Tuesday, September 27, 2011

MIND YOUR OWN BUSINESS

Kadang2 rasa sangat annoying dengan sikap segelintir manusia yang suka ambil tahu hal orang lain.. sebagai contohnya, dia akan merasa sesuatu pada org yg baru dikenalinya, cuba untuk berbual dan beramah mesra... kemudian dia meragui orang itu dan seterusnya menyelidik sebanyak mungkin tentangnya ... setiap budi bicara dan perbualan bukan lagi atas dasar kawan tapi atas dasar mengorek rahsia... kenapa???? perlu ke????

Orang tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan pun tapi setiap apa yg dilakukan oleh orang itu tidak disenanginya dan menjadi bahan umpatan. Ada saja perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati seolah2 mencari kesalahan orang itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ia tidak berhenti setakat itu, malah menjaja cerita mengenai orang itu kepada orang2 di sekeliling.

Persoalannya, apa salah orang itu? kenapa perlu rasa tidak puas hati dan mengesyaki sesuatu terhadap orang itu? kenapa pula perlu mengheret orang lain untuk berasa sangsi terhadap orang itu?

Dalam hidup ni kita kena lah sentiasa berbaik sangka, walaupun ada yang meragukan !! Kita tidak akan rugi apa2 pun.

Sekalipun dia kurang menyenangkan, cuba tanya diri sendiri, adakah kita disenangi oleh orang lain?? walaupun kita ramai kawan tak semestinya kita disenangi.

Tidak perlu lah untuk mereka cerita yang bukan2 dengan hanya berdasarkan cerita2 yang tidak betul atau khabar angin.

Yang penting kenali lah diri dan hati budi orang itu dan jangan sesekali ada niat yang tidak baik. 

Orang sebegini luarannya nampak sangat elok tapi dalamannya penuh dengan keburukan, busuk hati dan perlu berhati2 jika berkawan dengannya. 










1 comment:

  1. mnusia busy body la tuh..duk sbuk kan hal org lain pastu mnjaja crita kt org lain..hurmmm Allah balas nanti

    ReplyDelete