Friday, September 28, 2012

Work story

Pepagi masuk ofis, aku akan buka e-mel dulu .... seperti biasa la, inbox aku kadang ada e-mail baru, kadang xde. aku tunggu feedback dr kerja yg aku buat. tp memandangkan semalam timbul satu isu, jd hari ni mungkin isu tersebut akan dipanjangkan.

Memang dh diduga, aku terima satu e-mel dr head of ****** sebagai maklumbalas e-mail drpd ex-upm student. kiranya dia bagi respon dan idea tuk kitorg la. then dapat pulak lg e-mail drpd boss besar (Prof***) tmpt aku keje. tetiba aku dipanggil oleh boss unit plak. heheheheh aku x rasa pape pun tentang isu ni .... gementar jauh sekali .... cewaahh .. 

Boss unit panggil aku sb dia tak faham apa yg berlaku, tetiba je dpt e-mel dr prof *** ... dan rantaian e-mel yg entah mana awal dan akhir..... ahahahahhaha ..... lawak je. So aku just jawab apa yg dia tanya dan explain sedikit kat dia ... aku tak cerita the whole story ... malas, buang masa aje. boss lelaki mmg gentle, tak loghat dan cool je ... kalo bos pompuan ni, mesti akan suh aku explain dr awal sampai akhir, then br dia akan cakap aku yg salah. kalau salah kena hukum .... puiii (berdasarkan pengalaman lepas). 

My boss cakap, "ok saya akan buat apa yg boleh dan awak teruskan kerja awak. kita sesama belajar dr kesilapan". nice kan??? xde nk blame sesapa ..... salute !!

Alkisahnya, kerja aku sekarang ni, senang cerita buat survey la. aku kena kontek ex-stud, mintak dgn diorg no tel majikan. call pulak majikan tuk dapatkan e-mel mereka. once dh dapat sent e-mel. nnt tunggu la feedback dr majikan tu. mcm senang je kan??? tp sebenarnya, tidak semudah ABC .... 

Yg menjadi isunya, aku menggunakan e-mel peribadi untuk urusan rasmi. disebabkan status aku sbg temporary maka tiada la akaun e-mel rasmi. then content matter tu pulak is attachement files. ada dua attachment. singned by Prof ***** dan feedback form.. so benda ni PnC. so ada la sorg ex-stud ni quiry. reply my e-mel .... aku hantar hr 26/9 dia balas 27/9 ... said bla bla bla. aku pun print out, tunjuk pd s/u boss. she took the responsibility la kan. reply e-mel ex-stud ni ... jwb balik la kan. 

Yg bijak pandai ex-stud ni ... dia balas e-mel aku dan cc pd head of **** dan Prof ****. s/u my bos reply e-mel pd ex-stud ni, cc plak pd aku, head of ****, Prof **** dan boss. antara aku, s/u dan ex-stud ni ... dh setel la sbb s/u dh explain dan minta maaf. cuma timbul pulak isu lain ikut kefahaman masing-masing (fahaman org atasan). tapi masih bersangkut paut dgn hal keje la. 

Bg aku, aku tak salahkan sesapa, nak memandai pun tak juga. cuma berdasarkan pengalaman aku buat keje la .... org tempat aku kerja ni mungkin tak pernah berhadapan dgn situasi ni sebab diorg tak buat keje yg aku buat ni. keje yg aku buat ni ada deadline. cara yg diorg guide, banyak step nk kena buat dan lambat. ex-stud ni diorg plak satu hal la, xnk bg kerjasama. dah tu, org atasan aku plak nk benda ni cepat sbb ianya KPI diorg. so aku ni plak cuba untuk buat keje ni dengan cepat, tepat dan berkesan. lg sebulan je tuk aku siapkan. 

