Thursday, September 8, 2011

~Selamat Datang Syawal 2011 ~

Sedih sangat untuk meninggalkan ramadhan namun dalam hati bersyukur akhirnya syawal menjelang jua. Itu bermakna aku sudah berjaya mengharungi dugaan sepanjang ramadhan dan kini sedang menikmati syawal. Hari ni dah 10 syawal bermakna dah 10 hari umat islam meraikan kemenangan. Alhamdulillah, syukur!!!

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ....

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Khusus untuk suami tercinta, dinda mohon ampun dan maaf diatas segala salah silap serta kekurangan diri.

Buat keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan muslimin serta muslimat, maafkan segala salah dan silapku !!

SEMOGA DI HARI LEBARAN INI SEMUA ORANG DAPAT MERAIKAN HARI RAYA DENGAN GEMBIRA !!


Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasa memandu. Semoga selamat pergi dan kembali!! 

Kepada yang terpaksa bekerja di hari raya, kerja lah dengan ikhlas. Sesungguhnya pengorbanan anda amat besar nilainya!!

Kepada yang tidak dapat pulang berhari raya, nikmatilah hari lebaran ini seadanya!! Cubalah untuk bergembira walaupun dalam duka ... macam aku ni ... huhuhu !!!

No comments:

Post a Comment