. Tu pun dah cukup banyak. Kalau tak habis, memang rezeki jiran-jiran la tu.  




Ada yang betanyakan resepi. Kalau ada yang tanya aku kongsi lah. Kalau tak tanya, aku diamkan aje. Sebab aku sendiri pun tengok resepi orang jugak pun. Tu haaa pak ck google tu,baik bukan main. Tanya je resepi apa, dia memang tak kedekut.

Untuk laksam yang aku buat tu, ni resepinya. 

Bahan-bahan laksam :-

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya ;-

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, tuang air suam, kacau sebati. 
Kalau nak cepat, guna la blender, atau whisk, atau mixer.

Dah siap bancuh, boleh la kukus, tuang je atas tutup periuk.
Nak tahu dia dah masak ke belum, senang aje, kalau nampak menggelembung naik macam bukit bukau tu, haa masak lah tu. Sekejap aje masaknya. Yang buat lama tu sebab kena kukus satu persatu. 

Ok, selamat mencuba ye ! 


Friday, January 9, 2015

Mee Bandung dari Ibu

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, rezeki petang ni. Balik dari beli barang dapur sekejap tadi, jiran belakang rumah yang aku panggil ibu berikan sepinggan mee bandung. Masih berasap dan bau nya semerbak. 

Baru semalam terdetik dihati nak makan mee bandung. Rindu sangat nak makan mee bandung muar yang kat Bandar Baru Bangi. Alih-alih dapat mee bandung dari jiran kat sini. 


Kuah pekat, ada daging, telur, rasa nye sedap, bau pes udang semerbak... fuh....  memang terangkat. Rezeki Allah SWT ni datang tanpa diduga, dengan pelbagai cara dan tak dijangka. Syukur!

Nak kena belajar buat mee bandung plak lah. Sebelum ni pernah buat, tapi guna pes kuah mee bandung segera aje. Belum pernah lagi buat sendiri. 

Laksam segar dan panas dari pengukus

Assalamualaikum wbt

Oleh kerana mood memasak berkobar-kobar, satu lagi menu yang aku buat hari ni. 

Taaa daaaaa ....



Laksam homemade .... panas dan segar dari pengukus. 

Tengahari tadi habis 2 pinggan hokeh. Berbaloi masak sendiri. Yang tak sangka nye, anakanda al-qa'id pun makan banyak jugak. Selalu qa'id cerewet makan. Tak semua yang aku masak dia makan. Bergantung pada mood dan tahap kelaparan dia. Kalau dia taknak, tak payah la paksa. Buat sakit hati je. 

Kalau anak dan suami suka, itu dah cukup buat aku rasa bersemangat. Penat lelah memasak rasa berbaloi sangat. Alhamdulillah itu semua rezeki dari Allah SWT.


Apam gula hangus

Assalamualaikum wbt

Mood memasak dah datang. Berkobar-kobar ni ha. Macam-macam ada dalam kepala ni. Hampir seminggu tak boleh bercinta kat dapur. Rindu dapur kesayangan ku itu.

Maka terhasillah kueh ni ....



Yes it is. Apam gula hangus !

Ini pertama kali buat, acuan apam xde, hentam saja lah. 

Tak sangka ianya menjadi, seronok aje sepanjang masa duk mengukus kueh ni. Tutup pengukus aku transparent, so boleh tengok apa yang jadi. Gila seronok tengok kueh menaik, pastu merekah. Kueh senyum aku pun senyum. 

Bila try sebiji, nak lagi sebiji, pastu sebiji lagi. satu cup tu semulut aje. Nyum nyummy !

Anakanda al-qa'id pun sama naik je, Lepas sebiji, sebiji lagi, pastu sebiji lagi ... haaa mana tak seronok kalau masak menjadi pastu sedap plak lagi. Terutama kalau anak teruna yang sorang tu suka. Bersemangat ibu nya ni. 

Makan yang masih panas, fresh dari pengukus, pastu hujan plak lagi. Well ini bukan rezeki kami semata. Alhamdulillah syukur sebab dapat sedekahkan kepada jiran terdekat. Kita sama-sama berkongsi rezeki Allah SWT. 

Penangan Chicken Pox gelembung air bertukar jadi gelembung nanah

Assalamualaikum wbt

Hari ke-5 kanda chicken pox. Gelembung air dah bertukar menjadi nanah. Sangat menggelikan. Dalam masa yang sama sangat kasihan tengok kanda yang serabai, tak terurus, tak selesa. Bila aku tunjuk gambar belakang kanda yang dipenuhi gelembung nanah, kanda sendiri geli melihatnya. 





Aku tanya apa yang kanda rasa. Katanya rasa sakit pada gelembung tu. Tak boleh sentuh tempat gelembung tu. Kanda suruh aku cuba bayangkan sakit jerawat batu. Tapi sakit chicken pox ni lebih dari sakit jerawat batu. Kalau sakit jerawat masih boleh sentuh. tapi sakit chicken pox jangan la cuba nak sentuh.