Satu hal lg, aku dh menjangkakan hal sebegini akan berlaku sebab buat kerja formal guna e-mel peribadi, mmg x dibuat org la kan. so patutnya bg la satu e-mel rasmi tuk kitorg ni guna. baru la nampak proper. dan satu lg, bg la satu guideline atau standard statement agar ex-stud dan majikan diorg percaya dan rasa PnC nyer. ini tak, main terjah je ... kalau majikan yg jenis x kisah xpe la. ni dh terkena dgn majikan yg fussy dan loghat ... kena lak dgn ex-stud yg cam bagus .... timbul la isu ni. dah tu bila dh melibatkan head of **** pulak, lg la buatkan isu ni jd hot hot gitu !!! 

Huuurrmmmmm, next week br boleh stat buat keje dengan guna e-mel rasmi dengan ayat yg direkacipta oleh boss, dan file attachment yg baru. aku tak mengharapkan apa-apa cuma ikut apa yg diarahkan la ... so next time kalau timbul lg isu, sekurang2nye, ada yg bertanggungjawab. dan personally, tak kira la apa pun, manusia ni tetap manusia yg pelbagai kerenah ..... baik ex-stud mahupun majikan, kalo diorg xbg kerjasama, dan benda ni plak bukan compulsory, maka concequences nye ...... sendiri mau ingat la. aku cuba buat yg terbaik tuk diri aku. but at the end of the day, yg dpt nama adalah org yg nak kejar KPI tu .... 

Kalau aku memandai ckp benda ni compulsory, agaknya apa yg jd ???? bueeheheheh 


It's all about the money

Huuuurrrrrrmmmmm .... otak aku ligat berfikir... aku tetiba jadi buntu dan tak tahu nak buat keputusan ... samada nak habiskan atau simpan duit yg aku ada ni ... macam banyak sangat la kan duit aku ni sampai mcm tu sekali .... ada rezeki lebih ni kalo boleh nak la treat diri sendiri kan ... lebih2 lg birthday aku tak lama lg... so kena plan awal2 la ... takut nnt bajet lari pulak .... kebetulan hr ni PM akan bentang bajet 2013, so aku pun nak jugak fikir bajet ...

Tapi banyak sangat la benda dalam wishlist aku ni .... hurrmmmmm itu yg dalam dilemma ... sb tak tahu nak decide, which one i need 1st. tahun lepas dh dapat DSLR .... so tahun ni kena benda lain la pulak.

Wishlist aku banyak juga ... handphone, lense, HDD, upgrade rantai emas, simpan ASB. Carry fwd dr tahun-tahun lepas-lepas ... eheheh ... Handfon dah lama nk beli tp sampai sekarang tak terbeli lagi. sebabnya rasa macam tak perlu kot beli hp canggih2 kalau tak guna. aku guna hp setakat nk call dan mesej je pun. hp yg ada sekarang pun anak aku yg duk main baling2. so baik tak payah dulu lah kan ...

Lense DSLR memang aku nak sangat2. dah aim sebiji. sebabnya rasa tak puas amik gambar dengan lense basic. tang tu je .... aku nk amik gambar moon and star pun tak challenging langsung ..... duk atas bukit memang view cantik terutama malam dan pagi. tapi kalau ada lense yg sesuai baru puas hati amik gambar. yg ni akan dipertimbangkan.

HDD memang mampu sangat kalau nak beli cuma rasa macam benda ni kemahuan atau keperluan??? sebab buat masa ni HDD yg ada pun dh cukup .... cuma kalo boleh nak yg kapasiti besar sikit la. koleksi gambar semakin banyak .... saiz besar2 plak tu. so, memerlukan satu tempat khas tuk gambar aje. HDD skang mixed dengan movie, lagu dan koleksi gambar. 

Upgrade rantai emas .... yg ni memang tak rugi dan satu pelaburan yg menguntungkan. tak perlu dipertikaikan lagi ... harga emas makin naik dan kalau turun pun mcm tak turun je. setakat turun beberapa sen, xde kesan langsung. so kalau upgrade yg sedia ada, amik yg solid, memang puas hati. Sampai ke anak cucu cicit pun xkan rugi ... untung lg ada .... yg ni mmg first and foremost aku nak buat dan duk dalam minda dah lama dulu. "kalo ada duit lebih nak upgrade rantai ...". so skang ni yg buat pening tetiba je terfikirkan wishlist lain. terutama yg bawah ni .... iaitu ....

