Monday, September 26, 2011

Open House Aidilfitri 2011

Hari ni 26 September 2011 .... bersamaan dengan 28 Syawal 1432H ... tinggal 2 hari saja lagi .... dan kita semua akan tinggalkan syawal dengan seribu kenangan !! 
Disepanjang syawal ni dah menjadi kebiasaan tuk buat open house ... Walaupun mood raya x seberapa tahun ni, tapi kalau ada yang menjemput tuk datang makan ke jamuan raya tu, seboleh mungkin aku akn hadir !! ye lah, org dh menjemput, so kena la datang. kalau tak jemput, xdenye nak datang ... buat malu je kalau datang tanpa jemputan ... lagipun skang kalau ada kawan jemput, bergantung pd keadaan juga, kalau kanda ada, aku akan ajak dia. kalau kanda xde, x dpt la aku nak datang .... itu yg susah sikit sbb bergantung pada org.....

Setakat ni aku dapat jemputan dari rakan2 ofis, ex-ofismate dan saudara mara terdekat... jemputan pertama yg aku terima ialah dari kakak kandung aku sendiri pada 11.09.2011 (ahad). Nasib aku baik sebab kanda ada. So kitorg pegi umah kakak di BBB. Kakak aku masak laksa kelantan. Dah lama x makan laksa kelantan, makan sampai tambah 2 kali. 

Selesai umah kakak, gerak ke umah ex-ofismate kak hanim di taman setiawangsa, KL. Kitorg sampai sana dh lebih dr masa yg ditetapkan. Sesat juga la nak cari umah k.hanim. Banyak juga menu tapi aku hanya makan spagheti aje... yg lain tu aku x jamah sb kenyang lagi. 

Minggu seterusnya, kanda xde, so x dpt la aku pegi open house. Kali ni umah Cik Noor, En Din ( 17.09.2011) & En Asrul (18.09.2011). Sedih gak x dpt pegi open house umah diorg. Tapi nk wat camana, kalau kanda ada, boleh je pegi .... kebetulan umah mak sedara kanda ada wat open house dan majlis sempena persaraan, so nak tak nak, aku kena gak pegi. Tapi pegi dgn bapa mertua. Belum puas makan lagi dh kena gerak balik ... huhuhu sedihhhh !!! aku br sempat merasa soto dan lemang, belum sempat minum air, dh kena gerak balik .... duhhhh .... 

Pada minggu terakhir raya, dpt pulak jemputan dari faisal anawai, puan zaiton dan puan kamariah ali. Alkisahnya, open house umah faisal, jumaat malam, so aku x boleh nk dtg mlm sbb ada hal, so after work, aku ngan kanda terus ke umah faisal.  Nasib baik kanda ada, boleh la aku pegi open house umah faisal. Kitorg adalah tetamu terawal. 

Open house kali ni faisal import mak dia tuk masak. Menu kali ini ialah nasi kerabu, sate, rendang dan ketupat palas. Menu yg mmg aku nak makan dan cari2 selama ni. Akhirnya aku dapat gak makan ketupat palas yg aku duk mengidam. Aku mengidam ketupat palas lemak manis drpd kandungan aku cecah 5 bulan...pegi memana mesti cari ketupat palas, jumpa mcm2 versi ketupat palas, semua xde yg kena dgn yg aku nak. 

Duk borak2 ngn faisal, aku boleh plak buat permintaan nk mkn ketupat yg mak faisal buat dan akhirnya dapat. Terharu sangat ... siap mak faisal tapaukan tuk aku bawa balik .... dapat makan dengan puas hati ... nasi kerabu pun sedap, almaklumlah org pantai timur yg masak mesti kena dengan selera, nak lagi yang homemade, complete dengan sambal tumis, budu and sambal... secukup rasa .. kalau yg jual dkt psr malam tu, x berapa sedap walaupun penjual and tukang masak dia org pantai timur. satu lgi mmg berbeza kalau buat tuk jual and buat tuk makan kat umah. 

Open house umah bonda keesokan harinya aku dpt merasa laksa... tidak kira la laksa penang atau laksa kedah sememangnya tidak menjemukan ... walaupun selalu makan tapi kalau jumpa memana mesti kecur liur .... sedap atau tak, belakang cerita ... hari biasa atau hari raya, mesti nak rasa .. kemudian kitorg gerak ke umah puan kamariah ali. jumpa tempat yg betul tapi x jumpa jalan umah. tiga kali pusing baru jumpa. menu umah puan K dasyat2. banyak sangat sampai tak tahu nak makan apa... lastly aku hanya jamah nasi dagang aje. Puan K cakap nasi tu dia masak sendiri ... kira OK la ... perut pun dh kenyang tuk sumbat menu lain ... sebelum balik puan k tapaukan aku cempedak goreng ... 

Itu aje la jemputan open house yg aku terima. Lebih baik terima jemputan yg sedikit daripada terima jemputan yg banyak tapi x dapat memenuhi jemputan tersebut...  Terima kasih kepada yang menjemput dan aku mohon maaf kepada yg menjemput tp aku x dpt nk hadir. Tahun depan jangan serik jemput aku lgi. Nk letak gambar tapi kamera xde. maklum la serba kekurangan, tapi kenangan pegi open house aidilfitri 2011 akan terpahat di hati sanubari sampai bebila.. nnt bila aku dh ada rumah sendiri, giliran aku pulak mengajak korang... InsyaAllah.

Teringat raya tahun 2010, dalam sehari aku dengan kanda (time tu tengah hangat bercinta) pergi beraya di 11 buah rumah ... dari pagi sampai malam ... sangat penat tapi seronok ... berat badan naik 2 kg pada hari tersebut (timbang berat di rumah terakhir kitorg pergi) ...


No comments:

Post a Comment