Sejak mandi dengan daun semambu, rasa gatal memang hilang. So selesa lah sikit. Tapi masih rasa tak selesa sebab diri tak terurus, kepala dipenuhi kerak, liang roma keluar putih-putih macam nasi, janggut dan misai panjang, rambut berminyak. So tetap tak selesa juga. Sekurang-kurangnya gatal hilang. 

Aku faham macamana perasaan bila mengalami kegatalan. Cukup terseksa bila gatal sebab alergy. Gatal chicken pox lebih dasat lagi. 

Thursday, January 8, 2015

Ais krim bubur pulut hitam ais krim malaysia

Assalamualaikum wbt

Bangun pagi tadi terus ke dapur, tengok sekeliling dapur kesayangan aku, apa nak makan hari ni ye? Dah banyak hari aku tak masak. Rasa macam ular sawa pulak. Takpun macam harimau pun ye jugak. Makan kenyang2 pastu duk rehat aje tak buat pape. Ni semua sebab kanda yang ketidaksihatan. dapur dikuarantin. Hanya boleh masak makanan yang tidak bergoreng sahaja. 

Bubur nasi nampaknya dah tak berselera lagi nak menelannya. 3 hari berturut-turut makan nasi air. Sup tulang pun dah hancur dagingnya. Mushroom soup pun dan tak bernafsu. Tinggal bubur pulut hitam aje yg masih berselera. Tetiba datang idea untuk buat ais krim malaysia. Kanda pun dah tak sakit tekak lagi. Chicken pox pun dah bertukar jadi nanah. Kata kanda, dah boleh makan pejal dan dah tak perlu berpantang. 




Aku malas nak cakap apa, ikutkan aaje lah. Tapi barang dapur memang kena beli. Sebab dah banyak hari tak masak, semua dah rosak dan tak fresh lagi. 



Tuesday, January 6, 2015

Cari idea jahit manik

Assalamualaikum wbt

Nak share sikit gambar manik ni. Skang ni mood menjahit belum datang lagi. Idea banyak tapi untuk laksanakan idea tu yang payah sikit. Kadang idea lain, buat lain, hasil jadi lain. Akhirnya malas nak jahit. Terbengkalai sudah !!









Petua membelai suami

Assalamualaikum wbt

Entry ni ditujukan khas buat kaum isteri macam saya. Baru ada anak seorang, tapi masa lebih kurang aje untuk membelai suami. Banyak faktor kenapa isteri sering abaikan suami. Tapi seboleh-bolehnya jangan biar suami rasa terabai lama-lama. Saya kongsikan tips ni agar kita para isteri dapat mengekalkan kasih sayang suami untuk kita sorang aje.  

Petua Membelai Suami

1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.


5. Sentiasa berhias untuk suami bila berada di rumah. Mengenakan pakaian yang boleh membuatkan si suami bersemangat atau ghairah seperti pakaian yang nipis atau seksi. Walaupun malu, lakukannya kerana setiap lelaki mahukan wanita berpakaian seksi. Tambahan pula, pahala untuk si isteri hanya dengan membuatkan suami menjeling geram.

Selamat mengumpul pahala ye wahai isteri-isteri sekalian. Walaupun tips ni bukan dari saya, tapi ilmu yang diperolehi elok dikongsikan. Tak rugi apa pun !! 

Kelapa dan semambu ubat chicken pox

Assalamualaikum wbt

Syukur alhamdulillah. Semalam ada jiran sedekah buah kelapa untuk kanda. Bukan sebiji tapi setandan kelapa muda. Syukur sangat.

Baru je siap proses kelapa, kawan kanda pulak datang hantar pokok semambu. Rezeki mencurah-curah datang. Allah swt permudahkan segala urusan. Semoga kanda cepat sembuh.




2 hari pertama demam, kanda dah minum kelapa. Bila dah sah chicken pox, doktor larang minum kelapa. Reason, air kelapa akan menyebabkan bertih air tu akan keluar banyak secara mendadak. Air kelapa mempercepatkan bertih keluar. So badan akan mengalami kejutan. Kalau tak minum kelapa bertih tu akan keluar secara normal.

Majoriti yang tahu kanda dapat chicken pox suruh kanda minum air kelapa. Termasuklah jiran-jiran. Itu la pasal ada jiran sedekahkan buah kelapa setandan. 

Sewaktu di klinik tempohari aku bertanyakan seorang kakak, mana nak cari pokok semambu. Katanya pokok tu senang dapat kat kuil india. Kat Mersing ni mana la nak cari kuil india. Ada satu kuil besar kat tengah2 bandar. Tapi xde pulak pokok semambu. 

Kami turut bertanyakan jiran-jiran, mereka pun tak tahu mana nk cari pokok tu. Tetiba officemate kanda datang hantar. Aku sempat bertanya, mana dia dapat, katanya kat kuil india di Mersing kecil. Gunanya daun pokok semambu tu untuk buat mandi dan juga lapik tidur. Tujuannya untuk kurangkan gatal chicken pox.

Kepada jiran-jiran yang membantu juga officemates kanda yang susah payah cari pokok semambu tu, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Jasa kalian kami hargai sangat. Semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua. Amin.