Simpan ASB ???? hurmmm .... aku bukan taknak simpan dalam ASB. tapi rasa macam kurang menguntungkan. bonus setiap tahun ciput je .... ganjaran pun x seberapa. amik masa yg lama untuk dpt untung. pulak tu bergantung pada baki yg ada dalam akaun semasa. kalau baki ada 1k, berapa sangat la bonus dapat. nak tunggu duit tu beranak cecah 5k, memang amik masa bertahun jugak. lain la kalau setiap bulan kita bank-in. duit bertambah, bonus pun bertambah juga la. memang tak rugi kalau simpan ASB cuma untung sikit je.

So now, mana satu nak kena buat dulu. mana yg lebih utama dan mustahak. mana kehendak mana keperluan. kehendak boleh jadi keperluan bila tiba masa darurat. kalau biarkan aje duit tu dalam akaun bank pun tanpa diusik, rugi juga .... ia perlu dijana dengan sebaiknya ... dengan sesuatu yg menghasilkan keuntungan pd masa depan .... aish, apa yg aku merapu ni ..... haih, ada duit susah, xde duit pun susah ... teringat cerita P.Ramlee madu 3 ... 

Kan bagus kalau ada penasihat kewangan .... nak try AKPK la .... diorg boleh tolong aku tak agak-agak ???? hurmmmmm ...

Friday, September 21, 2012

Gemuk Tembam Debab

Semenjak dah ada pet ni aku makin busy .... risaukan kucing mengalahkan risau kat anak sendiri ..... ada ke patut .... 

Dalam duk mencari nama sesuai tuk 3 ekor anak kucing yg aku jumpa tu, aku ada tanya pada ofismate yg memang sukakan kucing dan memang bela kucing. ofismate aku ckp kalau nk bg nama pd kucing, mcm manusia juga, beri nama yg elok2 semoga bila kita panggil dia dengan nama tu, mudah-mudahan ia akan jd seperti yg kita panggil. 

So agaknya apa nama terbaik tuk seekor kucing ye??? supaya dia akan jadi sihat walafiat. kena fikir satu nama yg positif. aku dengan bersungguh-sungguh fikir itu ini akhirnya muncul nama bambam. bambam ni singkatan tuk tembam. dengan harapan kucing tu akan jadi tembam dan sihat. 

Tapi kanda tak suka nama tu sebab nnt sama pulak dengan nama salah sorang anak buah dia. hahahhahhaa secara tak sengaja. akhirnya panggil guna nama tembam. tak kisah la ....... hehhehehehe ..... lagi dua ekor, aku letak nama gemok dan debab ...... ekekekkekekek

Semalam 20/9/12 rabu, balik dr tempat keje aku ajak kanda pegi beli barang. dah alang2 nk keluar tu aku rasa baik bawa tembam ke klinik haiwan. lagipun tembam memang sakit mata. so aku call klinik haiwan yg ada di putrajaya. xde jawapan. call pulak klinik haiwan di BBB. nasib baik ada yg jawab. katanya klinik tutup kul 9 dan kebetulan vet ada. 

Selepas jemput anakanda al-qa'id, kitorg terus ke BBB Seksyen 8, cari klinik haiwan Dr. Pet. Aku rasa sangat lega selepas si tembam dah dapat rawatan vet. semoga mata si tembam cepat sembuh. 

Nak dijadikan cerita, aku nak bawa si tembam ni jumpa vet, br aku terfikir yg kami takde cage. so camana nk bawa si tembam? bawa baby lagi? alih2 aku dapat idea tuk letakkan si tembam dalam bakul kain. si tembam tu duduk diam dan elok je dalam bakul kain tu ..... 

Selepas jumpa vet pun si tembam duk je dlm bakul tu diam-diam. kami siap pegi soping kat econsave, tinggalkan dia dlm keta, dia cool je .... xde nk nakal2, bising-bising atau buas dalam keta. terbaring aje. mungkin juga sebab dia tak sihat sebab tu dia pasif. 

