Friday, January 9, 2015

Mee Bandung dari Ibu

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, rezeki petang ni. Balik dari beli barang dapur sekejap tadi, jiran belakang rumah yang aku panggil ibu berikan sepinggan mee bandung. Masih berasap dan bau nya semerbak. 

Baru semalam terdetik dihati nak makan mee bandung. Rindu sangat nak makan mee bandung muar yang kat Bandar Baru Bangi. Alih-alih dapat mee bandung dari jiran kat sini. 


Kuah pekat, ada daging, telur, rasa nye sedap, bau pes udang semerbak... fuh....  memang terangkat. Rezeki Allah SWT ni datang tanpa diduga, dengan pelbagai cara dan tak dijangka. Syukur!

Nak kena belajar buat mee bandung plak lah. Sebelum ni pernah buat, tapi guna pes kuah mee bandung segera aje. Belum pernah lagi buat sendiri. 

No comments:

Post a Comment