Thursday, January 8, 2015

Ais krim bubur pulut hitam ais krim malaysia

Assalamualaikum wbt

Bangun pagi tadi terus ke dapur, tengok sekeliling dapur kesayangan aku, apa nak makan hari ni ye? Dah banyak hari aku tak masak. Rasa macam ular sawa pulak. Takpun macam harimau pun ye jugak. Makan kenyang2 pastu duk rehat aje tak buat pape. Ni semua sebab kanda yang ketidaksihatan. dapur dikuarantin. Hanya boleh masak makanan yang tidak bergoreng sahaja. 

Bubur nasi nampaknya dah tak berselera lagi nak menelannya. 3 hari berturut-turut makan nasi air. Sup tulang pun dah hancur dagingnya. Mushroom soup pun dan tak bernafsu. Tinggal bubur pulut hitam aje yg masih berselera. Tetiba datang idea untuk buat ais krim malaysia. Kanda pun dah tak sakit tekak lagi. Chicken pox pun dah bertukar jadi nanah. Kata kanda, dah boleh makan pejal dan dah tak perlu berpantang. 




Aku malas nak cakap apa, ikutkan aaje lah. Tapi barang dapur memang kena beli. Sebab dah banyak hari tak masak, semua dah rosak dan tak fresh lagi. 



No comments:

Post a Comment