Pagi tadi aku pegi jenguk, si tembam dh makin sihat dan bertenaga sikit. alhamdulillah. balik nanti nk amik gambar si tembam dan adik beradik dia yg lg dua ekor tu ..... oh lupa plak, 3 ekor anak kucing ni kanda letak sekalikan dengan 3 ekor arnab peliharaan ... biar mereka berkawan .. hehehe

Get well soon tembam ...

Wednesday, September 19, 2012

Si Kelabu

Semalam, balik dari tempat keje, aku berkesempatan tengok anak-anak kucing yg kanda selamatkan hari isnin lepas. subhanallah, comel nye ..... bulu panjang, ekor panjang, sihat dan manja, jinak plak tu ... xde cacat celanya .... tersentuh hati aku bila ada manusia sanggup buang mereka. kejam sungguh manusia itu .... sungguh !!!

2 ekor dr mereka warna putih tompok hitam. sekor warna kelabu. aku suka warna kelabu tu, dia paling kecil mungkin paling bongsu kot. bulu dia gebu dan panjang. tapi yg sedih nya mata dia sakit. dua belah mata dia membengkak dan berair, tahi mata penuh dan warna macam nanah. aku tetiba rasa nk nangis sebab tak tahu camana nk tolong. 

Hari ni aku ada bertanyakan org camana nk buat pada anak kucing tu. rasa tak sabar nak balik dan belikan ubat tuk mata si kelabu. kesian dia. walaupun gaji belum masuk lagi dan kami tengah kering kontang, tapi aku lebih risaukan kucing tu. aku tak mahu dia jatuh sakit. kanda letakkan kucing tu satu tempat dengan rabit. biar mereka berkawan. heheheheh ...

Oooh, nama mereka belum ada lagi, si kelabu tu kira nama dia la. lg 2 ekor tu .... apa ek???

Tuesday, September 18, 2012

Mana letaknya kemanusiaan ???

Lately, aku tak sanggup nak dengar berita kat radio mahupun tengok berita kat TV ... sungguh menyeramkan dan menakutkan. yang duk hangat sekarang ni tentang remaja awal 20-an campak anak yang baru dilahirkan dari tingkat 3. Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun .... masya Allah .... apa nak jadi pada manusia skang ... itu belum lagi berita kat negara luar seperti palestin, libya dan myanmar (rohingya) yg sedang hangat diperkatakan.

Dah tu dalam fb plak sume tu disharekan untuk tatapan bersama. kalau dah dengar pun rasa seram, bila tgk gambar lagi menakutkan. menitis air mata aku tgk gambar baby yg dicampak tu ... tak lain tak bukan aku teringat anak aku ... hanya Allah sahaja yg tahu perasaan hambanya. 

Semalam 17/9/12 isnin, semasa otw nak ke salak tinggi hantar adik ipar balik ke asrama, kitorg terserempak 3 ekor anak kucing yg masih kecil (masih menyusu) betul2 atas jalan. anak-anak kucing tu nak melintas jalan agaknya tapi macam pening2 terhuyung hayang. nasib baik kereta depan break. kalau tak mati kucing tu kena lenyek. 

Bila kanda berhenti tuk kutip kucing tu, aku perasan ada guni putih yg terbuka sedikit. mungkin guni tu tuk isi anak-anak kucing tu dan dibuang kat situ. kucing tu masih baru dibuang di situ mungkin beberapa minit lalu. sebab keadaan mereka yg terpinga-pinga mencari arah. kanda masukkan semula ke dalam guni dan bawa masuk ke kereta. 

Mula2 tu meraka struggle nk lepaskan diri, tapi lama-kelamaan, senyap dan elok aje diamnya. kucing pun ada hati dan perasaan juga. dia tahu kami nak selamatkan that's why mereka well behave. 

Aku menyumpah-nyumpah kepada org yg buang anak-anak kucing yg masih kecil, masih menyusu. kalau nak buang, buang sekali dengan ibu kucing tu, ok lagi. sekurang-kurangnya anak-anak kucing tu boleh menyusu dan ibu kucing boleh protect anak dia. kejamnya manusia.

Kejam lagi manusia yg buang anak tu .... ishhhh .... sakit hati !!

