Friday, September 9, 2011

My Wedding Pt 3

Selesai sudah sesi di masjid, tiba pula masanya sesi menjamu selera di rumah...

Sebenarnya majlis nikah aku ni dibuat ala kadar aje. X la semeriah orang lain. Aku buat yang wajib aje. Selepas Akad nikah, ada sikit jamuan untuk hadirin yang datang. Aku jemput sekitar 200 orang yg terdiri dari saudara mara dan rakan2 terdekat. Ditambah dengan tetamu belah lelaki. Tu pun x semua datang dan makanan banyak juga lebih. Majlis besar-besaran di pihak aku memang xde tapi bagi aku majlis yang dibuat walaupun kecil tapi meriah dengan kehadiran insan2 rapat. Majlis ini juga x membazir, ringkas, sederhana dan cukup sifat.

Setiap orang mesti ada wedding dream masing2 kan!! aku pun sama. Aku juga impikan sebuah majlis perkahwinan yang gah, macam orang lain juga. Kalau boleh biarlah majlis tu sekali seumur hidup dan meriah!! Tapi aku berpijak di bumi nyata, dan terima seadanya. Tak perlu ikut orang, dan buat ikut kemampuan sendiri. Yang penting dahulukan yang wajib, insyaAllah berkat !!































No comments:

Post a Comment