Anak kucing bertiga tu bertuah kerana kami yg jumpa mereka. kalau tak, tak tahu la apa nasib mereka. aku cuba bela anak kucing tu sebaik mungkin. InsyaAllah ..... kanda belikan palet untuk bagi makan mereka. harap mereka sihat. 

Nama apa sesuai tuk mereka bertiga yer????

Thursday, September 13, 2012

Tips hubungan suami isteri


Untuk merapatkan hubungan suami isteri, kedua-dua pasangan ini perlulah berkerjasama untuk menghiburkan hati masing-masing. Tidak boleh hanya salah seorang saja yang berusaha sebaliknya yang seorang lagi hanya ingin dilayan dengan sempurna tanpa berbuat apa-apa. Di bawah ini disenaraikan tip-tip yang patut diamalkan bersama:
  1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I love you‘ sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.

Cara berhadapan dengan suami


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Dilema

Macam-macam berlaku sejak akhir-akhir ni .... isu pokoknya tentang kerja tapi bersangkut paut dengan hal lain macam satu rantaian yang tak berkesudahan. Dan anak adalah tumpuan utama untuk segala keputusan dan kemungkinan.

Selepas tamat kontrak di tempat kerja lama, aku jadi surirumah sepenuh masa. setiap hari aku update jawatan kosong dan apply beberapa jawatan yg bersesuaian. tak banyak tapi ada la beberapa. aku tidak memilih kerja akan tetapi aku perlu pertimbangkan banyak perkara sebelum memohon sebarang pekerjaan. aku mohon menggunakan semua kelayakan dan pengalaman yg ada. 

Kebanyakan kerja kosong yang ada semuanya di KL. di kawasan terdekat seperti Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya ada tapi terhad. jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman aku sangat terhad. kalau ada pun, bila aku mohon, mesti tak dapat. sangat mengecewakan. itu satu hal la, satu hal lagi yag dekat tak panggil, yg jauh pulak yg panggil, aku pulak kalau yg jauh tu kena fikir banyak kali. fikir masak-masak.

Sebelum ini aku pernah memohon jawatan kosong di PPSPPA. tapi itu dah lama kalau tak silap aku, mungkin awal tahun ni. So mereka panggil aku untuk datang ke ujian fizikal dan temuduga bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa N17. Kemudian aku dipanggil sekali lagi untuk temuduga kali kedua. Persaingan sangat sengit kerana mereka memerlukan hanya 25 orang sahaja sedangkan calon yg dipanggil utk temuduga seramai 200 orang. Aku tawakkal sahaja la sebab tak mahu terlalu mengharap, nnt frust menonggeng. tapi sejujurnya aku dalam dilema sekiranya berjaya nnt.

Keputusan temuduga diketahui selepas raya. dukacita dimaklumlah bahawa aku telah gagal. aku tidak kecewa dan rasa macam lega. semua dilema tu hilang begitu sahaja. rezeki allah untuk aku, dalam bulan puasa aku dapat kerja PTPO sambilan di UPM. syukur sangat. dan kini dilema tu datang balik. Hari isnin lepas aku dihubungi oleh seseorang, minta aku untuk datang temuduga besoknya di Berjaya Times Square. aku faham dan ok aje sebab mmg HQ di sana. aku mohon pun sebab jawatan tu ada di alamanda putrajaya. dekat dengan rumah.

Tapi semasa itvw aku dimaklumkan yg penempatan aku di HQ. hurrrmmmmm ini lah dilemanya. Alkisahnya ..... dr putrajaya nak ke KL mmg xde masalah. boleh naik train dan exchange train. kosnya rm20 sehari. kerja 12 jam, 2 jam rehat, 5 hari kerja 2 hari cuti. cuti tak semestinya hari sabtu dan ahad. (tak sama mcm org lain dh) mula kerja jam 10 pg habis 10 malam. belum dikira masa perjalanan pergi dan balik lg. katakan lah keluar awal pagi jam 9. balik kerja pula sampai rumah jam 11mlm. banyak masa terbuang dan masa sangat terhad untuk aku apatah lagi masa untuk diluangkan bagi menguruskan anak kecil. lagi satu aku tak semestinya keluar jam 9, mungkin aku akan keluar lebih awal bersama-sama kanda seawal 7 pg. sebabnya aku xde transport sendiri untuk ke stesen ERL, i have neither car nor motocycle, ada lesen penuh tapi tak dibenarkan drive ..... dah pening dah kat sini ....  semua bersangkut paut, berantai-rantai 

Berdasarkan pengalaman yg aku ada, aku ditawarkan gaji melebihi expected salary. yg ni aku bersyukur sgt kalo betul tapi adakah ianya mencukupi untuk kos yg perlu aku tanggung. takpe la isu ni sementara aje, kalo performance bagus, gaji akan naik dan mesti ada bonus drpd company. One thing, aku sekarang tinggal serumah dengan mentua, jadi segala apa yg aku buat mereka juga mesti tahu. my mother-in-law, dia tak kisah aku nak kerja apa cuma dia sangat menitikberatkan kalau aku kerja jauh, dia risau. dia juga risau kalau bila dah kerja anak akan terabai sebab aku mungkin kurang masa bersama anak. berasas juga kerisauan dia cuma aku fikir, kalau tak bekerja nanti ada pulak yg bising kata aku goyang kaki di rumah. aku juga perlu kerja untuk langsaikan hutang belajar PTPTN. dah banyak bulan tertangguh. satu lagi insuran aku pun tergendala skang ni. 

Kerja juga agak menarik dan senang sebenarnya. aku ada banyak peluang untuk membina kerjaya dan masa depan cerah di company ni. sayang pulak rasanya nak tolak. peluang mcm ni entah ada lagi ke tidak next time. company besar memang susah nk masuk dan demand pulak lg. company ni kira tak banyak songeh dan dia terus panggil aku sebab aku ada pengalaman in a related field. itu kalau aku fikir demi diri sendiri, terus terima. tapi dalam pala otak aku ni kena fikir tentang anak, kanda tak kisah sangat dan xde halangan. kalau dah jadi ibu, perkara pertama adalah anak, barulah redha suami. tambah lagi redha kedua ibu bapa mentua (mereka dh jadi ibu bapa aku bila aku kahwin dengan anak mereka). penting tu.

Macam senang dan xde la komplikated sgt pun tapi bila berada dalam situasi aku ni, pasti akan rasa tertekan. kadang bagi kita masalah org tu, bukan la masalah besar pun, tapi bg org tu, masalah tu boleh buat fikiran jd bercelaru. aku cuma perlukan ruang untuk bertenang, mencari idea dan berfikir dengan lebih matang dan positif. mengadu pada orang kadang tu tidak menyelesaikan masalah.   

Sekarang masih menunggu apa yg bakal terjadi selanjutnya. harap sangat berita baik. kalao aku tak diterima bekerja disebabkan beberapa kekangan, aku redha. mungkin bukan rezeki aku lg. kalau diterima, aku juga redha sekiranya terpaksa berkorban. 

Monday, September 10, 2012

akukah yg bersalah??

Dah lama aku perasan dan hanya memendam sahaja dalam hati sanubari. tapi sampai satu saat dan ketika aku tak mampu lagi menanggung perasaan berbaur. 

aku perlukan ruang dan tempat untuk aku luahkan perasaan. luahkan pada manusia, belum tentu mereka faham. luahkan pada sebuah buku, hanya aku yang baca, luahkan pada blog, baru nak cuba. 

berkenaan b***. my brother *********. aku tak tahu nak mulakan dr mana. tapi senang cerita, sikap dia membuat aku terfikir, akukah yg bersalah?? apa salah aku hingga dia bersikap begitu. biadap dalam sopan dan lemah lembut. aku mulanya tidak kisah apa yg dia buat tapi bila dah ada pihak ketiga menegur, bukan sekali tapi sudah berkali-kali, fikiran aku jadi tak tenteram. ada yg perasan rupanya cuma aku yg menidakkannya. sebab nak jaga perhubungan.

aku sedar aku siapa, dan aku juga sedar dia siapa. dia anak orang yg penting kat kampung, orangnya cantik, lemah lembut, penuh adab sopan, kategori perempuan melayu terakhir, berkerjaya. aku pula??? mungkin aku terlalu merendah diri, low-self-esteem dan pasif ... adakah itu semua kesalahan dan aku perlu mengalah pada dia.  

yang menjadi tanda tanya, tidak adakah sedikit rasa hormat dalam diri dia terhadap aku?? im nobody, but as a human being, just a little respect. diakan muslimah, takkan tak tahu hukum hakam kot. susah sangat agaknya. hinggakan aku terfikir, apakah agaknya yg telah aku buat pada dia hinggakan tiada langsung rasa hormat. jumpa sebulan sekali, setiap kali jumpa belum tentu bertegur sapa, so kalau nk dikatakan dia terasa hati dengan kata-kata aku, kami sendiri jarang sekali berbual mesra seperti yang lain.  

jumpa sebulan sekali bukan salah aku, langsung xde kena mengena. berbual mesra juga bukan salah aku, dia sendiri yg tak mahu bergaul dengan yg lain. tanya sepatah, sepatah dia jawab. jadi apakah masalahnya sehinggakan dia langsung berlalu pergi tanpa sepatah kata, apatah lagi nak balas senyuman aku yg mcm kerang busuk ni duk tersengih kat dia. cis !!

banyak lagi yg aku nak luahkan tapi biarlah dulu .... aku akan perhatikan sandiwara yg dia cipta, sehingga aku mendapat jawapannya. "blame it on me ... i will show you the diva's drama"

Aku dah lakukan yang terbaik ...

Hari ni rasa teramat rindu pada zaman belajar di universiti dulu. bila tengok adik ipar duk sibuk mengemas barang-barang sebab nak balik semula ke kampus, aku jadi macam terkedu sebab terasa rindu pada sesuatu yang hilang. last week student dah melapor diri dan menjalani minggu orientasi. stat minggu ni student lama mula masuk kampus semula dan mulakan sesi pembelajaran. setiap hari aku akan nampak student-student ni dan mengingatkan semula pada masa aku belajar dulu. sungguh menyesakkan dada.

Imbas semula zaman aku study dulu, aku tak bernasib baik macam student lain yang dapat merasa campus life 100%. sedangkan aku tahun pertama aje dpt duk kampus. then hidup melarat hingga la ke habis belajar. 

Kadang tu rasa macam nak undur semula masa yg dah berlalu. perasaan jadi berkecamuk bila teringat semula, rasa terkilan, sedih, kecewa, bersalah, rugi, iri hati dan macam-macam lagi la. 

Serius aku katakan aku nk putar semula masa. sebabnya kalau aku mampu buat sesuatu yang lain, mungkin hidup aku takkan jadi seperti sekarang. tapi itu dah kira menyesali nasib. namun di sebaliknya aku terfikir, mungkin ada juga hikmahnya semua ni, kalau yg lain terjadi mungkin aku takkan berada dalam situasi sekarang. so persoalan pd diri sendiri ialah, yg mana satu menjadi pilihan aku??? realitinya adakah aku mempunyai pilihan?? adakah aku berpuas hati dengan pilihan aku sekarang?? jawapannya ialah, sekarang ni aku perlu perbetulkan keadaan, terima seadanya, fikir positif, dan teruskan kehidupan. x guna menyesali apa yg telah berlaku. walaupun ini bukan jalan pilihan aku, bukan juga pilihan orang lain, mungkin juga sudah ketentuan.

Kadang kala kita tersalah membuat keputusan, kita alpa dengan apa yg kita ada, bila tersedar, sekurang-kurangnya kita masih ada peluang tuk perbaikinya. jangan pula sia-siakan peluang tersebut. aku pula???? adakah aku nampak semua itu??? entah lah !!! masih dalam mencari arah tujuan .... namun walau apapun yg berlaku, aku mensyukuri nikmat yg diperolehi. tentu ada hikmahnya !! aku bukan pasrah tetapi redha !!